Friday 1 April 2011

Tukar Sport Rim 16 ke 15 inci

Ramai yang nak tukar sport rim dari 15 ke 16 inci untuk nampak cantik dan lebih sporty, tapi lain pulak dengan aku ni. Ini adalah susulan dari kisah tayar kereta aku pecah dan sport rim retak kat Pahang sana on the way ke Felda Tementi. Memang teruklah keadaan sport rim kereta aku tu.

Sport rim yang rosak (gambar tak clear sbb pakai hp)

Setelah berfikir semasak-masaknya aku pun membuat keputusan untuk menukar kesemua sport rim termasuk tayar-tayarnya sekali. Memanglah sport rim tu boleh di repair, nak repair rim bengkok/kemik campur retak ni RM100 lebih jugak charge dia. Tapi setahu aku sport rim yang dah direpair ni kualitinya dah tak sama macam asal. Takut pulak nanti bila terhentak sikit masuk lubang terus retak balik atau pecah berderai terus.. hehehe

Aku ada experience juga dalam hal repair rim ni. Masa aku pakai sport rim kereta aku yang asal, dia punya rim alahai memang lembut gila. Aku tak tahu berapa banyak lekuk-lekuk kat sport rim tu. Tapi sekali tu aku ada terlanggar lubang yang agak dalamlah, memang teruklah jadinya sport rim tu. Kereta pun dah jadi bergegar tahap tak boleh diterima lagi.

Berbagai pilihan sport rim
Rambang bijik mata!
Jadi, aku pun hantarlah pergi repair. Dah alang-alang repair, aku repair kesemua empat-empat rim sekali. Memang semuanya dah tak bulat betul. Memang sah sport rim tu jenis lembut.

Dalam dua minggu, semua sport rim tu siap. Tak mahal cas dia dalam RM400 untuk 4 rim. Siap dengan cat dan besinar-sinar seperti baru. Masa mula-mula pakai tak ada hal, no problem. Dalam selang sebulan lepas tu, tayar aku selalu kempis angin dia. Hantar pergi kedai bila cek tak ada bocor pulak. Bila kena dua tiga kali, aku pun fedup. Aku hantar cek betul-betul. Kedai tayar tu cakap angin keluar ikut tepi rim. Bikin balik. Tapi masalah yang sama berulang.

Sampai ada sekali tu, memang teruk jadinya. Aku tak perasan tayar belakang aku tak ada angin. Entah dah berapa jauh aku lenjan. Bila aku perasan, tayar dah hancur. Kena ganti tayar baru terus.

Akhirnya aku tukar ajer semua sport rim tu...

Sport rim jenis yang kedua ni, harga dia tak adalah mahal. sport rim made in Taiwan aje. Aku rasa agak kagum gak dengan dia punya kualiti. Dah selalu hentak masuk lubang tapi memang tak pernah ada bengkok. Lama juga aku pakai, dekat 4 tahun macam tu. Tapi perjalanan di Pahang hari tu, menghabiskan riwayat sport rim itu akhirnya.

Sport rim second hand pun banyak.
(Usah peduli dgn budak kecik tu!)
Sport rim asal kereta aku ni 16 inci, yang ke dua pun 16 inci. Guna tayar 205/45/R16. Tapi kali ni aku nak tukar citarasa pulak. Kalau nak naik ke 17 inci, tak mungkinlah pasal keadaan jalan raya yang tak berapa bagus sekarang ni. Macam cari penyakit pulak. Jadi, aku pun downgrade ke sport rim 15 inci. Ambik tayar yang 195/55. Tak boleh guna tayar 60 siri atau 50, nanti lari jauh pulak speedometer. Nak convert ke tayar siri lain ni bukan boleh hentam sembarang. Aku semak kat sini DML Tire and Wheel Calculator. Ada banyak lagi web site yang offer calculator tayar macam ni. Cari aje kat Google.

Cuma yang jadi masalah problem ialah dari segi rupa dan warna sport rim tu. Aku selalu tengok kereta jenis aku ni guna sport rim kaler hitam. Aku ni biasalah, suka lain dari yang lain. So, aku pilih kaler putih. Hahaha.. kira ok lah. Dari segi design pulak, aku tak ada idea sangat nak pilih yang macam mana. Rambang juga mata aku kat kedai tayar tu, tak tahu nak pilih yang mana. Last-last aku pilih aje yang mana aku rasa berkenan. Melayang juga RM1,450 untuk hari ni...


Sport rim pilihan

Baru jer tadi aku tukar sport rim 15 inci tu, jadi tak nampak sangat apa-apa perbezaannya. Cuma yang agak ketara ialah dari segi pick up kereta aje, rasanya lebih baik. Keselesaan macam agak ok, tapi tak berapa perasan pasal tayar-tayar baru tu di pam keras-keras. Nanti dah dua tiga hari pakai, aku adjust kasi selesa sikit.
Dalam proses pemasangan.

1 comment:

Unknown said...

kalau myvi pakai sport rim 16 okay ke bro? apa beza 15 dengan 16 dari segi pickup dan long?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...