Thursday, 16 June 2011

Hal Anonymous Godam Web Malaysia


Kecoh gak jadinya bila sekumpulan hackers yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai Anonymous dari luar negara bertindak untuk menggodam laman-laman web kerajaan Malaysia. Ini semua gara-gara arahan SKMM menapis beberapa laman web antarabangsa bermula dari thepiratebay.org dan wikileaks.com.



Laman-laman web yang dikenakan arahan blok oleh SKMM ialah:

  1. www.warez-bb.org
  2. thepiratebay.org
  3. movie2k.to
  4. megavideo.com
  5. putlocker.com
  6. depositfiles.com
  7. duckload.com
  8. fileserve.com
  9. filetube.com
  10. megaupload.com


Rapidshare.com, 4shared.com dan berpuluh-puluh lagi laman web yang seumpamanya buat masa ni belum kena blok. Mungkin kalau tak banyak bantahan atau bantahan pun under control, banyak lagi laman-laman web yang akan di blok oleh SKMM.

Mesej Anonymous kepada Malaysia : http://pastebin.com/TLcAgHAe



Greetings, Malaysia,


   We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.


We are Anonymous.
We are Legion.
We do not forgive.
We do not forget.
Expect Us.


Aku tengok Buletin Utama tadi kalau tak salah dengar, sebanyak 91 laman-laman web kerajaan telah berjaya di godam dan di ganggu. Selain laman-laman web kerajaan laman-laman web swasta seperti web KRUStudios.com juga cuba digodam.

Kebetulan pula dengan isu-isu berkaitan internet dan kerajaan sejak kebelakangan ni yang menimbulkan ketidakpuasan warga internet di Malaysia ni, kebanyakkan pengguna internet menyokong tindakan Anonymous.  Bagi aku pula, walaupun aku tak sokong tindakan SKMM, tapi aku tak sokong juga tindakan Anonymous tu. Bukannya apa, aku rasa lagi memburukkan keadaan aje.

Jangan mimpi SKMM akan tarik balik arahan sekatan laman-laman web tu.

Lagi pun, setakat hack laman-laman web kerajaan, tak ada efek apa sangatpun pasal Malaysia ni masih belum lagi bergantung dengan internet sangat. Kalau kena hack pun hari ni, esok lusa dah up balik. Cuma dibimbangi kalau jadinya kebocoran maklumat-maklumat peribadi pengguna laman-laman web tersebut.. itu je.

Tapi aku rasa agak hairan, apa keuntungan SKMM buat tindakan yang merugikan kerajaan sendiri. Kalau pasal nak bendung piracy, selagi wujudnya internet selagi itu benda ni akan wujud. Malah sebelum semua orang mampu berinternet, cd cetak rompak dah lama berleluasa, malah sampai sekarang pun masih berlambak lagi. MP3, movies, software semua cukup. Tindakan SKMM ni hanya memalingkan sokongan warga internet terhadap kerajaan, tak ada efek langsung pada cetak rompak. Banyak lagi pendekatan yang boleh diambil oleh SKMM, jalan macam ni juga yang dipilihnya... bijak bijak...

1 comment:

Hacker KDA said...

bole bukak r lma web smua 2..
gna ja real hide ip..
smua web boley msok koz dy tkar ip adress..
plih la negara mna pown..
bnyk cra lgi..
ngarut ja skmm 2..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...