Tuesday 27 March 2012

Western Union : Cara Ambil/Terima Duit

Kat posting lama aku pasal western union ni, ada juga yang tanya pasal macam mana cara nak terima wang yang dikirim melalui western union. Jadi kali ni aku buat psoting ringkas macam mana caranya tu..

(Yang aku tunjuk ni kalau terima duit dari Google).

Bahan-bahan:
  1. Fotostat mykad x 1
  2. Maklumat peribadi ( nama, alamat, telefon etc..)
  3. Jumlah wang dan Money Transfer Control Number (MTCN) : sila refer kepada maklumat pengiriman yg di buat.
  4. Maklumat pengirim.:   
          Google Inc.
          1600 Amphitheatre Parkway
          Mountain View CA 94043
          USA

Cara-cara:

  1. Pergi bank/pejabat pos: Bank yang ada perkhidmatan western union ialah (yg aku tahu la): CIMB, Public Bank, Bank Rakyat, Ambank dan Agrobank.
  2. Kalau tak disediakan kat tempat borang, sila mintak borang terima duit western union dari staff bank. Cakap kena terang...borang TERIMA .. psal kalau tak cakap terang mesti diorang bagi borang kirim punya.. Borang terima ni header dia warna kuning. Borang kirim, header dia kaler hijau.
  3. Isi borang - jangan pening2. Isi jer... kalau ada yg silap nanti staff bank akan betulkan. Asalkan maklumat yang diperlukan yang aku tulis kat atas tu ada. Kalau terima dalam USD, tulis jer USDXXX.XX dalam borang tu, nanti bank akan convert ke MYR.
  4. Macam biasa... ambil nombor dan tunggulah sampai berjanggut dipanggil.
  5. Kat kaunter nanti bagi borang tu dengan fotostat IC. Nanti staff bank akan mintak mykad juga. Dalam 10 minit siaplah.
 Tak ada caj apa-apa. Itu yg di kirim, itulah jumlah yang kita akan terima.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...