Monday 22 July 2013

Lagu ke-4 : Gembira Di Sampingmu


Lagu ni dibuat khas untuk isteri aku..
kembang kempes hidung dia bila dia tahu aku buat lagu untuk dia
tu belum dengar lagi tu...

ni dah dengar ni.. tonggang terbalik agaknya .. he he he
jangan mara aaa...

 ni lagu fast/pop rock.. aku masih belum pandai lagi buat lagu sentimental. masih menuntut lagi... nanti dah pandai nanti bolehlah buatkan lagu yang syahdu-syahdu sampai nangis tak sudah..

Wednesday 17 July 2013

Lagu Ke-3 : Ku Kehilangan... Selipar

Apa daa... selipar hilang pun nak buat lagu...?

Heh! heh! heh! Kalau dapat ilham kucing beranak pun aku buat lagu... :)

Bukanlah macam tu.. Aku ni cipta lagu untuk seronok-seronok aje. Kualiti pun ke laut. Janganlah dibandingkan lagu-lagu ciptaan aku dengan pencipta lagu profesional. Tapi, manalah tahu satu hari nanti...

Yang penting aku seronok dan puas hati. Sebagaimana aku tulis blog ni juga, hanya untuk suka-suka.

Okay, sempena bulan puasa ni aku cipta lagu pasal kehilangan selipar. Ye lah.. bulan-bulan puasa ni kan ramai yang rajin pergi masjid. Kadang-kadang tu orang tersalah sauk selipar, terkena pula selipar kita. Adeh.. sedey nya.. nak nak pulak selipar favorite pula.

Aku ada tips untuk dikongsi bagi sesiapa yang risau selipar dia hilang. Tak kiralah samada kat masjid atau surau ke, kat rumah jiran ke, kat majlis berbuka puasa ke, kat kafe siber ke, kat mana-manalah..

Monday 15 July 2013

Mimpi


Bulan puasa ni mata memang asyik mengatuk jer, lepas buka ngantuk, lepas terawikh ngantuk, lepas bangun tidur pun ngantuk.. haha

Tapi semalam masa tidur termimpilah pulak sesuatu yang kelakar.

Mimpinya macam ni..

Tuesday 9 July 2013

Selamat Berpuasa 2013


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan lagi. Makin lama masa semakin berlalu semakin cepat rasanya. Kalau dulu masa kecik-kecik tempoh masa sebulan tu macam setahun, sekarang ni setahun macam sebulan saja.

Ramadhan tahun ni, sama saja rasanya dengan yang tahun-tahun lepas. Yang aku ingat Ramadhan tahun lepas aku mula hisap e-rokok, kononnya nak berhenti merokok terus tapi sampai sekarang tak henti-henti lagi. Bukan e-rokok yang salah, tapi aku yang salah... hehehe...

Nak sahur esok ni, lupa pulak aku nak beli lauk. Tengok kedai runcit semua pakat-pakat tutup awal pasal nak menyambut puasa esok. Macam mana entah aku boleh tak ingat.

Masak nasi goreng aje la sahur di 1 Ramadhan tahun ini...he he he..

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan. Semoga dapat berpuasa penuh dan memperoleh pahala penuh juga.



Saturday 6 July 2013

Lagu Kedua - Rindu Sendiri

Bila dah berjaya cipta lagu yang pertama, tiba-tiba jadi teruja pula nak buat lagi lagu. Tiba-tiba senang pula dapat idea, dari sumber yang entah dari mana saja.

Kalau lagu yang pertama hari tu pasal jerebu dapat idea bila tengok jerebu, tapi kali ni dapat idea dari drama korea "When A Man Loves". Mungkin pasal cerita ni best kot.

Walaupun lagu ini berinspirasikan dari kdrama, tapi tak ada pun bunyi macam k-pop.

Okay, dengarlah lagu terbaru dari aku khas buat peminat drama "When A Man Loves"....

(Sekali lagi, minta maaf tang vocal... aku bukan penyanyi..harap maklum..)


Thursday 4 July 2013

DVD Player Exora : Cara Set Saluran Audio

Pemain DVD Exora tidak ada speaker sendiri. MPV lain punya player aku tak pernah tengok pulak. Tapi biras aku ada pasang DVD player kat kedai accessori. DVD player yang dia beli tu siap ada built-in speaker dekat dia punya penutup skrin tu.

Tapi aku rasa bunyinya kurang sedap didengar. Bila dia tengok aku letak speaker PC, dia pun nak buat juga.

Okay, sambung pasal DVD player standard Exora yang datang dari kilang. DVD player ni menggunakan gelombang frekuensi radio untuk mengeluarkan audionya melalui radio kereta (CD player).

Cara nak setnya tak susah, tapi ada juga yang tak tahu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...