Wednesday, 8 May 2019

Cara Cek dan Tukar Bateri Handphone

Bagi yang baru berjinak-jinak dan kerja-kerja memperbaiki smartphone, video ni mungkin boleh menambah ilmu.


Jangan lupa like video dan subscribe channel MancisDahBasah di Youtube.

Saturday, 15 August 2015

Google Adsense Dah Support Bahasa Melayu!


Yahuuu..!

Yang ditunggu-tunggu dah tiba...

Barulah seronok nak tulis blog..

Aku sukee...

Ohh... lagi satu pasal Google Adsense ni.. diorang dah boleh guna wire transfer direct masuk dalam akaun bank... so dah tak payah guna Western Union lagi..

Aku guna wire transfer ni sejak bulan November 2014 yang lepas..

Wednesday, 10 September 2014

Koleksi : UMC Green CPU 486SX 33MHz


Semalam aku blog walking terjumpa pula blog peribadi yang memaparkan gambar-gambar barangan yang dah lama-lama, macam kipas meja, pelita, basikal tua... macam-macamlah. Rasa macam seronok pula bila membelek-belek gambar-gambar barangan lama.

Saturday, 12 October 2013

Exora: Servis 32000 KM dan Lampu ABS Menyala

Semalam aku ke Proton Plentong lagi untuk servis exora aku kali yang ke 5 pada KM 32000. Aku call service center tu dah dua tiga hari lepas untuk booking.

Pada mulanya bila aku cakap ABS aku ada problem diorang suruh datang pagi pasal panjang sikit masanya untuk settle masalah manalah tahu kot-kot kena tempah alat ganti. Tapi oleh sebab aku tak ada masa nak datang pagi, aku cakap aku datang servis jer... ABS tu cek dulu, kalau kena order, aku datang lain kali jer.

Lampu ABS tu menyala lebih kurang dah dua minggu. Memandangkan dah nak tiba waktu servis aku biar ajer.

Jadi aku pun datang pukul 3 petang hari Jumaat semalam. Aku pun cakap nak servis dan cek ABS.

Sambil-sambil tunggu tu aku jengah-jengah Suprima S. Aku tak tengok lama-lama, takut tergoda pulak. Tapi secara kasarnya aku tengok nampak lebih class dari Preve. Dalamannya pun nampak lebih berkualiti dan elegan. Tapi warna pilihan tak cukup menarik. Yang ada kat showroom tu cuma silver dan biru... aku tak minat. Secara keseluruhan memang mantap..

Dalam pukul 5, semua settle termasuk dengan ABS tu sekali. Diorang ganti sensor ABS kat tayar depan sebelah kiri. Alhamdulillah, semuanya masih dalam warranty lagi. Inilah first time aku claim warranty sepanjang hampir dua tahun aku pakai exora ni. Sebelum ni memang tak ada apa-apa problem.

Jadi aku cuma perlu bayar servis biasa jer, semua sekali RM280... minyak hitam fully sintetik dan lain-lain termasuk service charge RM65.

Next service ialah pada KM42000 atau 6 bulan dari semalam 4 April 2014.

Rugi tak sempat basuh kereta free pasal masa dah suntuk...




Monday, 12 August 2013

Angin di Hujung Ramadhan di Maybank


Dah macam tajuk drama tv pulak aku punya tajuk post kali ini. Memang pun, nyaris-nyaris aku buat drama di maybank tadi akibat dari ketidak profesionalan staffnya yang aku rasa macam kurang training. Angin satu badan!

Malas sebenarnya nak tulis perkara-perkara yang tak best ni, lagi pun aku dah minta maaf kat staff maybank tu... (eh bukankah sepatutnya dia yang kena minta maaf kat aku pasal buat aku sampai angin? lagipun aku ni kan customer... maybank oh maybank..). Jadi aku tulis secara ringkas jer, mana tau mungkin boleh dijadikan panduan dan pengajaran.

Tuesday, 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


Tengok anak-anak main bunga api dapat pulak idea buat lagu raya..

Jadi, ucap selamat hari raya tahun ni pakai lagu jer... hehehe

Ini adalah lagu ke-5 yang aku gubah. Memang masih banyak kekurangan, maklumlah masih belajar..

Lagu ni bukan lagu ceria macam lagu anugerah syawal bunkface dalam iklan raya tv3 atau lagu sedih macam lagu lama musafir di aidifitri.. masa aku buat lagu ni aku gambarkan suasana sederhana tetapi meriah dan juga mengambarkan perasaan rendah diri memohon maaf dari semua..

dipersilakan komen atau like sebagai sokongan atau dislike tanda menyampah..

Selamat Hari Raya
Lagu/lirik: Mancis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...