Showing posts with label Duniaku. Show all posts
Showing posts with label Duniaku. Show all posts

Monday, 12 August 2013

Angin di Hujung Ramadhan di Maybank


Dah macam tajuk drama tv pulak aku punya tajuk post kali ini. Memang pun, nyaris-nyaris aku buat drama di maybank tadi akibat dari ketidak profesionalan staffnya yang aku rasa macam kurang training. Angin satu badan!

Malas sebenarnya nak tulis perkara-perkara yang tak best ni, lagi pun aku dah minta maaf kat staff maybank tu... (eh bukankah sepatutnya dia yang kena minta maaf kat aku pasal buat aku sampai angin? lagipun aku ni kan customer... maybank oh maybank..). Jadi aku tulis secara ringkas jer, mana tau mungkin boleh dijadikan panduan dan pengajaran.

Tuesday, 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


Tengok anak-anak main bunga api dapat pulak idea buat lagu raya..

Jadi, ucap selamat hari raya tahun ni pakai lagu jer... hehehe

Ini adalah lagu ke-5 yang aku gubah. Memang masih banyak kekurangan, maklumlah masih belajar..

Lagu ni bukan lagu ceria macam lagu anugerah syawal bunkface dalam iklan raya tv3 atau lagu sedih macam lagu lama musafir di aidifitri.. masa aku buat lagu ni aku gambarkan suasana sederhana tetapi meriah dan juga mengambarkan perasaan rendah diri memohon maaf dari semua..

dipersilakan komen atau like sebagai sokongan atau dislike tanda menyampah..

Selamat Hari Raya
Lagu/lirik: Mancis

Monday, 15 July 2013

Mimpi


Bulan puasa ni mata memang asyik mengatuk jer, lepas buka ngantuk, lepas terawikh ngantuk, lepas bangun tidur pun ngantuk.. haha

Tapi semalam masa tidur termimpilah pulak sesuatu yang kelakar.

Mimpinya macam ni..

Monday, 13 May 2013

Modem Kena Petir

Istilah mudah yang kita cakap ialah "modem kena petir" atau "disambar petir". Tapi yang sebenarnya ialah berlakunya cetusan voltan berlebihan di dalam line telefon yang disebabkan oleh petir tersebut. Kalaulah betul-betul disambar petir, dah hangus modem tu macam yang selalu berlaku pada pokok di tepi padang.

Selalunya kalau nak keluar rumah, aku akan cabut line telefon. Tapi hari tu boleh lupa pula.

Post ini adalah sebagai peringatan untuk aku.

Barang-barang yang rosak:

1. Modem x1
2. Motherboard x2
3. Power Supply x1

Anggaran kerugian ialah RM750.

Dulu-dulu aku ada pakai surge-protector. Tapi setiap kali kilat menyambar, dia rosak.. asyik nak kena ganti dia aje. Jadi jalan penyelesaian yang paling afdhal ialah hanya cabut saja line telefon tu... hehehe.

Friday, 3 May 2013

Ganti Handphone

Dah lama aku tak beli handphone baru. Kali terakhir aku ke kedai handphone untuk beli handphone baru ialah pada 2007. Masa tu aku beli Nokia N70. Aku pakai N70 tu sampai awal 2011.

Bagus jugalah N70 tu. dalam masa beberapa tahun cuma tukar bateri sekali. Beli bateri ganti RM20. Dua bulan lepas tu, keypad dia pula rosak. Malas nak betulkan pasal dah lama sangat. Kalau N70 tu tak rosak, mungkin aku pakai terus agaknya. Lepas tu aku beli HTC Wildfire, second hand dari adik aku. Tak silap aku dia beli handphone tu 2010 agaknya.

Monday, 2 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Saya, yang bernama dan beralamat seperti di atas ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2012" kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Sunday, 24 July 2011

Tengok Wayang 3D


Aku rasa aku ni macam dah ketinggalan zaman jer. Dah bertahun wayang 3D ni, tapi baru minggu lepas aku berjaya tengok... hehehehe. Aku tengok cerita Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2. Aiseyy... Harry Potter ni bukan taste akulah....

Mulanya macam ni. Dua minggu sebelum tu aku tengok Transformers 3 Dark of The moon kat TGV Tebrau City dengan bini dan anak-anak. Dah memang wajib tengok wayang kalau cerita Transformers, dari dulu. Masa Transformers 1 2007, tengok berdua dengan anak aku yang sulung, masa tu umur dia 6 tahun, bini aku dalam hari. Transformers Revenge of The Fallen 2009, tengok bertiga. Kali ni 2011 tengok berempat pulak...

Thursday, 5 May 2011

Filem & Drama Unsur Sejarah Negara

Aku terbaca di ruangan forum Utusan Online mengenai filem berunsur sejarah negara, dan penulisnya pun ada blognya sendiri di sini.

KEJAYAAN filem epik aksi Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) di pagawan baru-baru ini menjadi satu perkara penting terhadap industry filem di negara kita. Filem yang berkualiti seperti ini menyebabkan filem ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Keupayaan KRU Studio yang telah melahirkan filem HMM ini harus dipuji. Hal ini kerana pertama filem ini merupakan filem yang berunsurkan sejarah dan kedua filem epik ini membawa haluan imaginasi kita ke tahap maksimum sehingga akan menimbulkan rasa kagum dan percaya apa yang berlaku pada ketika itu....

Wednesday, 13 April 2011

Bila Highway Desaru Nak Siap?


Projek Highway Desaru Senai ni dah lama. Senai-Tiram-Pasir Gudang dah siap. Desaru-Pasir Gudang(Cahaya Baru) jer tak siap-siap. Ikut plan asal, sepatutnya tahun lepas dah siap. Biasalah, kat Malaysia ni semua projek bertangguh, tak ikut jadual. Bilalah Malaysia ni nak jadi rakyat yang berdisiplin macam rakyat Jepun.

Masa perjalanan.

Jadi bila lebuhraya ni boleh dilalui?

Sunday, 3 April 2011

Lawak Bengang oleh Kad NexG Ambank

Bukanlah lawak bangang. Kasar sangat bunyinya tu... ni kisah yang aku rasa sangat membengangkan, nak marah pun ada.. tapi rasa macam lawak pun ada.. Kalau korang ada guna kad debit NexG ni, bolehlah ambil iktibar daripada kisah benar aku kali ini. (dalam episod bukan aku yang salah, kad NexG yang salah!)

Saturday, 19 March 2011

Jam Tangan Guess Waterpro 1998


Saja je aku nak tulis pasal jam. Inilah satu-satunya jam aku. Jam tangan Guess Waterpro buatan tahun 1998. Dah 13 tahun dah jam ni. Tak pernah lagi rosak. Cuma ada sekali tu bateri dia jer habis. Lepas tukar bateri, dia ok balik. Lama juga bateri dia tahan. Dalam 7-8 tahun baru kena tukar bateri. Nampak macam dah tak berkilat. Tapi bila lepas polish pakai Brasso, sure berkilat macam baru beli.

Wednesday, 23 February 2011

Apa Makna Nombor 59 dan 38 Contact Lenses SofLens

Aku punya supply contact lenses dah habis. Nak kena beli lagi. Bukan contact lense yang kaler-kaler tu, yang macam awek-awek tu... bukaaaann.. Itu ngada-ngada tak der penyakit cari penyakit. Yang aku pakai ni contact lenses orang rabun betul punya. Beginilah nasib orang yang rabun yang tak mahu pakai spek. Bukan tak nak pakai spek, tapi rasa amat membebankan, rasa macam ada benda kat atas hidung (memang ada benda pun!). Cuma orang yang pakai spek jer yang faham permasalahan ini. Lebih-lebih lagi orang yang spek dia dah tebal satu inci...kekeke

Tadi aku ke Econsave, nak beli barang sikit. Alang-alang dah ke bandar ni, aku belilah contact lenses sekali. Kat Econsave tu cuma ada sebiji jer kedai spek. Tapi yang jadi agak masalahnya, packaging dia lain. Jenama sama. Bausch & Lomb SofLens. Aku memang dah biasa pakai jenama ni. Dah 10 tahun dah aku pakai brand ni. Aku pakai contact lenses pun dah lebih 10 tahun.

Bila aku tengok kotak dia lain. Aku rasa macam tak nak beli. Tapi, malas pulak aku nak ke tengah bandar tengah-tengahari ni. Lagi-lagi waktu orang tengah keluar lunch. Hmm... aku pun beli jer lah. Harga dia agak murah pulak dari yang aku biasa beli tu. Yang ni harga dia RM50, yang biasa aku beli tu harga dia RM60 (dulu RM55 sekarang dah naik!). Biasalah, dalam satu kotak tu ada 3 pasang contact lense, boleh tahan untuk 3 bulan, satu bulan buang, satu bulan buang..
Bila dah sampai rumah, aku pun bandingkan dengan kotak contact lenses aku yang lama. Baru aku perasan, selain dari kotak dia lain, dia punya nombor tu tak sama. Yang biasa aku pakai ialah SofLens 38, yang aku baru beli ni SofLens 59. SoftLens ni adalah brand contact lenses di bawah jenama Bausch & Lomb.

Aku pun cek lah kat internet (mudahlah zaman sekarang ni, maklumat di hujung jari beb!). Gelabah juga. Takut-takut tak boleh pakai yang jenis ni pulak. Dari website Bausch & Lomb, apa yang aku faham nombor 38 dan 59 tu ialah peratusan air didalam contact lenses tersebut. Dari website itu juga ada diberitahu yang material antara kedua jenis SofLens ni pun dari material yang berlainan. Lagi satu dia tulis kat situ, lebih tinggi peratusan air lebih selesa untuk orang kurang air matanya, manakala contact lenses yang kurang peratusan air adalah lebih baik kerana ia memerlukan kurang moisture untuk kelembapan.
The differences between these three contact lenses is the material. The 38 and 59 denotes the percentage water content of the contact lenses. While higher water content contact lenses may be more comfortable to wear for people who have a low level of tear fluid a low water contact lens might be better as it requires less moisture to keep it hydrated.
Entah... aku pun dah berap fahamlah.

Aku cari lagi info lain. Dekat dalam satu forum ni, ada diorang cakap yang SofLens 59 ni tak berapa bagus pasal ia 4 kali lebih tebal dari SoftLens 38. ALAMAK!! Lagi satu, SofLens 59 ni kurang penembusan oksigen pada anak mata. LAGI SATU ALAMAK!!! ni yang buat biji mata merah jer memanjang...tak cukup oksigen.

Lagi info:
Your sofmed lenses are 55% water. As a general rule with standard hydrogel lenses, the higher the water content, the more oxygen permeable they are. But the higher the water content, the more prone they are to drying out and drawing water away from your eyes, which in turn makes your eyes feel itchy and uncomfortable.
Ni yang tak best ni. Aku pun rasa semacam jer kat mata aku ni. Rasa macam tak best ajer. Kepala pun macam goyang-goyang. Macam atas kapal laut mewah gitu.. (cewah... macamlah pernah naik..).

Ataupun mungkin aku tak biasa pakai kot jenis ni. Aku try pakai jer lah dulu. Try seminggu tengok macam mana. Kalau tak ok, kena beli yang lain ni... aduih... kopak poket aku..

Update March 29, 2011:
Lepas sebulan lebih aku pakai Soflens 59 ni, aku rasa tak ada bezalah dengan SofLens 38. Macam sama aje. So, lain kali kalau tak ada 38, beli 59 pun okay aje.

Saturday, 19 February 2011

Panggilan dan Pangkat Dalam Keluarga Melayu

Ini bukan keluarga Melayu ye, sekadar gambar hiasan. Harap maklum...
Apakah?

Apa aku nak panggil benda ni ye? Ala.. gelaran-gelaran tu lah. Along, Angah, Ucu tu lah.

Dalam keluarga aku sekarang ni memang tak pakai gelaran macam ni. Keluarga sebelah arwah mak aku ada pakai. Keluarga sebelah arwah mak aku ni besar. Ada 12 orang adik beradik. Keluarga bini aku pun guna juga gelaran ni. Bini aku ada 8 adik beradik. Keluarga aku tak dapat nak pakai gelaran ni pasal kami duduk berdekatan dengan adik beradik yang lain. Bila adik beeradik lain dah pakai gelaran tu, jadi susahlah kami nak guna gelaran yang sama.

Misal kata anak kakak ipar aku dah guna gelaran Along untuk anak sulung dia. Kalau aku pun guna gelaran yang sama untuk anak sulung aku, mestilah keliru. Dahlah duduk dekat-dekat. Tiap-tiap hari jumpa pulak tu. Kalau dia panggil anak aku along, anak aku panggil dia along... konfius konfiusss...

Adik beradik bini aku ada 8 orang. Beliau (fuiyoo.. beliau tuu), anak ke 4. Dalam keluarga, dia di panggil Anjang. Tapi... bini aku ni agak tak suka, bukan agak lagi, tapi benci giler dengan gelaran tu. Kalau dia dengar aku cakap perkataan 'Anjang' tu.. memang kena cubit, kena pulas 8 kali lemak kat pinggang aku.. aduss..

Aku tak pasti kenapa dia benci sangat dengan gelaran tu. Kalau ikut berita khabar angin yang aku dengar, dulu-dulu ada cerita drama kat RTM, tajuk dia 'Anjang Aki' (yang ada M.Nasir nyanyi lagu Dedaun Masa tu). Bini aku ni tak suka watak cerita tu lah.. tu yang jadi anti sangat agaknya. Wallahu'alam..

Oleh sebab bini aku tak suka gelaran 'Anjang', jadi aku kena bagi ganti nama perkataan tu agar tak lebam pinggang aku. Aku pun guna perkataan 'Tuuut'. Mula-mula dulu dia ok, tak marah. Sekarang ni perkataan 'Tuut' tu pun dia tak boleh dengar.. waduh waduh...

Oklah, aku tinggalkanlah soal pinggang lebam aku tu.

Aku senaraikanlah gelaran-gelaran yang ada dalam sebuah keluarga Melayu yang aku tahu.

1. Along
Ni gelaran khas untuk anak yang sulung. Mungkin berasal dari perkataan 'sulung' agaknya. Tak ada adik beradik lain yang berhak dengan gelaran ni. Kekadang di panggil juga Abang Long atau Kak Long. Kalau yang yang dah diubah suai, kadang-kadang jadi Kak Yong.

2. Angah
Angah ni untuk anak nombor dua.  Mungkin berasal dari perkataan 'Tengah'. Tapi ntah. Macam bukan jer. Pasal nombor dua tak bermakna tengah.

3. Alang/Uda
Anak nombor 3. Tak tahulah berasal dari perkataan apa. Ada yang guna gelaran Alang tapi ada yang guna Uda. Kalau tak silap aku, yang guna Alang adalah dalam keluarga berketurunan Banjar. Uda pula dari keluarga Jawa.

4. Anjang/Andak
Anak nombor 4. Macam gelaran untuk anak nombor tiga, ada yang guna Anjang macam keluarga bini aku. Adik beradik bapak mertua aku pulak guna Andak. Tapi keluarga sebelah arwah mak aku pulak tak guna  kedua-dua gelaran ni. Diorang skip terus ke Uteh. Pasal apa, aku pun tak jelas. Mungkin ada sejarah-sejarahnya agaknya.

5. Uteh
Gelaran untuk anak nombor 5 ni mungkin berasal dari perkataan 'putih' agaknya. Apa kaitannya dengan keluarga? Tak tahulah aku. Mungkin orang yang memulakan gelaran ni anak nombor 5 dia putih luar biasa agaknya.

6. Cik
Ni macam gelaran biasa kita panggil untuk pak cik-pakcik dan makcik. Masa aku mula-mula jadi ahli keluarga bini aku, aku agak confius jugak dengan panggilan ni. Biasanya kita panggil Cik kan untuk perempuan yang belum kahwin tapi adik ipar aku ni lelaki... kekeke. Tapi pronounce nya buka Cek, tapi cik.. pak cik.. gitulah bunyinye.


7. Itam
Dah ada putih, kena ada hitam pulak. Jadilah gelaran Mak Tam, Pak Itam, etc. Kecik hari orang yang kulitnya putih kena gelaran itam. Lagi kecik hati orang yang memang dah hitam, lepas tu kena gelar hitam lagi...kecik hati kuasa dua.. hehehe


8. Usu
Pasal keluarga bini aku ada lapan orang jer, so yang terkahir sekali ni digelar Usu lah. Tapi kami panggil dia nama ajer. Cuma anak-anak sedara panggil dia Mak Su.

Kalau disebelah keluarga arwah emak aku, selepas uteh tu, diorang dah tak pakai gelaran pangkat dah. Guna nama jer. Jadi aku sebagai anak sedara panggil pakcik-makcik yang tak ada pangkat ni dengan namalah tapi didahulukan dengan Acik, contohnya Acik Jamil, Acik Azie.. gitulah.

Sunday, 13 February 2011

Sketsa sejarah...Hobiku tengok TV...


Ada yang tak kena dengan tajuk kat atas tu.

Memang betul aku suka tengok TV, tapi bukanlah cerita-cerita yang ditayangkan dalam rancangan TV. Aku tengok movie dan drama yang aku download dari internet kat dalam tv. Aku ada sebijik komputer yang aku sambung ke tv dia punya display... jadi dapatlah aku tengok cerita-cerita kegemaran yang aku download tu kat screen tv.. barulah clear. Tv aku tu bukanlah best sangat pun. TV Sony 29 inci. Beli tahun 2006.. dah lama dah.. hajat hati nak beli LCD 42 inci, masih tak kesampaian. Setahu aku harga LCD tv 42 inci baru dalam lingkungan RM2,000 jer.. tapi apakan daya.. huk huk huk... (tv sony tu pun aku beli dgn harga RM1,999.00... hahaha)

Ok, cerita apa yang aku tengok ye..?

Aku suka tengok drama korea.. hahaha.. tak percaya? percayalah. Aku ni memang peminat tegar drama korea. Boleh dikatakan semua drama korea aku dah tengok. Cerita lama ke, baru ke.. semua dah tengok. Yang best ker, yang tak berapa best ker.. semua dah tengok. Yang tak best... tak yahlah tengok, nak buat apa tengok cerita tak best.. kekeke

Pelangi Leisure Mall - tempat aku tengok wayang
Sebenarnya, dulu-dulu aku memang suka tengok movie. Masa belum kawin dulu, masa berdating, tiap-taip minggu tengok wayang. Tiap-tiap minggu pergi Leisure Mall kat Taman Pelangi tu. Kalau tak ada cerita best kat Leisure Mall, kami pergi Perling Mall, kalau tak pun pergi Holiday Plaza. Masa tu panggung wayang tak berapa nak banyak. City Square belum ada lagi.... sekitar tahun 1997-98.. dah lama dah.

VCD pertama yang aku beli
Dalam hobi tengok wayang tu, aku suka beli VCD. Selalu sangatlah pergi Holiday Plaza, cari VCD lucah cetak rompak. Awal-awal dulu, mahal gak harga VCD.. satu cerita harga dalam RM10-12. Sekarang ni RM4 dah dapat DVD. Masih ingat lagi, cerita pertama yang aku beli ialah Dante's Peak 1997 lakonan Pierce Brosnan dengan Linda Hamilton. Dulu-dulu VCD player mahal. Lagipun aku student masa tu, manalah boleh tengok TV kat hostel. Jadi aku tengok VCD kat komputer ajer. Komputer kawan akau pulak tu.. hahaha. Tapi aku yang beli MPEG Card. Kalau tak ada MPEG Card, komputer tak cukup power, tak boleh play video dari VCD, berat. Yelah... spec komputer Pentium 486 166MHz, 8MB RAM. Nampak macam slide powerpoint. Nanti orang cakap tengok slide pulak.. kekeke. Banyak giler koleksi VCD (pirate) aku, beratus-ratus... sampai sekarang masih ada. Tapi tak tahulah pulak, boleh tengok lagi ker.. aku rasa boleh kot. Nampak elok jer.

Tapi satu jer, aku tak suka ulang tengok cerita-cerita. VCD aku beli, tengok sekali, habis, dah. Tapi simpan sampai sekarang. Sayang juga nak di buang. Sama jugalah dengan sekarang, cerita yang aku download... tengok sekali jer, tapi sayang nak delete... sampai penuh hard disk aku. Dalam komputer ni ada 3 hard disk, 250GB, 500GB dan 250GB, dalam server ada 500GB, komputer kat sebelah tv ada 250GB.. semuanya hampir-hampir penuh. Itu pun, dah banyak yang aku terpaksa delete. Kalau tak, tak tahulah aku nak sumbat mana.

Oh.. sambung cerita aku tadi..

Sampai sekarang ni, memang aku suka tengok movie.. tapi tak sangguplah nak tengok wayang. Dah ada family ni, ada banyak keutamaan yang kena dahulukan. Sekali sekala ok lah. Last sekali aku tengok wayang, cerita Transformer 2. Tengok satu family.

Lost- siri tv berhantu
Dalam sekitar tahun 2006-2007, tetiba aku giler tengok siri tv Lost pulak. Yang first season, aku beli kat Smart, JB. Harga RM50.. mahal oooo. Season 2,3,4.. aku download ajer. Sambil tu aku tengok juga siri Smallville.. semua aku download. Ada lagi beberapa siri tv hollywood yang aku tengok. Dah pandai guna torrent, senanglah nak download. Lagi pun, sekarang pakai streamyx, internet dah laju 1 mbps. Dulu pakai dail-up 1515 cuma 56kbps... macam mana nak download.

Tetiba aku rasa bosan dengan cerita hollywood, aku pun try lah  movie korea. Sebelum ni aku ada jugak tengok movie korea, The Host (2006). Walaupun kagum gak dengan teknologi perfileman diorang masa tu, tapi cerita tu dah macam cerita hollywood yang lain-lain, so aku tak ambil pusing sangat.

Aku start minat cerita korea bila aku tengok movie The Classic, Lover's Concerto, A Moment To Remember dan 200 Pound Beauty. Lepas tu aku try tengok drama Korea pulak. Walaupun kat Malaysia ni, dah lama dah tayang drama Korea kat TV.. dari zaman Winter Sonata lagi, sekitar tahun 2002-2003, sampai orang Malaysia dah berhantu dengan Winter Sonata, aku masih tak minat lagi.

Alone In Love
Drama korea yang mula-mula aku tengok ialah Summer Scent. Memang syahdu cerita ni. Dan drama ni adalah antara Top 10 dalam aku punya list. Lagi aku ada tengok Alone in Love... pun antara yang aku paling minat. Cerita ni mengingatkan aku kat kehidupan aku sendiri. Banyak lagilah yang aku dah tengok.. cakap apa saja tajuk drama korea.. semua aku dah tengok. Nak listkan pun tak guna... banyak sangat.

Kalau awal-awal dulu aku tengok drama korea 16 episode... sekarang sudah upgrade.. aku dah rajin tengok drama sehingga ke 77 episode (Yi San 2007-2008)... rajin sungguh aku. Sekarang ni pun, aku tengah tengok cerita Life is Beautiful.. 54 episode... baru masuk episode ke 27.

Drama Korea -Queen Seon Deok
Genre... semua genre aku tengok. Tapi yang paling aku suka ialah Romantic Comedi, Historical drama dan Family drama. Romantik komedi yaang paling latest aku tengok ialah Secret Garden, genre historical pulak yag paling aku suka ialah Queen Seon Deok dan Dong Yi. Family drama yang aku tak jemu ialah Smile You. Action drama pun aku suka juga, macam IRIS.

Kalau aku rajin nanti, aku tulislah ulasan drama-drama yang aku dah tengok, dari kaca mata aku sendiri. Kalu rajinlah. Percaya tak kalau aku cakap aku belum lagi tengok cerita Winter Sonata? kekeke




...... (ada juga drama korea yang aku belum tengok rupanya...hehehe)

Saturday, 12 February 2011

Apa itu PKBS?

Aku dapat surat dari sekolah anak aku. Surat tu mengenai tarikh tarikh ujian dan peperiksaan yang akan diadakan sepanjang tahun.

Tapi aku dapat satu permasalahan... dalam jadual tu, ada tulis tarikh ujian bulanan PKBS 1, PKBS 2, PKBS 3 dan PKBS 4.

Apa benda PKBS ni? Puas aku baca dari atas ke bawah, dari bawah ke atas ke bawah.. dari atas meja ke bawah kerusi dan dari atas kerusi ke bawah meja.. tak jumpa langsung apa maksud akronim PKBS tu.

Last-last aku try cari kat Internet... puas juga aku menggodeh google..

PKBS ni maknanya ialah Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah. (itupun kalau hasil carian aku ni betul, hanya cikgu sekolah jer yang tahu dengan tepat... kekekekeke)

Untuk cikgu-cikgu, kalau buat surat untuk ibu bapa, kalau ada singkatan-singkatan yang kurang jelas tu, buatlah sikit nota kaki kat surat tu ye...

Sunday, 6 February 2011

Tentang Aku: Happy Birthday Ayen!!!!

Tentang Aku: Happy Birthday Ayen!!!!: "'Happy birthday to you....Happy birthday to you....Happy birthday to Ayen....Happy birthday to you..........' Selamat hari lahir mama ucapk..."


Oh ye.. hari ni birthday anak sulung aku, Ayen, yg ke 10 tahun... dah besar dah anak aku ni, dah darjah 4 dah.

Abah ucapkan selamat hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, berjaya dalam hidup, dan jadi anak yang soleh... aminnnn..

Dwi bahasa ke?

Hehehe... bila siap first post.. aku pun viewlah aku punya blog baru ni... sekali tengok dia punya title sikit punya cantik guna BI.. tapi isi dalam guna BM.

Sebenarnya.. dlm plan nak guna BI, tapi bila dah siap malas lah pulak nak mengarang dalam BI.. dahlah BI aku pun tonggang terlabik..

Hello World!

Pagi ni, sambil layan mp3 gitar Santana dan tengok-tengok blog bini aku, ntah apa yang aku fikir boleh tergerak pulak hati nak setup satu blog baru. Dah berpuluh blog aku sebelum ni aku buat, tapi semuanya separuh jalan. Bila dah boring, malaslah nak menaip topik baru.

Cuba tengok yang ni pulak, berapa lama boleh tahan.

Motif?

Apa motif aku buat blog baru ni ye... kalau blog-blog sebelum ni aku buat semata-mata nak tambah traffic adsense.. kali ni, aku buat tak ada motif... ye.. motifnya ialah tak ada motif... sesaja je.. suka hati aku lah nak taip apa.. tapi lebih kepada nak taip apa yg sedang bermain-main kat dalam kepala.

Tapi yang rasa tak best tu, masa sebelum ngadap komputer, dlm kepala macam-macam nak tulis, tapi bila dah pegang keyboard.... blank pulak... tu yang menyampah tuu...

Tuesday, 21 March 2006

DVD Player : Pioneer Vs. Samsung

About my old post here http://sekoyenworld.blogspot.com/2005/11/finally-sony-has-arrived.html I mentioned to buy a new DVD player.

My choices are Pioneer 383/686 and Samsung HD850. Actually, I changed to Pioneer 585k because it has karaoke function.





Pioneer DV-585K-S
Price : RM 380

Advanced DVD player with DivX® video playback and karaoke function.
An advanced DVD player featuring karaoke, high-resolution pictures, and a wide range of compatible formats-including DivX® video

Features

108MHz/12-bit D/A converter
DivX® video playback
Video Adjust function with Sharpness/Brightness/Contrast/Gamma/Hue/Chroma Level control
PhotoViewer (JPEG playback**)

Audio Features
192kHz/24-bit D/A converter
WMA/MP3 playback
Sound Equalizer (Rock/Pop/Live/Dance/Techno/Classic/Soft)
Virtual Surround
Karaoke functions with Mic Echo and Digital Key Control



The Second Choice is Samsung HD850
Price: RM 580
Features
720p / 1080i Up-Conversion
HDMI™ Output
Multi Progressive Scan (PAL/NTSC)
192KHz / 24bit Audio DAC
DVD / CD / MP3 / WMA / JPEG Playback
Digital Audio Output (Optical / Coaxial)






I am more bias towards Pioneer because of it's karaoke function. So I bought it from an electronic shop infront of Giant Plentong, JB. Take it home.( Yeah, I forgot to test it first! Because I am so excited) At home, I am so angry when it cannot play the DVD at all. On the screen there are options to select region 1,2,3,4,5,6.. but unfortunately pressing the remote have no effect. it hung there.

I sent the one day DVD player to Pioneer service center and they solved it in 10 minutes. So I brought it home again. Want to watch Lord of the Ring, but.... after 10 minutes watching, the DVD player restart itself. Then it cannot play the movie properly but retstart itself in one or two minutes.

The next day, I went to the shop again and tell them the problem. They agree to replace it to other model because the 585 is out of stock. So I chosed the Samsung HD850 and add RM200. Test it and after I satisfied, I went home.

The story happened on last December 2005. And until now I am still using the HD850 without a single problem... but no karaoke function :(

Overall, I am very satisfied with Samsung HD850 because the built quality is 10 times better than the Pioneer, off course, the price is almost double.. It also support 720p/1080i up conversion which my new Sony HDTV also support it. So this model is so right for my TV. But the Pioneer have more functions in contolling the video and audio.

This is how I change the display setting of HD850 to use 1080i. Insert a DVD, do not play it yet. Press Video Sel (Video Select) button on the remote. Press once, will change the display to Composite(S-Video), you should select this if you are using the S-Video cable. The display will turn red if the S-Video port is not connected. Another Video Sel press on the remote will change the display to Component(I-Scan). The third time will change the TV display to HDMI/Component(P-Scan). Only in this display mode you could change the display to 468P, 720P, 768P and 1080i by pressing the HDMI Sel (HDMI Select) . I found, watching The Lord of The Ring with 1080i is a marvellous experience. The picture is so sharp, detail and live. However, your TV must support the resolution. My Sony DB29M61 HDTV have no problem with it.

Hopefully, in the next firmware upgrade, the player will be able to read WMV format file and able to have subtitle when play DIVX file. Currently, HD850 able to play DIVX (avi) file, MPG, MP3, WMA. I heard some fellas could play the subtitle in SRT format, I have try to search everywhere and could not find the correct way to do that. The manual do not cover the subject in details. It only tell the player able to read DIVX files :(

Saturday, 18 March 2006

Infection by Contact Lense Solution

Oh my God!! All these while I am using ReNu contact lense solution till now. I am not aware of what is going on about the solution produce by Bausch & Lomb. Bausch & Lomb also produce other solution such as Alcon and Complete. No wonder, when several days ago I asked at several shop, they have no stock for ReNu.

It is reported that the solution is one of the cause of fungal keratitis. The signs of keratitis which I found from here http://www.wrongdiagnosis.com/k/keratitis/symptoms.htm are


I do not know whether I am infected or not because I got some signs such as red eye, watering eye and light sensitivity.

Oh my God!! Oh my God!!

Some links:
1. Thestar.com.my- ReNu lens solution linked to infections.
2. JeffOoi- Eyecare scare: Bausch & Lomb defiant
3. Wikipedia- Keratitis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...