Showing posts with label Lagu Ciptaan Aku. Show all posts
Showing posts with label Lagu Ciptaan Aku. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


Tengok anak-anak main bunga api dapat pulak idea buat lagu raya..

Jadi, ucap selamat hari raya tahun ni pakai lagu jer... hehehe

Ini adalah lagu ke-5 yang aku gubah. Memang masih banyak kekurangan, maklumlah masih belajar..

Lagu ni bukan lagu ceria macam lagu anugerah syawal bunkface dalam iklan raya tv3 atau lagu sedih macam lagu lama musafir di aidifitri.. masa aku buat lagu ni aku gambarkan suasana sederhana tetapi meriah dan juga mengambarkan perasaan rendah diri memohon maaf dari semua..

dipersilakan komen atau like sebagai sokongan atau dislike tanda menyampah..

Selamat Hari Raya
Lagu/lirik: Mancis

Monday, 22 July 2013

Lagu ke-4 : Gembira Di Sampingmu


Lagu ni dibuat khas untuk isteri aku..
kembang kempes hidung dia bila dia tahu aku buat lagu untuk dia
tu belum dengar lagi tu...

ni dah dengar ni.. tonggang terbalik agaknya .. he he he
jangan mara aaa...

 ni lagu fast/pop rock.. aku masih belum pandai lagi buat lagu sentimental. masih menuntut lagi... nanti dah pandai nanti bolehlah buatkan lagu yang syahdu-syahdu sampai nangis tak sudah..

Wednesday, 17 July 2013

Lagu Ke-3 : Ku Kehilangan... Selipar

Apa daa... selipar hilang pun nak buat lagu...?

Heh! heh! heh! Kalau dapat ilham kucing beranak pun aku buat lagu... :)

Bukanlah macam tu.. Aku ni cipta lagu untuk seronok-seronok aje. Kualiti pun ke laut. Janganlah dibandingkan lagu-lagu ciptaan aku dengan pencipta lagu profesional. Tapi, manalah tahu satu hari nanti...

Yang penting aku seronok dan puas hati. Sebagaimana aku tulis blog ni juga, hanya untuk suka-suka.

Okay, sempena bulan puasa ni aku cipta lagu pasal kehilangan selipar. Ye lah.. bulan-bulan puasa ni kan ramai yang rajin pergi masjid. Kadang-kadang tu orang tersalah sauk selipar, terkena pula selipar kita. Adeh.. sedey nya.. nak nak pulak selipar favorite pula.

Aku ada tips untuk dikongsi bagi sesiapa yang risau selipar dia hilang. Tak kiralah samada kat masjid atau surau ke, kat rumah jiran ke, kat majlis berbuka puasa ke, kat kafe siber ke, kat mana-manalah..

Saturday, 6 July 2013

Lagu Kedua - Rindu Sendiri

Bila dah berjaya cipta lagu yang pertama, tiba-tiba jadi teruja pula nak buat lagi lagu. Tiba-tiba senang pula dapat idea, dari sumber yang entah dari mana saja.

Kalau lagu yang pertama hari tu pasal jerebu dapat idea bila tengok jerebu, tapi kali ni dapat idea dari drama korea "When A Man Loves". Mungkin pasal cerita ni best kot.

Walaupun lagu ini berinspirasikan dari kdrama, tapi tak ada pun bunyi macam k-pop.

Okay, dengarlah lagu terbaru dari aku khas buat peminat drama "When A Man Loves"....

(Sekali lagi, minta maaf tang vocal... aku bukan penyanyi..harap maklum..)


Saturday, 29 June 2013

Lagu Pertama - Jerebu Melanda

Nak di jadikan cerita, kebanyakan video aku di youtube sana tak ada background music. Masa tu (dua tahun lepas) tak ada cara lain selain aku bisukan saja video-video tu. Lepas tu aku pun hilang minat nak upload video ke youtube.

Tapi entah macam mana, sejak kebelakangan ni timbul balik minat nak upload video. Ye lah.. sekarang boleh juga dapat hasil dari youtube tu kalau rajin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...