Showing posts with label Filem dan Lagu. Show all posts
Showing posts with label Filem dan Lagu. Show all posts

Sunday, 24 July 2011

Tengok Wayang 3D


Aku rasa aku ni macam dah ketinggalan zaman jer. Dah bertahun wayang 3D ni, tapi baru minggu lepas aku berjaya tengok... hehehehe. Aku tengok cerita Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2. Aiseyy... Harry Potter ni bukan taste akulah....

Mulanya macam ni. Dua minggu sebelum tu aku tengok Transformers 3 Dark of The moon kat TGV Tebrau City dengan bini dan anak-anak. Dah memang wajib tengok wayang kalau cerita Transformers, dari dulu. Masa Transformers 1 2007, tengok berdua dengan anak aku yang sulung, masa tu umur dia 6 tahun, bini aku dalam hari. Transformers Revenge of The Fallen 2009, tengok bertiga. Kali ni 2011 tengok berempat pulak...

Thursday, 9 June 2011

Surat Bantahan Terhadap Siaran NORA ELENA di TV3


Besar juga pengaruh cerita Nora Elena ni rupanya. Aku tak pernah pulak tengok pulak cerita ni. Best ke? Bukan aku tak nak tengok, tapi masa tayangannya tu memang tak kena. Lagi pun aku memang kurang minat drama Melayu. Drama yang paling last aku follow ialah cerita Manjalara... dah berzaman dah..

Tuesday, 7 June 2011

Santapan Terakhir Raja Bersiong - Sil Khannaz



Entah apasal music lagu Sil Khannaz ni terngiang-ngiang pulak kat kepala aku. Zaman muda-muda dulu memang sukalah lagu ni. Muzik diaorang mantap.

Dulu masa aku kecik-kecik pernah gak tengok cerita Raja Bersiong ni kat TV. TV hitam putih. Kalau sekarang tayang cerita ni pun mesti hitam putih gak agaknya pasal ni cerita lama tahun 60-an punya. Raja bersiong ni adalah merupakan satu legenda kerajaan Kedah lama. Kononnya, raja bersiong tersebut, atau nama betulnya Raja Ong Maha Perita Daria telah ketagih dengan makanan yang bercampur dengan darah manusia. Ketagihannya dengan darah manusia menyebabkan tumbuhnya siong(taring) di dalam mulutnya. Banyak banduan dan rakyat yang tidak berdosa telah menjadi mangsa ketagihan peliknya itu. Raja Bersiong ni juga adalah raja ke-4 keturunan Merong Maha Wangsa

Wednesday, 1 June 2011

MTV Sad Love Song - Cho Eun



Seminggu dua ni hati panas jer baca berita pasal harga semua benda nak naik, cuma gaji jer tak naik-naik. Hari ni layanlah pulak music video korea ni bagi hati sejuk sikit... hehehe.
Ni lagu lama.. tapi okey la layan-layankan....

Lagu ni bukan dari mana-mana KDrama. Tapi watak-watak dalam video ni memang biasa berlakon drama iaitu Song Il Gook (Jumong, Kingdom of The Winds, A Man Called God etc..) dan Han Go Eun (A Man Called God, Powerful Opponent etc..).

Thursday, 5 May 2011

Filem & Drama Unsur Sejarah Negara

Aku terbaca di ruangan forum Utusan Online mengenai filem berunsur sejarah negara, dan penulisnya pun ada blognya sendiri di sini.

KEJAYAAN filem epik aksi Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) di pagawan baru-baru ini menjadi satu perkara penting terhadap industry filem di negara kita. Filem yang berkualiti seperti ini menyebabkan filem ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Keupayaan KRU Studio yang telah melahirkan filem HMM ini harus dipuji. Hal ini kerana pertama filem ini merupakan filem yang berunsurkan sejarah dan kedua filem epik ini membawa haluan imaginasi kita ke tahap maksimum sehingga akan menimbulkan rasa kagum dan percaya apa yang berlaku pada ketika itu....

Friday, 25 March 2011

Babak Menarik Dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah


Apa punya cerita, macam dah tak ada modal industri filem Malaysia ni. Siapa pengarahnya tu?
Iyeler.. ini mesti Hassan Mutalib le nih
Kita jangan salahkan pengarah dia aje. Salahkanlah penulis skrip.
Siapa penulis skripnya tu?
HASSAN MUTALIB
ughhh!!!

Wednesday, 23 March 2011

MTV Kerek - Bandi Amuk OST Karak

Yeah yeaaaarghhh!!! %#$@^&^

KRU nak tayang filem terbaru dia Karak pada 26 Mei 2011. KRU belum pernah lagi buat cerita hantu, kalau tak silap aku. Kalau KRU punya filem, dia punya efek mesti kaw-kaw. Tengok MTV dia ni pun dah boleh agak tahap filem KRU ni.

KRU ada release MTV lagu dari Bandi Amuk tajuk dia Kerek. Aku memang minat Bandi Amuk ni dari dulu lagi. Masa zaman dia join d` Febian or Febian suara dia memang boleh tahan. Lepas tu zaman suara dia garau jadi Amuk, lagilah aku minat. Memang kenalah dengan jiwa aku. Jiwa metal pun layan drama korea..

Friday, 11 February 2011

Mancis Dah Basah

Hari ni aku tukar nama blog lagi. Dari bluekeyboard kepada mancisdahbasah. Barulah nampak kemelayuan. Barulah kena. Blog nama omputih tapi tulis semua bahasa melayu... ni dah tukar nama barulah kena. Cuma layout, aku masih kurang berpuas hati...

Aku ada buat snapshot blog aku semasa guna nama bluekeyboard tu untuk buat kenang-kenangan..cewah..



Mancis dah basah ni lagu search & awie. Best lagu ni. Dalam album ni, aku paling suka lagu nilah. Lagu lain dalam album ni yang meletup-letup ialah Nur Nilam Sari.. tapi tu lagu balada..

Bagi aku lagu Mancis dah Basah ni, memang bagus untuk penguat semangat yang dah hilang...

Sempena dengan nama baru blog aku ni, ni lirik Mancis dah Basah dan videonya.. yeahhh!!


Search & M. Nasir / Loloq
Jangan kau terpedaya
Gunakan kepala mu
Waima sampai bila
Kau goreskan
Tak mungkin akan menyala
Mancis dah basah
Sampai bila nak berangan
Sampai bila nak kempunan
Mancis mu dah basah
Bagai anjing
menyalak bulan
Minta bantuan
hantu jembalang
Jangan kau terpedaya
Gunakan kepalamu


Dialog
Hidup ini impian
Apa impian anda?
Sudahkah anda pilih
Tunggu apa lagi?
Tujuh anggota
Lima indera
Satu jiwa
Apa yang tak cukup?
Apa yang ditakut?
Cengkam tunjang bumi
Pegang tongkat Ali
Mainkan peranan
Hidup ini impian
Ayuh....bangun
Bangun.

Tuesday, 8 February 2011

Parisienne Walkways


RIP... A great lost :(

The renowned rock guitarist Gary Moore has died in a hotel room while on holiday in Spain.

Moore, 58, originally from Belfast, was a former member of the legendary Irish group Thin Lizzy.




Monday, 7 February 2011

Adnan Sempit

Aku terperasan kat dalam chart top 20 FINAS tu, no. 3 ialah Adnan Sempit..... adui... aku memang tak suka cerita tu. Aku tengok cerita tu pun tak habis.. mcm mana dia dapat kutip hasil banyak mcm tu aku tak taulah.

Hantu Kak Limah Balik Rumah vs. Ngangkung


Semalam aku tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku nak buat sinopsis, memang kurang rajinlah.. aku cuma taip pendapat aku jer pasal cerita ni. Bagi aku cerita ni memang best, 5 bintang untuk Mamat Khalid. Dia punya kelakar seram dia memang menjadi.

Lawak dia memang selamba.. sampai org boleh naik hangin dengan dia punya cara buat lawak. Lawak yang tak masuk akal. Cuma Mamat Khalid jer yang berani buat lawak cara macam ni. Tapi... tak semua orang boleh masuk dengan cerita style Mamat Khalid ni.

Lagu-lagu dalam filem ni kebanyakkannya dari lagu-lagu lama. Pilihan lagu-lagunya memang sempoi. Lagu deathmetal pun ada (carilah dalam youtube Endkill Exile).... kahkahkah...

Kata orang filem-filem Mamat Khalid ni banyak unsur-unsur pengajaran yang diselitkan, banyak kritikan terhadap situasi masyarakat kita hari ni... tapi aku tak ambik berat sangat... malas nak fikir. Biar subconscious mind kita yang buat kerja tu.

Cerita Ngangkung pulak aku tengok minggu lepas. Ok gak dia punya lawak. Tapi malaslah nak ulas, pasal dia punya lawak... lawak biasa. Lawak senario. Memanglah lawak.. aku ketawa gak berdekah-dekah terutama bab azli perli kawan tu beli nombor ekor "Tembak biar kena badannya, bukan ekornya!" sambil tangan dia tunjuk kat kedai nombor ekor... hahaha

Dari segi jalan cerita, kira bagus juga Ngangkung ni kalau dibandingkan dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Yang kurang best ialah pada sebahagian awal cerita lawak bukan main... sebahagian akhir cerita pulak dah tak ada lawak.... dah tak lawak dah.. mcm tak jadi sangatlah cerita lawak ni.

Antara dua cerita ni, aku lagi suka Hantu Kak Limah Balik Rumah...

Oh ye.. Kalau nak tengok ranking filem-filem Melayu boleh rujuk kat web FINAS ni: Filem Cereka Top 20

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...