Showing posts with label Ulasan Berita. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Berita. Show all posts
Tuesday, 29 May 2012
Iklan SMS Tipu Dan Mengelirukan
Kategori:
Ulasan Berita
Aku yakinlah semua orang yang ada handphone pernah dapat iklan sms yang entahapahapa. Kadang-kadang tu tengah-tengah malam, handphone bunyi ada sms. Kita ingat ada hal emergency ker apa. Sekali tengok iklan. Bukan sekali dua, malah selalu. Memang sakit hati. Lagi-lagi iklan yang separa lucah.. mari tengok video sayalah.. jom lihat video tersembunyilah.. video panas akan di delete, sila download sekarang... dapatkan video terkini yang baru dirakam semalam...entahapahapa.
Monday, 28 May 2012
Pendaftaran Perniagaan RM50 untuk 5 tahun
Kategori:
Ulasan Berita
KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan berita gembira kepada golongan peniaga dan penjaja kecil apabila menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM50 bagi tempoh lima tahun.
Mengakui golongan itu memainkan peranan besar dalam ekonomi negara, Perdana Menteri berkata, kadar tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada antara RM150 hingga RM300.Jelasnya, bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50 peratus dan ia akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini. [Sumber]
Sunday, 23 October 2011
Kes Tipu Jual Beli Di Internet
Kategori:
Komputer dan Internet,
Ulasan Berita
Memang banyak kes-kes tipu yang melibatkan jual beli melalui Internet. Kebanyakkannya dah bayar, tapi barang tak dapat. Ada juga bayar harga penuh, tapi dapat barang yang dah rosak atau teruk kualitinya. Ada pulak tu, bayar harga barang original tapi dapat barang tiruan.. macam-macammm...
Tapi aku rasa 90% melibatkan kes pertama iaitu duit dah bayar, tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, barang tak sampai-sampai. Bila kita call, dia tak angkat... atau kalau angkat si penjual akan bagi macam-macam alasan misalnya dah pos tapi belum sampai lagi, stok tak sampai, barang rosak so kena tunggu yg baru, tayar basikal pancit tak dapat pergi pejabat pos, mak tak bagi keluar, baju basah.... macam-macamlah alasannya.

Tuesday, 6 September 2011
Mat Sabu dan Kisah Bukit Kepung
Kategori:
Ulasan Berita
Baru-baru ni kecoh juga dibuatnya bila Mat Sabu buka mulut mengiktiraf Mat Indera yang mengetuai sepasukan komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepung sebagai pejuang sebenar. Manakala polis-polis di balai polis tersebut merupakan polis British.
“…..Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong….”

Monday, 4 July 2011
Jauhi Perhimpunan Haram Bersih 2.0
Kategori:
Pengetahuan Am,
Ulasan Berita
Titah khas Yang di-Pertuan Agong
Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Thursday, 16 June 2011
Hal Anonymous Godam Web Malaysia
Kategori:
Coretan Fikiran,
Komputer dan Internet,
Ulasan Berita
This summary is not available. Please
click here to view the post.
Eh! Harga Petrol RON97 Turun 10 sen?
Kategori:
Ulasan Berita
Biar betul?
RON97 petrol price down by 10 sen - The Star
Harga petrol Ron97 akan turun 10 sen dari RM2.90/L ke RM2.80/L berkuatkuasa tengah malam ini 12:00 AM 16 Jun 2011. Baru jer 5 Mei 2011 hari tu RON97 dinaikkan sebanyak 20 sen, hari ni turun 10 sen pulak.
Berita ni amat bagus, tapi ia tak menjejas aku langsung pasal harga RON95 tetap sama iaitu RM1.90 per liter. Tak pernahnya aku isi minyak RON97.
Walaupun petrol RON97/RON95/diesel turun sekalipun, harga barangan keperluan dan makanan, pelbagai tarif dan cukai takkan turun punya. Tapi kalau harga bahanapi ni naik... semua sibuk nak naik.. inilah lumrah keadaan masa ini... pengguna memang jadi lauk sentiasa.. isk isk..

Wednesday, 15 June 2011
Web 1Pengguna & Facebook Tourism Malaysia dan Sekatan Laman Web
Kategori:
Ulasan Berita
Dalam minggu ni banyak pulak berita berkaitan dengan internet. Antara yang buat aku gundah gulana ialah pasal website 1Pengguna.com yang berharga RM 1.4 juta, Facebook Kementerian Pelancongan yang berharga RM1.8 juta dan arahan sekatan akses ke beberapa laman web oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Mari kita baca beritanya:
Mari kita baca beritanya:
Tuesday, 7 June 2011
Lebuh Raya Senai Desaru Dibuka Jumaat Ini
Kategori:
Pengetahuan Am,
Ulasan Berita
KUALA LUMPUR, 7 Jun -- Lebuh Raya Senai Desaru (SDE) pakej tiga iaitu dari Persimpangan Cahaya Baru (Pasir Gudang) sehingga ke Persimpangan Penawar (Desaru) akan dibuka kepada pengguna bermula Jumaat ini.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata sempena pembukaan seksyen terakhir lebuh raya itu pengguna tidak akan dikenakan bayaran tol selama sebulan.
"Kutipan tol itu akan berkuatkuasa pada 10 Julai ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ismail berkata lebuh raya sepanjang 27 kilometer itu akan menjimatkan masa perjalanan dengan hanya mengambil masa 45 minit sahaja berbanding laluan sedia ada.
"Laluan sedia ada yang menggunakan Jalan Persekutuan 3 dan J92, mengambil masa hampir dua jam," katanya. - Bernama
Monday, 30 May 2011
Tarif Elektrik Naik 2.23 sen/kwj
Kategori:
Ulasan Berita
Sebelum : 31.31 sen/kwj
Kos pengeluaran dah naik, kos pengangkutan pun dah naik... jadi biasalah lepas ni, harga barang-barang keperluan dan barang-barang makanan akan naik juga. Kita semua akan merasa. Baik yang bil RM77 atau lebih dari RM77, sama aje. Semua akan dapat bahagian masing-masing.. hahahaha... Apalah nak jadi.
Selepas : 33.54 sen/kwj

Sunday, 29 May 2011
Akhbar Kita dan Censorship-nya Sendiri
Kategori:
Ulasan Berita
Cedok berita dari Kosmo
Jangan minum 'bir halal' - Jamil KhirOoo... gitu ceritanya... baruku tau.... Tapi masalahnya.. YANG MANA SATU? APA BRAND DIA? MACAM MANA RUPA DIA.. GAMBAR TAKDE KE? Takkanlah reporter tak ada kamera...hahaha
29/05/2011 12:12pm
PADANG SERAI — Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.
"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam. — Bernama
Friday, 27 May 2011
Thursday, 26 May 2011
Sebarang Kenaikan Harga Adalah Membebankan!
Kategori:
Coretan Fikiran,
Ulasan Berita
Paling bosan dan sakit hati sekali kalau dengar ungkapan "sebarang kenaikan tidak akan membebankan pengguna".
Hello BRO!
Setiap kenaikan walau satu sen sekalipun tetap membebankan secara langsung atau tak langsung!
Tada baca punya orang...
Hello BRO!
Setiap kenaikan walau satu sen sekalipun tetap membebankan secara langsung atau tak langsung!
Tada baca punya orang...
Wednesday, 25 May 2011
Yahoo! Harga RON95 Tak Naik... (Buat Masa ini)
Kategori:
Ulasan Berita
Copy & Paste dari Utusan Online
Kabinet putuskan harga minyak RON95, diesel, LPG kekal
25/05/2011 6:27pm
Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
PUTRAJAYA 25 Mei - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.
"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.
"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - Utusan
Sunday, 22 May 2011
Tanah Runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat
Kategori:
Ulasan Berita
Sebak aku baca pasal tragedi tanah runtuh kat rumah anak yatim ni. Yang terlibat tu budak kecik-kecik baya-baya anak aku. Nak paste gambar kejadian pun rasa macam tak sampai hati.
Alfatihah kepada mereka yang pergi, dan semoga dipermudahkan usaha-usaha mencari mangsa yang masih tertimbus.

KAJANG: Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Alfatihah kepada mereka yang pergi, dan semoga dipermudahkan usaha-usaha mencari mangsa yang masih tertimbus.
Tanah Runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia
Monday, 9 May 2011
Harga Petrol RON95 Nak Naik ke Encik?
Kategori:
Automotif,
Ulasan Berita
Trend macam ni memang dah biasa benar. Bila tarif-tarif atau harga nak naik, surat khabar akan keluarkan terlebih dahulu rencana-rencana dan tulisan-tulisan yang menjurus dan menyokong kenaikan tarif/harga tersebut seminggu atau dua minggu lebih awal. Begitu juga dengan tarif elektrik, telefon, air dan yang dah biasa baca ialah harga petrol.
Padahal, kerajaan belum umum apa-apa pun. Tapi orang-orang (penulis) ini mungkin memang dah ditugaskan untuk mengeluarkan point-point untuk menyokong tindakan yang mendatang itu agaknya. Ataupun sengaja untuk melihat maklum balas terhadap rencana tersebut.
Pagi-pagi ni aku dah terbaca rencana mengenai perbandingan harga petrol dengan negara-negara lain. ceh!

Friday, 8 April 2011
Jepun Kena Gempa Bumi Lagi - 7.4 skala richter
Kategori:
Ulasan Berita
![]() |
| Bulan Mac punya disaster |
Belum pun settle masalah-masalah yang disebabkan oleh gempa bumi 9 magnitude pada skala richter pada 11 Mac 2011 tempoh hari, hari ni 7 April 2011, Jepun kena gempa bumi lagi. Kali ni magnitude gempa bumi adalah kurang sedikit iaitu 7.4 pada skala richter, tapi 7.4 tu masih lagi magnitude gempa bumi pada paras yang extreme. Tak salah ingatan aku, dulu ada gempa bumi kat Iran, magnitude dia 6 skala richter tapi menyebabkan hampir 30 ribu orang mati.
Menurut Bernama, gempa bumi dikesan pada pukul 10.32 malam (11.32 waktu Japan) berhampiran pantai Timue Honshu.
Gegaran dapat dirasakan di Tokyo yang terletak 200 batu dari pusat gempa bumi.
Jepun juga mengeluarkan amaran tsunami, mengatakan tsunami dianggarkan setinggi dua meter juga akan melanda pantai Jepun.
Lagi latest new mengenai earthquake in Japan
** bahaya ni.. karang jadi macam dalam movie Sinking of Japan pulak.. Sapa pernah tengok cerita ni. Boleh tahan best juga movie ni. Kisah rakyat jepun nak menyelamatkan diri semasa Jepun nak tenggelam akibat aktiviti-aktiviti gempa bumi dan gunung berapi...
Sunday, 13 March 2011
Gempa Bumi 8.9 Richter Gegar Jepun dan Amaran Tsunami 10 Meter!
Kategori:
Ulasan Berita
Hari tu Australia kena malapetaka banjir. Hari ni Jepun pulak kena. Jumlah mangsa yang terkorban setakat ini yang disahkan ialah 5 1300 orang. Semenjak akhir-akhir ni selalu sangat berlaku bencana-bencana alam yang besar-besar.
Update Mac 13, 2011 : Fears Japanese toll could reach 10,000
Update Mac 12, 2011 : khabarnya lebih 1,000 orang terkorban.
Update April 7, 2011 : Japan's another earthquake 7.4 richter scale magnitude
Update Mac 13, 2011 : Fears Japanese toll could reach 10,000
Update Mac 12, 2011 : khabarnya lebih 1,000 orang terkorban.
Update April 7, 2011 : Japan's another earthquake 7.4 richter scale magnitude
Saturday, 12 March 2011
Kesan Gempa Bumi Jepun Terhadap Gadget-Gadget Terkini
Kategori:
Komputer dan Internet,
Ulasan Berita
Aku tak berapa faham, kenapa ukuran gempa bumi dikira "pada skala Richter". Susah betul nak menyebut. Kalau tulis 8.9 richter atau 7 richter atau 5 richter kan ke mudah. Cuba bayangkan kita sebut ukuran ketinggian atau panjang sebagai "pada skala sentimeter". "PC tablet Apple IPad 2 mempunyai ukuran panjang 24 pada skala sentimeter", atau kalau nak lebih best lagi, "PC tablet Apple IPad 2 mempunyai ukuran panjang 24 pada skala sentimeter dalam sistem metrik". Kah kah kah... Tapi mungkin ada kisah disebaliknya, mungkin. Aku yang tak nak google pasal benda ni..
Jepun sememangnya sebuah negara peneraju dalam bidang teknologi. Pengeluar dan pencipta teknologi-teknologi termaju hari ini juga berada di Jepun. Khabarnya gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda Jepun semalam 11 Mac 2011 akan memberi kesan yang agak besar terhadap industri global terutamanya dalam sektor kenderaan dan semikonduktor. Bagaimana?
Wednesday, 9 February 2011
Malaysia tundukkan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan
Kategori:
Ulasan Berita
Malaysia tundukkan Hong Kong 2-0 dalam aksi persahabatan
09/02/2011 10:40pm
KUALA LUMPUR 9 Feb – Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengalahkan Hong Kong 2-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam malam ini.
Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh ketua pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 serta Amirulhadi Zainal dalam masa kecederaan separuh masa kedua.
Ini merupakan perlawanan antarabangsa pertama skuad negara selepas muncul juara Piala AFF Suzuki baru-baru ini. – Utusan
Wah... baguslah bola sekarang... asyik menang jer dah.. makin bersemangat dah peminat bola..
bagus... bagus.. Malaysia boleh!!
.... aku tak dapat tengok.... tak der tv kat sini.... uwaaaa!! tengok result jer lah...
Subscribe to:
Posts (Atom)