Thursday, 13 June 2013

Terima Kasih Bila Masuk Lane

Orang Malaysia kaya dengan santunnya. Malah dalam rukun negara pun ada sebut kesopanan dan kesusilaan. Tapi kalau di belakang stereng kereta, punah ranah.

Kelmarin aku kena ke Kuala Lumpur lagi. Seperti biasa aku masuk ikut tol Sungai Besi untuk ke Hospital Besar KL. Lepas jer tol, terus jem, sampai terowong smart pun jem. Keluar terowong, kat Jalan Tun Razak masih jem lagi. Dan jalan yang tak jem cuma di Jalan Sultan Abdul Aziz depan HKL tu jer.. haha.

Kira nasib baik jugalah pasal jem tapi bergerak. Tapi dekat dua jam juga ambil masa dari RnR Seremban nak ke Hospital.

Sunday, 9 June 2013

Cara Buang Malware Sysanti.exe

Mula-mula, pening juga kepala aku nak menghapuskan malware ni. Search kat Google pun tak ada panduan yang berguna.

Aku rasa pelik kenapa tak ada pula panduan untuk buang Sysanti.exe ni. Padahal, agak memeningkan juga nak cari asal-usul dia.

Aku guna antivirus Avira, Eset Nod32, Malwarebytes, Norman Malware Cleaner. Semua virus dan malware dapat detect dan clean Sysanti.exe dan seangkatan dengannya. Sampaikan game aku yang cracked pun tak boleh main dah psal di detect virus dalam cracked tu.

Tapi bila restart balik PC, Sysanti.exe tu tetap ada lagi..pening.

Sunday, 2 June 2013

Beza Galaxy Note 2 Original vs Clone


Masa beli Samsung Galaxy Note 2 hari tu, takut juga aku kot-kot terkena yang clone. Jadi aku pun beli dari kedai wakil Samsung yang sah yang dipanggil Samsung Elite Partner atau SEP.

Rujuk link ini untuk tahu SEP berhampiran : Samsung SEP list

Aku beli dari UI Mobile di KSL, so rasa-rasa macam terjaminlah keasliannya. Bukan apa.. takut terbeli clone tapi pada HARGA ORI!.. naya..

Monday, 13 May 2013

Modem Kena Petir

Istilah mudah yang kita cakap ialah "modem kena petir" atau "disambar petir". Tapi yang sebenarnya ialah berlakunya cetusan voltan berlebihan di dalam line telefon yang disebabkan oleh petir tersebut. Kalaulah betul-betul disambar petir, dah hangus modem tu macam yang selalu berlaku pada pokok di tepi padang.

Selalunya kalau nak keluar rumah, aku akan cabut line telefon. Tapi hari tu boleh lupa pula.

Post ini adalah sebagai peringatan untuk aku.

Barang-barang yang rosak:

1. Modem x1
2. Motherboard x2
3. Power Supply x1

Anggaran kerugian ialah RM750.

Dulu-dulu aku ada pakai surge-protector. Tapi setiap kali kilat menyambar, dia rosak.. asyik nak kena ganti dia aje. Jadi jalan penyelesaian yang paling afdhal ialah hanya cabut saja line telefon tu... hehehe.

Monday, 6 May 2013

PRU 13 : 5 Mei 2013 - BN Menang


Pilihanraya umum yang ke 13 baru sahaja selesai. Dato Seri Najib pun dah siap angat sumpah sebagai Perdana Menteri. Aku ucap tahniah kepada Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan kuasa buat kesekian kalinya.

Keputusan akhir PRU kali ini : Barisan Nasional 133, Pakatan Rakyat 89 ( DAP 38, PKR 30, PAS 21)

Namun kemenangan kali ini adalah sedikit merosot berbanding PRU 2008 di mana BN mendapat 140 dan PR mendapat 82 kerusi. Tetapi yang menariknya PR hanya memenangi 3 buah negeri (Kelantan, Selangor dan P.Pinang) berbanding 5 negeri pada 2008 (Kelantan, Selangor, P.Pinang, Kedah dan Perak).

BN juga hanya menang tipis di 2 negeri iaitu Terengganu (BN 17, PR 15) dan Perak (BN 31, PR 28).

Friday, 3 May 2013

Ganti Handphone

Dah lama aku tak beli handphone baru. Kali terakhir aku ke kedai handphone untuk beli handphone baru ialah pada 2007. Masa tu aku beli Nokia N70. Aku pakai N70 tu sampai awal 2011.

Bagus jugalah N70 tu. dalam masa beberapa tahun cuma tukar bateri sekali. Beli bateri ganti RM20. Dua bulan lepas tu, keypad dia pula rosak. Malas nak betulkan pasal dah lama sangat. Kalau N70 tu tak rosak, mungkin aku pakai terus agaknya. Lepas tu aku beli HTC Wildfire, second hand dari adik aku. Tak silap aku dia beli handphone tu 2010 agaknya.

Monday, 29 April 2013

Korea Sana Korea Sini

Nampaknya pengaruh Korea semakin hari semakin luas. Sana sini "K". K-movie, k-drama, k-lagu eh.. k-pop.

Produk-produk Korea pun dah makin banyak berada di pasaran. Tapi yang kelakarnya yang bukan dari Korea pun cakap dari Korea juga, sebagai strategi perniagaan. Kalau ikut kata orang kita, sebagai pelarislah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...