Zaman sekarang ni memang untung. Maklumat dihujung jari. Apa yang berlaku kat hujung dunia belah sana, tak sampai sesaat, dunia belah sini dah tahu. Macam apa yang aku dengar khutbah Jumaat tadi, Internet ni adalah anugerah Allah pada zaman ini. Terpulanglah kepada manusia untuk menggunakannya. Kalau buat benda-benda yang salah dan terjadinya keburukan, bukanlah salah Internet, tapi salah manusia tu sendiri. Kalau buat benda-benda yang berfaedah, yang untung pun manusia itu sendiri.
Perkara ni ada hubung kait dengan tajuk posting aku kali ni. Sekarang ni kita dah tak perlu sangat keluar ke pekan, bandar-bandar, ke kampung dan lain-lain tempat untuk melihat sikap 'sebahagian' orang kita. Kat Internet jer kita boleh lihat dengan jelas sikap tersebut. Facebook, Twitter, Blog, Web dan lain-lain, penuh dengan manusia dengan sikapnya masing-masing. Aku kata 'sebahagian' adalah orang kita yang menggunakan Internet sahaja. Ramai lagi rakyat Malaysia ni yang masih belum menceburkan diri dalam dunia Internet. Kadar pengguna internet bagi negara kita baru jer 30% lebih. Maknanya 70% lagi yang tidak menggunakan Internet.
Sikap orang kita yang 30% nilah yang kita boleh lihat di Internet. Walaupun lagi 70% tidak menggunakan Internet, tapi kita boleh nampak juga sikapnya kerana 30% ini juga mewakili keseluruhan rakyat Malaysia yang lain. Macam buat surveylah. Bukan semua orang kena kaji selidik. Kaji selidik sikit jer, tapi mewakili satu negara..
Proton baru sahaja melancarkan model kereta terbarunya iaitu Preve (sebut prae-vae). Proton kata inilah produk yang bakal melonjakkan nama Proton ke persada dunia automotif dengan gahnya. Proton yakin model ini akan menterbalikkan prejudis sebahagian orang kita yang sentiasa memandang buruk terhadap produk negara sendiri. Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, macam-macam penambah baikkan dan aksesori tambahan yang dimuatkan kedalam Proton Preve' ini. Pendek kata sekali pandang memang berbaloi-baloilah dengan wang anda, berbanding kalau beli kereta jenama lain pada lingkungan harga yang sama.
Tapi sikap 'sebahagian' orang kita ni bukanlah semudah itu untuk diubah. Mari lihat 'gambar-gambar' yang menjadi problem kepada Proton Preve':
Gambar 1 |
Gambar 2 |
Yang menerima info pun, masing-masing cukup 'arif dan pakar' dalam bidang automotif. Macam-macamlah andaian, pandangan dan kritikan 'professional' yang buat secara 'jujur dan ikhlas' buat pengeluar kereta nasional Proton. Kritikan-kritikan pedas ini membuatkan tahap ilmu jurutera-jurutera Proton yang bersengkang mata berbulan-bulan untuk mengeluarkan model baru ini, kelihatan seperti seekor semut dibawah tapak kaki gajah jika dibandingkan dengan ilmu sebahagian orang kita tadi tu.
Bukannya tak boleh kutuk-kutuk atau bagi kritikan, tapi buatlah usul periksa dulu apa yang nak dikritik. Kalau dengan sekeping dua gambar, gambar yang tak ada keterangan hujung pangkal pulak tu.. terus buat kesimpulan sendiri lepas tu tampal dalam facebook, blog etc, heboh satu dunia.... apa ni??!! Tak fikir ke kesan dan akibat dari perbuatan tu?
Aku kadang-kadang terfikir, apa jenis orang macam ni. Ada masalah ke? Ada wire putus ke? Aku juga berpendapat jenis orang macam ni lah yang memberatkan langkah negara untuk menapak kedepan. Lebih kurang macam kata seorang pemimpin kita, negara kita ni ada fasiliti kelas pertama tapi mentaliti masih kelas ke tiga.
Tapi nasib baiklah sikap yang sedemikian cuma sebahagian sahaja dari orang kita. Lebih ramai lagi orang kita yang boleh berfikir dengan lebih waras. Nasib baiklah. Tapi yang tak seronoknya orang lebih suka dengan yang negatif dari yang positif. Biasanya memang macam tu..kat mana-mana sama jer.. sebab tu surat khabar lebih suka tulis berita orang mati, eksiden, perang dan lain-lain yang negatif.. lagi pun suara minoriti tu biasnya lebih nyaring dari suara majoriti... itu lumrah... lumrah yang tak seronok..
Ok.. aku nak terangkan secara ringkas mengenai gambar diatas:
Gambar 1:
Gambar ni dipercayai diambil semasa testing phase. Tengah ujilah. Bukannya final product.
Gambar 2:
Ini gambar Preve eksiden. Melambung lepas tu terhentak kat divider..lower arm patah. Details baca sini : funtastickodesign
Penjelasan dari FB Proton Edar
Dalam Internet ni ada seribu satu macam jenis orang, ada seribu satu macam jenis info. Jadi kalaulah dapat sesuatu berita/info melalui Internet ni, selidiklah dahulu kebenarannya jangan melenting terus percaya..
"Wahai orang-orang yang beriman ketika datang kepada kalian orang yang fasik dengan membawa suatu berita maka tabayyunlah (carilan kebenaran berita)".(QS. Al Hujurat : 6)
Yakni ketika suatu berita telah sampai pada kalian tentang suatu jama'ah atau suatu kaum atau suku atau tentang seseorang bahwa dia telah berbuat demikian dan demikian. Maka janganlah engkau tergesa-gesa pada suatu perkara sehingga engkau memiliki bukti dari kebenaran berita tersebut.
Sebab turunnya kalam Alloh Ta'ala ini adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al - Hafidz Ibnu Katsir rohimahulloh dan selain beliau bahwa ayat ini turun pada kabilah Mustolaq, suatu kabilah yang telah masuk Islam, dan Nabi s.a.w memerintahkan mereka dan selain mereka untuk membayar zakat dari kalangan kaum muslimin, akan tetapi terdengar kabar bahwa kabilah ini enggan membayar zakat akan tetapi Nabi s.a.w tidak tergesa-gesa dalam memutuskan sampai Allah Ta'ala mewahyukan ayat ini.
Kemudian datanglah pemimpin kabilah tersebut kepada Nabi s.a.w dalam keadaan meminta udzur dan dia menjelaskan kepada Nabi s.a.w bahwa utusan beliau dan surat beliau belum sampai pada mereka. Dan Allah S.W.T telah menjaga Nabi s.a.w dari ketergesa-gesaan dan pemahaman yang salah atas suatu kaum padahal mereka tidaklah berdosa.Dan hanyasannya utusan yang diutus oleh Nabi belum sampai pada mereka disebabkan dari sebab-sebab yang Allah S.W.T lebih mengetahuinya. Maka mereka adalah orang-orang yang tidak menghalangi atas penunaian zakat dan tidaklah mereka menyelisihi perintah Allah S.W.T.
4 comments:
saya setuju sg2t pendapat ente..sokong produk kita.....muslim country car..1st in the world..
proton sepatutnya menurunkan harga keretanya dan tingkatkan kualiti.
pendapat yang bernas & profesional
setuju sangat
Post a Comment