Wednesday 27 June 2012

Penggunaan Minyak Exora 1.6 AT CPS

Minggu lepas aku pergi ke Bandar Baru Bangi. Sebelum memulakan perjalanan, aku telah mengisi petrol sehingga penuh di Petronas Desaru. Aku melalui Lebuhraya Desaru-Senai dan kemudian masuk ke Leburaya Utara-Selatan melalui Senai (Utara) ke Bangi. Bertolak pada pukul 4.30 petang dan sampai ke destinasi pada kira-kira pukul 9 malam.

Perjalanan Desaru-Bangi

Aku memandu secara berhemah disepanjang perjalanan dengan kebanyakkan masa menggunakan 'autocruise'. Perjalanan mengambil masa lebih kurang empat setengah jam itu. Purata kelajuan ialah dalam lingkungan 110km/j iaitu mematuhi had laju lebuh raya. Tambahan pula, lebuhraya dari Senai(Utara) ke Pagoh agak sesak. Akupun berasa agak hairan, mengapa lebuhraya dipenuhi dengan kenderaan pada waktu itu. Mungkin kerana waktu balik dari pejabat, agaknya.

Aku berhenti sebanyak tiga kali di sepanjang perjalanan. Yang pertama di Machap, kemudian di Pagoh dan yang ketiga di Seremban untuk bersolat dan berasap.

Kemudian tiba di Petronas Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, aku mengisi lagi petrol sehingga penuh tanki, iaitu sehingga bunyi 'KTEK'. Meter pam minyak menunjukkan RM65.

Oleh itu dapat aku kirakan di sini, perjalanan sejauh 360km itu telah menggunakan RM65 petrol RON95. Iaitu kira-kira 19 sen sekilometer (9.5L/100km)

Keesokkan paginya aku meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Pada tengaharinya pula, aku meronda di sekitar bandar Kuala Lumpur dan balik ke Johor semula pada petangnya. Jika dikira dari keseluruhan perjalanan iaitu sejauh 840km, Exora ini telah menggunakan sebanyak RM150 petrol, iaitu kira-kira 17 sen sekilometer (9.4L/100km)

Kesimpulan yang aku perolehi, penggunaan petrol Exora aku ialah antara 17-19 sen sekilometer. (9.4-9.5L/100km)

Catatan:
Harga petrol RON95 pada masa ini ialah RM1.90 seliter.
RM65 petrol = 34.2 Liter

2 comments:

Unknown said...

knp bold CPS Auto sya 0.28sen/km?? adakah ini tidak normal????

Anonymous said...

Salam,
Aku dah 2 kali buat tour ke Phuket dari Alor Setar. Sekali dgn Exora CPS Auto, sekali dgn Innova 2.0 A/T. Muatan dalm 5-6 orang lelaki dewasa. Penggunaan minyak aku rasa lebih kurang je, walau pun aku rasa Exora lagi save ( kereta aku, kena la puji). Tp aku rasa tangki Exora lagi besar kot sebab minyak aku isi full kat border tahan smpi Phuket siap boleh pusing2 town lagi. Tapi dgn Innova, sampai kat Krabi je dah kena isi.
Kira 2 kali isi petrol dgn Exora ni.. Masa pergi sekali, masa balik sekali. Jumlah petrol pakai lebihm kurang rm300. Full tank di Malaysia, fulltank di Thailand. Petrol kat thai rm3.50/litre lebih kurang. Dengan Innova kitorang isi rm 400 petrol..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...