Apa yang aku nak kongsi kali ini ialah mengenai pengalaman aku hantar servis dua jenis kereta ini di dua pusat servis yang berlainan.
Kereta pertama, Persona. Tanpa buat apa-apa temu janji, aku main terjah sahaja ke pusat servis Proton di Kluang. Aku sampai pada pukul 12.30 tengahari. Kereta terus masuk ke bengkel. Aku buat sedikit aduan mengenai penutup petrol yang susah hendak dibuka. Lepas tu aku rehat di bilik menunggu. Pukul 12.50 dah siap. Lebih kurang dua puluh minit je. Dah kena balik. Tak hilang lagi penat aku memandu dari Kota Tinggi.
Kereta kedua, Exora. Aku telefon Proton Plentong untuk buat temujanji pada hari Isnin, staf tu suruh datang pada hari Khamis 2.30 petang. Aku sampai pukul 2.00 petang. Konon-kononnya nak cepatlah. Tapi, tunggu punya tunggu macam tunggu buah tak gugur jer. Sampai sakit perut aku. Nak masuk tandas takut nama kena panggil, tak pasal-pasal kena potong que pula. Akhirnya pukul 2.40 barulah nama aku naik. Lepas cakap apa yang patut, staf tu cakap kereta akan siap dalam masa dua jam.. adoi! Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah kali keempat aku servis Exora aku di sini. Memang lambatlah.
Aku bukanlah nak kutuk atau apa-apa. Cuma nak kongsikan saja apa yang aku alami. Mungkin mereka lambat sikit cara kerjanya kerana untuk memastikan kualiti kerja yang tinggi. Itu aku tak tahulah. Yang aku tahu, memanglah lambat. Lain kali, aku rasa mungkin nak cuba servis di pusat servis yang lain pula.
Oh ya.. dulu-dulu aku tak berapa kisah sangat tunggu lama sikit kat pusat servis Plentong tu pasal aku boleh melayari internet menggunakan komputer yang disediakan, tapi pada hari tu semua PC tak boleh buka. Hampeh!
2 comments:
sc kluang mne bro??
yg dekat2 dgn sekolah cina yg besar tu.. dekat dgn econsave
Post a Comment