Kat sini aku cuma nak tunjuk macam mana cara membuat blog di Blogger.com. Bila kita buat blog di Blogger.com ni, alamat blog kita akan diakhiri dengan blogspot.com, contohnya macam blog aku ni mancisdahbasah.blogspot.com.
Untuk apply buat blog ni, kita mesti ada email. Aku suggest buatlah email di gmail.com. Cara-cara buat email ada di sini.
Cara Buat Blog
1. Buka Internet browser dan pergi ke blogger.com
Sign in guna accaount GMail yang kita telah buat.
2. Isi form Blogger
Taipkan Display name iaitu nama yang akan dipaparkan disetiap post yang kita publish (Biasanya, pelawat akan memanggil dan mengenali kita dengan nama ini). Pilih Gender dan tick pada I accept the Term of Service.
Lepas tu tekan Continue
3. Create blog
Bila dah siap buat account blogger, kita pun bolehlah mula buat blog. Kita boleh buat lebih dari satu blog menggunakan satu akaun blogger.
4. Nama & alamat blog
Taipkan nama yang best untuk blog kita (Blog title) dalam contoh ni ialah "Mancis Punya Blog". Lepas tu taip pula alamat blog pilihan kita (Blog address). Pelawat akan gunakan alamat ini untuk datang ke blog kita. Dalam contoh ini aku taip alamat blog aku ialah "adamancistak". Pelawat akan datang ke blog aku dengan alamat http://adamancistak.blogspot.com.
Pastikan check availability. Bila semua dah OK, tekan Continue.
5. Pilih template
Pilih template yang anda suka. Aku biasanya pilih yang no. 2 tu. Boleh tahan cantiklah rupa parasnya. Kalau tak berkenan, kita boleh tukar template ni bila-bila masa sahaja nanti.
Lepas tekan Continue, blog pun siap.. Click pada START BLOGGING untuk buat posting yang pertama.
6. Start blogging
Untuk buat post cuma perlu taipkan title lepas tu tulis isinya. Dah siap kalu, tekan ajer button PUBLISH POST yang warna oren tu.
Lepas tekan publis, dia akan beritahu post kita telah pun berjaya disiarkan. Klik View Post untuk lihat post itu.
Beginilah rupa paras blog yang kita baru buat. Untuk lihat yang live boleh ke adamancistak.blogspot.com.
*** Notes
Kadang-kadang Google mintak pengesahan identity melalui handphone masa nak buat blog ni. Tapi kalau dah verify masa create akaun GMail, dah tak payah verify lagi.
Senang ajer. Bila kena verify, ada box macam kat bawah ni, pilih negara Malaysia dan taipkan nombor handphone dimulai dengan +60. Contohnya kalau nombor HP anda 0191234567 masukkan dalam tu +60191234567. Lepas tu tekan Send activation code to my mobile phone. Tak sampai seminit nanti Google akan bagi kita SMS mengandungi code.
Log in ke dalam GMail (Kalau dah log out) dan isi kan code verification tersebut. Click verify. Itu saja.
24 comments:
salam, tumpang tanya lepas create blog tu, camner nak column mcm belah kanan tu, mcm facebook/follower etc?
thanks
err.. benda ni amat mudah sebenarnya. Insyaallah, lain kali saya buat tutorialnya.
trima kasih
anda sngt membantu..
urm...kalau ader aper2 tips hope bole larh same2 share
terbaek...info yg cukup bagus
assalamualaikum, sy nak tnye btul ke bleh buat duit dgn blig?
terima kasih sebab ajar cmna nak wat blog..zaman sekarang nie rmai yg suka kdekut ilmu..
Ejah sikit lagi,xbrapa fhm ni
Mcm mana nak buat blog tu boleh d cari kat search engine mcm google? Nak kena letak apa2 kat URL ke?
memang boleh buat duit dgn berblogging.. banyak atau sikit duit yg dibuat tu bergantung kpd usaha dan kesungguhan... lama pulak tu nak tunggu hasil.. hmmm
April little over:
tak yah buat apa-apa. Google sekarang pandai cari sendiri. tapi kalau boleh tingkatkan popularity blog anda dgn cara letakkan link di blog2 orang lain yang dah popular. lagi satu kena aktif.. barulah cepat masuk dlm search engine.
salam,
boleh ker seseorang blogger merahsiakan identiti dia dari pembaca blogger?
tak jadi laa..tolong.....
ajar lg mcm mane nk buat yg lain?please....
Anonymous:
nak rahsiakan identiti dari pembaca.. jgnlah letak nama betul, gmbar betul, facebook betul etc..
Nafisa:
tak jadi kat bahagian mana tu? kena bagi tahu clear... rasanya aku dah bagi tahu step by step tu..
salam mancis dah basah...
apasal masa nak create blog address tu, asyik keluar "maaf alamat blog ini tidak tersedia"?
ref to step no.2, u kata kita bleh suke hati wat address URL tu...
agaknya tu sebab ramai yg nak buat blog tak jadi...
MochaLatte Cafe:
URL tu kena check availability dia. Kena create URL yg UNIK dan PELIK yg orang BELUM GUNA.
Tak jadi tu pasal URL tu org lain dah pakai.
bro..
mcm mana nak buat ruangan 'your might also like' tu? aku dah try mcm2 cara tp still jadi popular post gak..
then satu lagi, mcm mana nak buat 3 collum coz template sedia ada semua 2 collum jer..
jasamu d kenang bro..
email wa : ashamsuri@yahoo.com
ashamsuri@blogspot.com
cam ner nk msukkan mp3 dan file2 mcm instaler software bro???tlg tlg tnjuk ajar x???
blog..blog..susah gak..tp kena usaha sikit kan..huhuhuhu
Saya nak tanya.mcm mana nak buat muat turun bahan kat blog kita.supaya org yg guna blog kita boleh download bhn dari blog kita cth kertas kerja dsb
Saya nak tanya.mcm mana nak buat muat turun bahan kat blog kita.supaya org yg guna blog kita boleh download bhn dari blog kita cth kertas kerja dsb
Mcm mana nsk buat tapak untuk org yg guna blog kita boleh upload bhn dari blog kita.cth kertas kerja dsb
terbaik..thanks for the info..boleh juga tengok blog aku jap http://randauruaiupdates.blogspot.com/
baru try buat blog semalam tp yang klakar nye saye terlupa url saye sindri..how to check eh? malu nye bute IT..huhu
Post a Comment