Tapi entah macam mana, sejak kebelakangan ni timbul balik minat nak upload video. Ye lah.. sekarang boleh juga dapat hasil dari youtube tu kalau rajin.
Untuk mengelakkan video aku tu bisu (atau gunakan muzik yang aku tak berapa suka), aku pun try-try cipta lagu sendiri.
Dulu, muda-muda aku ni agak pandai juga main gitar. Ada band sendiri lagi. Tapi cuma setakat masuk jam jer lah.. hahaha. Pernah juga berniat nak cipta lagu sendiri untuk band sendiri, tapi mati akal. Tak tahu nak mula tang mana.
Sampailah sekarang ni, gitar pun dah gantung kat dinding. Kod-kod lagu pun dah lupa.
Tapi akhirnya setelah berbelas tahun, berjaya juga aku cipta sebuah lagu.
Oleh sebab sekarang ni tengah musim jerebu, aku pun "TER"buat lagu jerebu.. Itulah namanya ilham. Bila dia datang, aku pun buat ajer.
Walaupun aku berjaya cipta lagu dan lirik sendiri, tapi aku bukanlah seorang penyanyi. Tak pernah langsung terniat untuk cuba-cuba nasib masuk Akademi Fantasia atau Mentor. Nak nyanyi karaoke kat majlis kahwin pun tak berani.
Jadi hasilnya memang kurang memuaskanlah.
Ramai sanak saudara sahabat handai yang dah dengar lagu ni, SEMUA KETAWA. Aku cakaplah lagu ni bukan lagu lawak..ini lagu serius, pasal masalah negara tau! kah kah kah...
Tetapi oleh sebab lagu ini adalah lagu pertama ciptaan aku, aku respek lagu ni.. dan beranggapan ini adalah salah satu pencapaian aku.. jadi aku tak hirau sebarang 'puji-pujian'... hahaha.
Sekarang ni aku sedang menyiapkan sebuah lagu jiwang ala-ala M.Nasir punya lagu tapi agak moden sikit. Agar nanti boleh juga aku jadi M.Basir.
Okay, untuk tidak membuang masa... kita sama-sama dengarkan lagu Jerebu Melanda ni. Aku tuju-tujukan lagu ini untuk anda yang sedang membaca blog ini... ye.. untuk awak lah.. dengan ucapan "sila like"....
(Pstt... jangan hiraukan sangat pasal suara yang sumbang mambang tu...)
2 comments:
slm..wah..intro mcm lagu korea plus techno2 gitu,,,hihi..kira ade la jugak bakat tlis lirik..dgr lagu ni tringat time jerebu aritu..hihi..anwy kite new blogger..rajin2 singgah la blog..tq
ye.. thanks pasal singgah..
bakat tu takder.. saja suka-suka..
..kena ubah sikit lagu2 melayu jadi techno...hehehe
Post a Comment