Saya, yang bernama dan beralamat seperti di atas ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2012" kepada semua.
Sekian, terima kasih.
Monday, 2 January 2012
Thursday, 22 December 2011
1000km First Service Exora bukan Bold
Kategori:
Automotif
Petang tadi aku dah pergi service 1000km Proton Exora CPS aku. Beli pada 6 Disember, 21 Disember baru service yang pertama... makan masa 2 minggu jugaklah untuk sampai 1000km. Maklumlah kereta bukan selalu berjalan... ini pun macam dah kira selalu juga.. hari-hari nak naik Exora. Jalan sekejap pusing-pusing pun tak apa, janji dalam satu hari tu ada drive juga.. hehehe. Satu lagi, bila baca kat internet pasal Exora Bold lagi powerlah, lagi bestlah.... hati pun jadi macam tak best (psal dah beli CPS)... kena naik Exora pusing-pusing dalam setengah jam pun jadi... bila dah drive, rasa hati yang tak best tu akan jadi best. Pasal apa? Pasal Exora memang best... tak nyesal aku trade in Satria GTI aku, walaupun kuasanya tak sama..
![]() |
| Bahagian enjin Exora Prime (Sorry.. gambar teruk.. sapa suka ambik gambar guna handphone, jangan beli hp HTC..) |
Thursday, 15 December 2011
Exora Bold vs. Exora Old
Kategori:
Automotif
(WARNING: Posting kali ini adalah posting untuk menyedapkan hati sendiri)
Menurut sumber-sumber dari forum, blog dan facebook di internet Proton Exora versi yang terbaru iaitu Proton Exora Bold akan dilancarkan esok iaitu 16 Disember 2011. Antara pembaharuan yang dibuat oleh Proton ialah dari segi rupa paras skirt, lampu depan dan belakang, engine turbocharge CFE dan gear(?) CVT. Oleh sebab aku baru jer angkat Exora H-Line tak sampai dua minggu maka tipulah kalau aku cakap aku tak rasa terkilan sebab tak dapat beli Exora CFE ni. Tak sangka pulak Exora versi turbo ni akan dilancarkan secepat ni. Kalau lepas 4-5 bulan, aku tak rasa ralat sangat.. isk isk..

Wednesday, 14 December 2011
Akhirnya Aku Beli Proton Exora
Kategori:
Automotif
Setelah beberapa lama aku fikir punya fikir punya fikir, dan pertimbangkan sampai hangus, akhirnya aku beli Proton Exora 1.6 H-line. Aku rasa dah berbulan juga ambil masa untuk aku nak buat keputusan ni. Bukan mudah punya keputusan.. hehe. Kalau baca kat internet ni ada banyak pandangan negatif dan positif. Biasanya yang negatif ni adalah dari orang yang tak pernah naik Exora pun, cuma skeptikal dengan jenama Proton ajer, ataupun jenis orang yang memang pandang tinggi pada jenama luar. (Tak kurang juga kerana fahaman politik... kondem Proton pasal fahaman politik..HAHAHA!) Pandangan positif pulak biasanya ialah dari pemilik-pemilik Exora itu sendiri walaupun kereta dia selalu claim warranty kat Pusat Service Proton...
Sunday, 23 October 2011
Kes Tipu Jual Beli Di Internet
Kategori:
Komputer dan Internet,
Ulasan Berita
Memang banyak kes-kes tipu yang melibatkan jual beli melalui Internet. Kebanyakkannya dah bayar, tapi barang tak dapat. Ada juga bayar harga penuh, tapi dapat barang yang dah rosak atau teruk kualitinya. Ada pulak tu, bayar harga barang original tapi dapat barang tiruan.. macam-macammm...
Tapi aku rasa 90% melibatkan kes pertama iaitu duit dah bayar, tapi tunggu punya tunggu punya tunggu, barang tak sampai-sampai. Bila kita call, dia tak angkat... atau kalau angkat si penjual akan bagi macam-macam alasan misalnya dah pos tapi belum sampai lagi, stok tak sampai, barang rosak so kena tunggu yg baru, tayar basikal pancit tak dapat pergi pejabat pos, mak tak bagi keluar, baju basah.... macam-macamlah alasannya.

Saturday, 24 September 2011
Proton Exora atau Perodua Alza
Kategori:
Automotif
Merujuk kepada kekeliruan aku samada nak memilih Exora atau Alza dulu kat sini. Aku rasa aku dah dapat jawapan dia.
Baru-baru ni aku dah test kedua-dua jenis mpv ni. Aku test Alza kat Branch Perodua. Tapi tak jauh sangatlah, setakat pusing-pusing area situ jer.
Baru-baru ni aku dah test kedua-dua jenis mpv ni. Aku test Alza kat Branch Perodua. Tapi tak jauh sangatlah, setakat pusing-pusing area situ jer.
Tuesday, 6 September 2011
Mat Sabu dan Kisah Bukit Kepung
Kategori:
Ulasan Berita
Baru-baru ni kecoh juga dibuatnya bila Mat Sabu buka mulut mengiktiraf Mat Indera yang mengetuai sepasukan komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepung sebagai pejuang sebenar. Manakala polis-polis di balai polis tersebut merupakan polis British.
“…..Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong….”

Subscribe to:
Posts (Atom)