Monday, 7 February 2011

Perodua Alza vs. Proton Exora


Aku betul-betul keliru ni. Nak pilih Alza ke Exora. Dua-duanya harga tak lari jauh. Kalu ikutkan hati aku rasa nakkan Exora, tapi kalau diikutkan poket baik pilih Alza.

Alza cc kecik, petrol jimat, road tax pun murah.
Exora cc besar sikit jer, tapi body dia besar.. sure minyak kuat sikit dari Alza. Road tax, sama jer kot.

Yang beza banyak ialah petrol.

Bukannya apa, aku punya kereta sekarang cc dia 1.8. Petrol dia agak kuat gak. Kadang-kadang aku pinjam kereta MyVi atau Kenari... terasa perbezaan penjimatan petrolnya.. tu yang kadang2 jeles dgn kereta cc kecik ni. Road tax 3.5kali ganda dengan Alza/Exora.

Lagi satu hal, Exora ni body dia besar gedabak.. amat sesuai kalau jalan jauh. Tapi kalau setakat nak gi ngeteh atau nak gi hantar anak sekolah yang 3-4 minit perjalanan ni rasa macam tak sesuai.

Kalau Alza pulak, amat sesuai kalau jalan dekat-dekat ni. Tak selesa pulak untuk perjalanan jauh.

Aduh... pening kepala aku ini....

3 comments:

zam said...

kereta bro pakai skg nie standard dohc biasa...

pengalaman aku bawa altis perghh mmg tersangat save..altis saudara aku ajr..
altis tu cc 1.8 aje..tapi dvvt tu sama mcm enjin alza nie...dan gak myvi..

exora tu enjin tak padan dgn body...klau satu mpv namanya cherry eater tu 2.0 ajer tapi guna mitsubishi lama ajer..tapi save lagi dari exora nie..

Anonymous said...

mana mana yang kutuk proton n perodua tu sebenarnya tidak berbangga dengan produk malaysia.asal buatan malaysia saja mesti anggap tak baik dan tak bermutu.tak seperti korea, mereka bangga dengan produk mereka.sama juga dengan us. bangga dengan kereta mereka.kereta jepun di gelar foreign car saja

yong said...

alza bkn mpv...mahupun mini mpv..alza adalah wagon... exora its mpv

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...