Thursday, 30 June 2011

KDrama - King Geunchogo


Satu lagi drama korea yang diadaptasikan dari kisah sejarah sebenar Korea. 

King Geunchogo, mengisahkan seorang putera raja bernama Yeogu dari kerajaan Baekje yang pada mulanya membesar di daerah terbuang, yang hidup sebagai pedagang garam, akhirnya berjaya menjadi seorang raja yang cemerlang.

Friday, 17 June 2011

Perodua Myvi 2011


Semalam, Perodua telah melancarkan model Myvi yang telah diperbaharui luaran dan dalaman. Aku belek-belek kat Paultan.org nampak canggih gak. Tengok dari luaran aku rasa macam lebih segak version lama. Myvi baru ni nampak macam terlebih bulat plak, curvy sana sini. Mungkin untuk nampak lebih moden. Tapi aku nampak macam model retro jek... macam volkswagen model dulu-dulu.. err.. org kampung panggil kereta katak.. hehe.. (jangan marah ye peminat kereta myvi..) Itu sekadar pandangan dan pendapat aku jer. Lain orang lain pandangannya.

Thursday, 16 June 2011

Hal Anonymous Godam Web Malaysia

This summary is not available. Please click here to view the post.

Eh! Harga Petrol RON97 Turun 10 sen?

Biar betul?

RON97 petrol price down by 10 sen - The Star

Harga petrol Ron97 akan turun 10 sen dari RM2.90/L ke RM2.80/L berkuatkuasa tengah malam ini 12:00 AM 16 Jun 2011.  Baru jer 5 Mei 2011 hari tu RON97 dinaikkan sebanyak 20 sen, hari ni turun 10 sen pulak.

Berita ni amat bagus, tapi ia tak menjejas aku langsung pasal harga RON95 tetap sama iaitu RM1.90 per liter. Tak pernahnya aku isi minyak RON97.

Walaupun petrol RON97/RON95/diesel turun sekalipun, harga barangan keperluan dan makanan, pelbagai tarif dan cukai takkan turun punya. Tapi kalau harga bahanapi ni naik... semua sibuk nak naik.. inilah lumrah keadaan masa ini... pengguna memang jadi lauk sentiasa.. isk isk..

Wednesday, 15 June 2011

Web 1Pengguna & Facebook Tourism Malaysia dan Sekatan Laman Web

Dalam minggu ni banyak pulak berita berkaitan dengan internet. Antara yang  buat aku gundah gulana ialah pasal website 1Pengguna.com yang berharga RM 1.4 juta, Facebook Kementerian Pelancongan yang berharga RM1.8 juta dan arahan sekatan akses ke beberapa laman web oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Mari kita baca beritanya:

Sunday, 12 June 2011

Highway Desaru-Cahaya Baru Yang Kelakar


erk... kelakar sungguhlah kalau highway baru dari penawar ke cahaya baru di panggil highway, siap ada tol pulak tu. aduhhh.. malu. peliklah.. apasal diorang buat macam tu? sungguh mengecewakan. hancur harapan orang-orang area pengerang sini..

ni nak review sikit pasal highway desaru-cahaya baru-tiram..

Thursday, 9 June 2011

Surat Bantahan Terhadap Siaran NORA ELENA di TV3


Besar juga pengaruh cerita Nora Elena ni rupanya. Aku tak pernah pulak tengok pulak cerita ni. Best ke? Bukan aku tak nak tengok, tapi masa tayangannya tu memang tak kena. Lagi pun aku memang kurang minat drama Melayu. Drama yang paling last aku follow ialah cerita Manjalara... dah berzaman dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...