Monday, 13 May 2013

Modem Kena Petir

Istilah mudah yang kita cakap ialah "modem kena petir" atau "disambar petir". Tapi yang sebenarnya ialah berlakunya cetusan voltan berlebihan di dalam line telefon yang disebabkan oleh petir tersebut. Kalaulah betul-betul disambar petir, dah hangus modem tu macam yang selalu berlaku pada pokok di tepi padang.

Selalunya kalau nak keluar rumah, aku akan cabut line telefon. Tapi hari tu boleh lupa pula.

Post ini adalah sebagai peringatan untuk aku.

Barang-barang yang rosak:

1. Modem x1
2. Motherboard x2
3. Power Supply x1

Anggaran kerugian ialah RM750.

Dulu-dulu aku ada pakai surge-protector. Tapi setiap kali kilat menyambar, dia rosak.. asyik nak kena ganti dia aje. Jadi jalan penyelesaian yang paling afdhal ialah hanya cabut saja line telefon tu... hehehe.

Monday, 6 May 2013

PRU 13 : 5 Mei 2013 - BN Menang


Pilihanraya umum yang ke 13 baru sahaja selesai. Dato Seri Najib pun dah siap angat sumpah sebagai Perdana Menteri. Aku ucap tahniah kepada Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan kuasa buat kesekian kalinya.

Keputusan akhir PRU kali ini : Barisan Nasional 133, Pakatan Rakyat 89 ( DAP 38, PKR 30, PAS 21)

Namun kemenangan kali ini adalah sedikit merosot berbanding PRU 2008 di mana BN mendapat 140 dan PR mendapat 82 kerusi. Tetapi yang menariknya PR hanya memenangi 3 buah negeri (Kelantan, Selangor dan P.Pinang) berbanding 5 negeri pada 2008 (Kelantan, Selangor, P.Pinang, Kedah dan Perak).

BN juga hanya menang tipis di 2 negeri iaitu Terengganu (BN 17, PR 15) dan Perak (BN 31, PR 28).

Friday, 3 May 2013

Ganti Handphone

Dah lama aku tak beli handphone baru. Kali terakhir aku ke kedai handphone untuk beli handphone baru ialah pada 2007. Masa tu aku beli Nokia N70. Aku pakai N70 tu sampai awal 2011.

Bagus jugalah N70 tu. dalam masa beberapa tahun cuma tukar bateri sekali. Beli bateri ganti RM20. Dua bulan lepas tu, keypad dia pula rosak. Malas nak betulkan pasal dah lama sangat. Kalau N70 tu tak rosak, mungkin aku pakai terus agaknya. Lepas tu aku beli HTC Wildfire, second hand dari adik aku. Tak silap aku dia beli handphone tu 2010 agaknya.

Monday, 29 April 2013

Korea Sana Korea Sini

Nampaknya pengaruh Korea semakin hari semakin luas. Sana sini "K". K-movie, k-drama, k-lagu eh.. k-pop.

Produk-produk Korea pun dah makin banyak berada di pasaran. Tapi yang kelakarnya yang bukan dari Korea pun cakap dari Korea juga, sebagai strategi perniagaan. Kalau ikut kata orang kita, sebagai pelarislah.

Wednesday, 24 April 2013

Kisah Dua Pusat Servis

Baru-baru ini, aku servis kereta Persona bapa mertua aku, dan juga Exora aku. Itu adalah servis yang pertama buat Persona bapa mertua aku, yang di belinya lebih kurang dua minggu sebelumnya. Sepatutnya servis kali pertama ialah pada kilometer ke 1000, tetapi entah macam mana punya pakai, boleh terlajak sampai 2000Km.

Apa yang aku nak kongsi kali ini ialah mengenai pengalaman aku hantar servis dua jenis kereta ini di dua pusat servis yang berlainan.

Wednesday, 11 July 2012

USB Speaker Untuk DVD Player Exora

DVD Player Exora ni.. suara dia keluar kat speaker radio kereta melalui gelombang radio FM. Tak pakai wayar atau bluetooth. Bunyi dia kira ok lah. Kalau tengok movie dah macam kat wayang pasal sound system dia yang best tu. Tengok Transformers 3, berdengung-dengung telinga..dah macam kat panggung..hehehe

Itu dia punya kelebihann..

Wednesday, 27 June 2012

Penggunaan Minyak Exora 1.6 AT CPS

Minggu lepas aku pergi ke Bandar Baru Bangi. Sebelum memulakan perjalanan, aku telah mengisi petrol sehingga penuh di Petronas Desaru. Aku melalui Lebuhraya Desaru-Senai dan kemudian masuk ke Leburaya Utara-Selatan melalui Senai (Utara) ke Bangi. Bertolak pada pukul 4.30 petang dan sampai ke destinasi pada kira-kira pukul 9 malam.

Perjalanan Desaru-Bangi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...