KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan berita gembira kepada golongan peniaga dan penjaja kecil apabila menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM50 bagi tempoh lima tahun.
Mengakui golongan itu memainkan peranan besar dalam ekonomi negara, Perdana Menteri berkata, kadar tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada antara RM150 hingga RM300.Jelasnya, bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50 peratus dan ia akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini. [Sumber]
Aku tak berapa clear dengan berita ni.
Caj istimewa ni hanya untuk pendaftaran kali pertama sahaja atau termasuk untuk pembaharuan pendaftaran (renew)? Yang tertulis kat berita tu cuma pendaftaran kali pertama dengan pembaharuan lesen. Ataupun wartawan pun main taip jer pasal 'pembaharuan lesen' tu. Kalau pembaharuan pendaftaran barulah kena(mungkin?)... keliru keliru...
Try cari info kat SSM.com.my pun tak ada berita pasal ni lagi. Biasalah, kalau berita pasal diskaun memang lambat nak up, tapi kalau berita nak naik harga.. tak sempat-sempat.
Kalau ikut caj pendaftaran perniagaan dan pembaharuan (ROB) bagi perniagaan milikan tunggal yang normal:
- Guna nama perniagaan ikut dalam mykad = RM30 setahun (5 tahun = RM150)
- Nama perniagaan cipta sendiri = RM60 setahun (5 tahun = RM300)
Kalau benarlah seperti apa yang aku agak, iaitu untuk renew pun termasuk dalam pakej tu... jimat tuu..
Perlaksanaan adalah dari 1 Jun 2012 hingga akhir tahun ini.
Updated:
sumber: ssm.com.myPEMBERITAHUAN
Pelanggan yang dihormati,Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengumumkan pelaksanaan pakej insentif bagi pengurangan fi pendaftaran baru dan pembaharuan pendaftaran perniagaan dan diskaun kepada kompaun yang belum dibayar atau yang tertunggak dan kompaun semasa yang dikeluarkan di bawah APP 1956 adalah seperti berikut:(i) Bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan tahunan pendaftaran untuk pemilik tunggal dan perkongsian dikenakan bayaran RM50 untuk tempoh pendaftaran selama 5 tahun secara sekali gus (berbanding dengan jumlah fi RM150 atau RM300 yang dikenakan sekarang); dan
(ii) bayaran kompaun semua bagi pendaftaran lewat dan pembaharuan pendaftaran lewat dikurangkan sebanyak 50%.
(iii) pelaksanaan pakej ini akan berkuatkuasa bagi tempoh
1 Jun 2012 sehingga 31 Disember 2012.Permohonan bagi pakej insentif boleh dilakukan di :(i) Semua kaunter SSM kecuali di Sabah dan Sarawak - aktiviti pendaftaran perniagaan, pembaharuan perakuan dan pembayaran diskaun kompaun.
(ii) Perkhidmatan e-Lodgement SSM – aktiviti pendaftaran perniagaan dan pembaharuan perakuan.
(iii) Semua cawangan Bank Simpanan Nasional - aktiviti pembaharuan perakuan.
1 comment:
Brape harga kompaun lewat tu ye?
Post a Comment