Kalau sambung dengan cable LAN, tak ada masalah.
Yang menghairankan, netbook ni boleh saja disambungkan ke modem atau router secara normal melalui wireless. Scan wifi, lepas tu dah jumpa wifi, kita msaukkan password dan status pun berubah kepada connected.
Tetapi dia tak nak sambung terus ke Internet. Tak boleh browse ke Internet. Networking pun tak boleh.
Kalau tengok di status networking, netbook ni nampak macam tak ada masalah.
Pelik.
Akhirnya dengan bantuan Google dapat juga masalah ini diselesaikan.
Penyelesaiannya ialah kena guna driver wireless dari model lain. (Tak ke pelik?)
Gunakan driver wireless dari model AOD255 iaitu Atheros Wireless LAN Driver 7.7.0.456.
Driver original dia iaitu version 7.6.0.224 tak boleh digunakan.
Lepas jer guna driver untuk AOD255, terus settle masalah. Nasib baik aku tak reformat balik semua netbook tu!
Untuk download driver-driver untuk Acer Netbook Aspire One ZG5 AOA150 sila ke: http://www.acer.com.my/ac/en/MY/content/drivers
2 comments:
salam..mancisdahbasah..sy da format notebook then da install win7 ultimate..patuh wireless plak xde..cne ea nk dptkn balik driver network (wireless)..??
kena tengok notebook brand apa, siri apa..lepas tu download dari website dia driver tu.
kalau notebook HP kat sini--> http://www8.hp.com/my/en/drivers.html
Post a Comment