Monday, 9 May 2011

Harga Petrol RON95 Nak Naik ke Encik?

Trend macam ni memang dah biasa benar. Bila tarif-tarif atau harga nak naik, surat khabar akan keluarkan terlebih dahulu rencana-rencana dan tulisan-tulisan yang menjurus dan menyokong kenaikan tarif/harga tersebut seminggu atau dua minggu lebih awal. Begitu juga dengan tarif elektrik, telefon, air dan yang dah biasa baca ialah harga petrol.

Padahal, kerajaan belum umum apa-apa pun. Tapi orang-orang (penulis) ini mungkin memang dah ditugaskan untuk mengeluarkan point-point untuk menyokong tindakan yang mendatang itu agaknya. Ataupun sengaja untuk melihat maklum balas terhadap rencana tersebut.

Pagi-pagi ni aku dah terbaca rencana mengenai perbandingan harga petrol dengan negara-negara lain. ceh!


Harga Petrol Malaysia Mahal? - Utusan Malaysia Online

Dalam rencana tu banyak cerita pasal harga petrol RON95. Ini mungkin tanda-tanda harga petrol RON95 nak naik agaknya. Kemungkinan besar juga. RON97 dah dua kali naik, RON95 belum lagi. Tapi petrol RON97 kan ikut harga pasaran semasa... memang patutlah dia naik dan naik dan naik.. ikut marketlah. Tapi tak yahlah naik kan harga petrol RON95.

Aku sebenarnya bukannya banyak sangat guna petrol pun. Dalam sebulan purata dalam RM50-RM70 jer. Memang aku tak banyak guna kereta. Kereta aku kekadang seminggu tak bergerak. Biasa naik motor kapcai jer bawak anak pergi balik sekolah.

Tapi yang paling runsing sekali ialah kenaikan harga barangan dan makanan yang melampau-lampau dalam setahun dua. Dulu masa zaman Pak Lah petrol naik sampai RM2.70, harga barangan pun meloncat naik tetiba. Tapi bila dah turunkan harga minyak, ADA HARGA BARANG NAK TURUN?? JANGAN MIMPILAH!! Harga gula, minyak masak, susu, beras semua dah berganda-ganda naiknya. Kononya semua dalam kawalan, tapi hampehlah.

Kalau pergi makan kat restoran sea food tepi jalan, order tom yam daging. Dulu RM3.50.... fuh kenyang! Sekarang RM4.00-RM4.50 alahai.. dapatlah 7-8 helai daging dalam satu mangkuk. Nasi ada setengah lagi, lauk dah habis...muahahaha kena order lagi satu mangkuk... memang mangkuklah. Ada tak pakar-pakar yang buat perbandingan harga tom yam daging dengan negara-negara jiran... hahahaha.

Aku bukannya tak tahu harga minyak di pasaran dunia sedang naik melampau-lampau.. macam kanggaroo melompat-lompat. Tapi sebagai kerajaan yang bertanggung jawab, toksahlah naikkan harga minyak RON95 tuuu... naikkan jer harga RON97 jer sudah! Rakyat marhain ni dah terbeban sangat dengan harga-harga barangan lain yang kerajaan tak boleh kawal langsung. Oleh sebab kerajaan cuma boleh kawal harga minyak... maka kawallah selagi boleh..

Ataupun... apakata kalau kasi turun harga barangan keperluan harian yang lain... lepas tu minyak nak naik macam roket DAP pun naiklah... (mustahil jer bunyiknya... )

Eh.. aku kondem-kondem kerajaan ni bukan bermakna aku sokong pembangkang macam yang rencana tu tulis kat perenggan akhir tu. Aku sokong BN yer... harap maklum. Tapi dalam bab harga minyak & harga barang ni memang nak BN nak kena kondem..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...