Mula-mulanya aku rasa macam malas nak tengok drama ni. Padahal dah lama dah aku simpan. Aku tengok dulu cerita-cerita lain. Sekali tu aku tengok rating cerita ni agak bagus gak. Jadi aku pun tengok ajerlah. Lagipun cerita lain macam tak best ajer.
Bila lepas jer aku tengok episod satu, wah! tak sangka aku hebat gak cerita ni.
Cerita yang ala-ala CSI ni mengisahkan empat watak utama iaitu dua orang doktor forensic, seorang prosecutor dan seorang detektif menyesaikan beberapa kes pembunuhan.
Dalam siri drama ni ada beberapa kes pembunuhan termasuklah satu kes utama yang bermula di episod satu dan penyelesaiannya ada di episod akhir iaitu episod 20. Setiap kes ada kisah sampingan dan kesulitan yang tersendiri. Ada campur tangan politik, corruption, sangkut paut dengan peribadi watak utama, kisah-kisah silam dan sejarah.
Memang pandailah diorang buat cerita. Best punya pasal, sekejap jer aku habiskan 20 episod drama ni. Lepas tu dia punya ending, memang tak disangka-sangkalah. Aku tak bajet langsung drama ni ending dia macam tu.. memang geniuslah. Apa nak buat bila bahan kes dah lama, bukti dah kena hapus, saksi dah kena bunuh, kena pressure dari orang politik iaitu bakal Presiden negara itu... cara yang tinggal ialah kena buat bukti baru.. kena tengok episod akhir. Aku tak nak buat spoiler.. hehehe
Pelakon:
Park Shin Yang as Yoon Ji Hoon
Seorang doktor pakar yang genius tapi panas baran dari NFS (National Forensic Services). Cuba menegakkan prinsipnya dengan apa cara sekalipun, tanpa mempedulikan kesan dan akibat terhadap sesiapapun. Apa yang dia tahu, dia mesti sampaikan apa yang dia dapat tahu dari siasatannya.
Kim Ah Joong as Go Da Kyung
Doktor baru di NFS. Sebelum masuk NFS dia ni kerja coroner. Menjadikan Dr. Yoon Ji Hoon sebagai idolanya. Mejalankan tanggungjawabnya dengan sedaya upaya, tapi malang sentiasa dianggap penyibuk oleh Dr. Yoon Ji Hoon.
Uhm Ji Won as Jung Woo Jin
Kekasih lama Dr. Yoon Ji Hoon. Kerja sebagai prosecutor. Bercita-cita nak jadi seorang prosecutor yang berjaya dan berprinsip, tapi akhirnya sedar bahawa kuasanya taklah sebesar mana apabila sentiasa kena presurre dengan orang atasan dan orang politik.
Jung Gyu Woon as Choi Yi Han
Seorang detektif yang banyak buat trouble pasal suka ikut kepala sendiri dan suka bertindak sendiri.
Jun Kwang Ryul as Lee Myung Han
Director NFS yang mementingkan agensinya dari segala. Sanggup buat apa sahaja asalkan agensi NFS selamat, termasuk dengan cara salah.
Rating : 4.7 dari 5 batang mancis
Title: Sign
Genre: Medical, mystery, thriller
Episodes: 20
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2011-Jan-05 to 2011-Mar-10
No comments:
Post a Comment