Projek Highway Desaru Senai ni dah lama. Senai-Tiram-Pasir Gudang dah siap. Desaru-Pasir Gudang(Cahaya Baru) jer tak siap-siap. Ikut plan asal, sepatutnya tahun lepas dah siap. Biasalah, kat Malaysia ni semua projek bertangguh, tak ikut jadual. Bilalah Malaysia ni nak jadi rakyat yang berdisiplin macam rakyat Jepun.
Masa perjalanan. |
Jadi bila lebuhraya ni boleh dilalui?
Baru-baru ni kan, musim hujan lebat. Kat sana-sini banjir. Tak lah seteruk tahun dulu. Tapi jalan raya jadi sangat teruk. Sana sini jalan berlubang-lubang. Bukan kat Johor aje, kat mana-mana pun sama. Sampai retak sport rim aku dikerjakan. Teruk sangat ke kualiti buatan jalan raya kat Malaysia ni? Kalau tiap-tiap bulan hujan lebat seminggu, habis hancur leburlah struktur jalan raya agaknya.
Itu satu hal pasal kualiti binaan jalan raya. Lepas tu, kualiti kerja baik pulih jalan raya pula..
Kualiti tampalan jalan raya yang berlubang tu pun macam main simbah tar lebih kurang ajer. Semata-mata untuk menutup lubang. Lepas tu buat kerja siang-siang buta. Kereta lori tengah banyak lalu lalang atas jalan yang baru repair tu. Pagi tampal, petang dah berlubang balik semula. Diorang ni tak fikir ke? Aku rasa nak marah, tapi sapalah aku ni. Bayar cukai pun ciput jer. Tapi bila aku lalu tempat yang baru ditampal tu, zasss... bertaburan butir-butir tar penuh sepanjang jalan raya. Ni nak tampal jalan ke atau nak tabur pasir atas jalan? Kalau yang tar masih basah tu, habislah melekat tar tu kat body kereta. Tapi aku perhati, tak pernah lagi ada tampal yang cantik kecuali kat lebuh raya PLUS.
Buat kontraktor baik pulih jalan raya.. aku rasa rata-ratanya adalah subcon Selia Selenggara.. korang kan cari rezeki, dah dapat rezeki baik dan halal (bukan senang nak dapat kontrak).. buatlah kerja tu dengan ikhlas dan terbaik.. bukan semata-mata nak kaya cepat!!
Lagi satu pasal jalan raya ni, mengenai pokok-pokok di kiri kanan jalan raya. Kadang-kadang jalan dah baik, dan bersih.. tapi slack.. pokok-pokok kat kanan kiri jalan pulak penuh jadikan jalan tu jadi bahaya. Selekoh sikit jer, dah tak nampak jalan hadapan..
Memanglah, kebanyakkan eksiden adalah disebabkan sikap pemandu.. tapi keadaan jalan raya pun ada sumbangannya juga!
Dari khabar angin yang aku dengar Highway Desaru Pasir Gudang akan dirasmikan pada 27 April 2011 oleh PM kita Dato' Seri Najib Tun Razak. Bermakna siapnya keseluruhan projek Highway Senai-Desaru sepanjang 77km, yang desas desusnya telah bermula sebelum tahun 2000 lagi. Tak tahulah betul ke tak rumours yang aku dengar ni. Tapi mungkin betullah. Highway tu dah siap dah... dah ramai yang curi-curi lalu. Dulu diorang halang pakai kon aje, tu yang boleh curi-curi masuk. Sekarang diorang dah guna penghadang penuh, siap ada guard lagi... hehehe
Perjalanan ke Pasir Gudang akan dipendekkan kepada setengah jam sahaja daripada 2 jam kalau ikut laluan Kota Tinggi, Tiram ke Pasir Gudang (kalau mat rempit, 10 minit jer). Namun begitu, bagi yang naik kereta, bayaran tol akan menghantui mereka berbanding pada yang naik motor. Jadi mungkin yang ada kereta tu akan beli motor baru untuk buat pergi kerja.. hahaha. Tapi aku rasa orang Johor ni tak kisah sangat pasal tol, yang penting masa. Kalau kedekut sangat tak nak bayar tol, boleh ikut jalan sedia ada. Jalan Kota Tinggi - JB pun dah ok dah aku tengok. Kat Tiram dan simpang Pasir Gudang dah tak jem sebab dah dibuat jejambat bypass.. pendek kata.. dah ok dah jalan biasa tu..
Lepas ni bolehlah aku lepak-lepak kat McDonalds Tiram sampai tengah malam, lepas tu pergi tengok midnight kat Today's Mall lepas tu balik ikut highway...pagi-pagi buta.
Yang tak berapa best, harga rumah kat area Desaru ni dahpun melambung tinggi. Harga serupa dengan harga rumah kat JB.. bwahahaha... berita buruk untuk yang belum beli rumah.
Susur keluar ke Masai, Tanjung Langsat dan Pasir Gudang |
Update 8 Jun 2011: Highway Desaru Dibuka Jumaat Ini
2 comments:
hahahaha..dah kena tipu.....tahun depanlah siap....projek tak lulus LLM kerana dari jambatan smpai ke tol mcm jalan biasa....
sudah siap la...smalam dah rasmi
Post a Comment