Sunday, 3 April 2011

Lawak Bengang oleh Kad NexG Ambank

Bukanlah lawak bangang. Kasar sangat bunyinya tu... ni kisah yang aku rasa sangat membengangkan, nak marah pun ada.. tapi rasa macam lawak pun ada.. Kalau korang ada guna kad debit NexG ni, bolehlah ambil iktibar daripada kisah benar aku kali ini. (dalam episod bukan aku yang salah, kad NexG yang salah!)



Aku dah lama guna Kad NexG ni, bulan September 2011 ni expired lah. NexG ni ialah kad debit yang dikeluarkan oleh AmBank. Tak macam kad-kad debit lain yang dikeluarkan bersama-sama dengan buku akaun, kad ni dikeluarkan semata kad saja, tak ada buku akaun. Kalau nak Top-Up aku selalu guna online je. Ada orang guna kaunter dan boleh juga gunakan cash deposit machine CDM.

Biasanya aku gunakan kad ni untuk transaksi online, termasuklah PayPal dan forex. Tapi hari tu lain pulak kegunaan dia. Aku plan nak beli sport rim, tukar sport rim aku yang retak. Aku pun pecah tabung. Duit kecik RM5 dan RM10 banyaklah. Takkan aku nak pergi kedai sport rim bawak duit pecah-pecah macam tu.. ikat dengan getah? kekeke..

So, hari tu aku pergi dulu ke Public Bank, nak tunaikan Western Union dari Google Adsense. Lepas siap, aku pun pergi Ambank. AmBank ni dekat-dekat ajer dengan Public Bank. So, aku plan nak masukkan duit RM10 dan RM5 ke dalam kad NexG guna deposit machine je. Ok, semua berjalan lancar. Cuma ada mamat sengal ni guna CDM tu sikit punya lama. Duit dia reject berapa kali entah, tetap dia cuba lagi dan lagi dan lagi. Siap panggil bini dia kat dalam kereta mintak duit lagi. Perghh.. nak ajer aku suruh dia bawak balik CDM tu.

Lepas aku suruh dia bawak balik mesin CDM dia siap, aku pun cucuk kat NexG dan bla-bla-bla.. masukkan semua duit kecai-kecai tu. Settle jer. Aku pun pergi ke mesin ATM kat sebelah. Nak keluar semulalah duit tu. dari lebih seratus helai RM5 dan RM10, akan menjadi puluhan helai jer RM50. Kadang-kadang bijak juga aku ni.

Tapi...

Aduuiii.. bila aku cucuk jer kad NexG, ATM tu terus reject. Cucuk lagi reject lagi. Cucuk lagi reject lagi. Dua tiga kali aku try. Ni yang bengang ni. Rabak juga muka aku ni. Ramai pulak tu awek hari tu.. ciss.. Dah tak boleh juga, aku pun pergi kaunter.

Ingatkan boleh withdraw guna kaunter. TAK BOLEH RUPANYA!!.. aiseyy. Aku ingatkan boleh withdraw ikut kaunter macam guna kad ATM biasa.... Kakak kat kaunter tu siap cuba bersih-bersihkan kad tu, suruh aku cuba semula. Aku pun try lagi. Tak boleh juga. Rasa benganglah. Hangin satu badan rasanya dengan Ambank. Apa punya cara lah, benda macam ni pun boleh jadi. Nak keluarkan duit sendiripun tak boleh.

Dah tak boleh tu, aku pun belah berlari anak sambil menutup muka dengan kedua-dua belah tangan. Kansellah nak beli sport rim hari ni. Kena balik dulu, transfer fund guna online banking, esok baru boleh keluar duit tu. Tapi dah alang-alang tu baik aku survey dulu sport rim kat kedai-kedai. Hari ni survey, esok baru beli.

Dipendekkan cerita.... bila dah sampai satu kedai tayar tu, aku terbekenan pulak dengan satu sport rim putih. Setelah berlakunya tawar menawar. Aku pun bagi cina kedai tayar tu kat NexG aku, suruh dia swipe. Aku cakap kat dia kalau kat tu boleh pakai, aku jadi beli. Kalau kad tu reject, aku datang lain kali lah. Sekali, tu bolehlaaaa... approved pulak. Jadi, berjaya juga misi aku membeli sport rim hari tu.

Jadi, apa masalahnya dengan kad NexG ni??? Aku pun tak tahuuuuu... wuowuwooo hohoooo  (style lagu misteri mimpi syakila)


Begitulah sahaja kisah lawak bengang kad NexG saya...


Eh, ada tertinggal fakta pulak.

Kenapa aku tak terus aje guna kad NexG tu kat kedai tayar tu? Tak payahlah withdraw cash betul tak?

Sebenarnya aku dah dua tiga kali kena reject bile swipe kad ni untuk membeli belah. Yang paling rabak sekali ialah time aku nak beli notebook kat PC Fair, beberapa tahun lepas. Dah siap upgrade, dah bungkus, sekali tengok kad reject. Rabak hijau muka aku. Nasib baik adik aku cover guna kad kredit dia.. hahaha.. sejak hari tu aku guna NexG tu cuma untuk transaksi online jer.

5 comments:

shah said...

macam2 heyyy

Miecyber said...

Perkongsian yang dapat beri panduan kepada saya.
Thanks Bro...

Hotel ayam

mancisdahbasah said...

sama-sama

Farhan yusof said...

Baru-baru ini ada try gune kad NexG withdraw duit tapi same gak problem dia..tak boleh kuar duit,just blh topup je..leceh gak NexG nie :(

mizi said...

kad NexG aku tu dah aku tebuk lubang pakai punch hole buat gantung kat beg pack laptop aku,maunya tak last aku pakai kat Tecso Klang boleh dia reject kata takde duit padahal aku siap topap sampai 3-4 ratus! last2 g atm Ambank keluarkan semua balik n buat recycle je kad bodoh ni huh! pueh hati aku!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...