Tuesday, 29 March 2011

Apa April Fool dari Google Tahun Ini?

Aku perasan tiap-tiap tahun, setiap kali 1st April memang Google akan buat hal. Ada saja idea diorang untuk meng'April Fool'kan orang lain.

Dah banyaklah tipu muslihat yang dibuat oleh Pak Cik Google ni. Tapi memang sempoi. Idea dia memang tahap serius tapi hasil dia lawak.. kekeke

Kenapa ye kebanyakkan syarikat-syarikat gergasi internet dan technology ni di terajui oleh mereka yang sempoi-sempoi belaka. Tengoklah Apple, Microsoft, Google, Facebook sebagai contoh.


Monday, 28 March 2011

Problem Tak Boleh Update Windows 7

Ada satu problem yang biasa dialami oleh Window 7 dan Windows Vista, iaitu Windows Update tidak dapat berfungsi. Button update windows kat dalam Control Panel > Windows Update tu kalau kita tekan dia akan keluar ayat sebegini:

Windows Update cannot currently check for updates, because the service is not running. 
You may need to restart your computer

Kalau kita restart komputer pun, masalah tu tak settle juga... kekekeke.

Puncanya mungkin daripada serangan virus atau mungkin juga disebabkan oleh kegagalan sistem windows itu sendiri.

Jadi apa kita nak buat?

Sunday, 27 March 2011

Cara Terbaik Tambah Trafik, Backlink dan Pagerank

Cara ni yang memang sangat bagus untuk tinggikan traffik dan tambahkan bilangan backlink blog kita sekaligus meninggikan pagerank. Aku memang dah gunakan cara ni dulu. Memang mujarab. Cara ni nak kata mudah tu tak berapa mudahlah pasal dia agak cerewet dan memerlukan daya usaha yang agak tinggi. Tapi hasilnya memang puas hati.

Sebelum itu, apa itu backlink dan pagerank?

Backlink ialah link address blog kita yang terdapat di dalam web/blog orang lain. Bilangan backlink ini adalah salah satu algoritma yang digunakan dalam mengukur popularity sesbuah laman web atau blog. Dengan bahasa mudah, banyak backlink maknanya semakin popularlah blog kita dari kacamata enjin carian.

Pagerank pula ialah tahap popularity dan kualiti blog kita yang digunakan oleh enjin carin Google.

Berbalik kepada topik, cara yang aku nak terangkan untuk tambah trafik, backlink dan pagerank adalah begini:

Friday, 25 March 2011

Babak Menarik Dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah


Apa punya cerita, macam dah tak ada modal industri filem Malaysia ni. Siapa pengarahnya tu?
Iyeler.. ini mesti Hassan Mutalib le nih
Kita jangan salahkan pengarah dia aje. Salahkanlah penulis skrip.
Siapa penulis skripnya tu?
HASSAN MUTALIB
ughhh!!!

Thursday, 24 March 2011

Biru Langit Guna Photoshop CS5

Memang dah jadi kebiasaan, gambar yang diambil oleh kamera murah kita ni tak serupa apa yang kita lihat dengan mata kita. Kita tengok langit membiru, awan memutih tapi bila masuk dalam camera digital semua jadi gray jer. Nampak plain. Senang cakap, nampak tak cantiklah. Jadi kita gunakan photoshop untuk kembalikan semula keindahan alam semula jadi.. cewah

Sebelum : Langit nampak putih dengan biru sikit-sikit.
Selepas: Langit nampak biru dan kepulan-kepulan awan jelas kelihatan.
Tapi kadang-kadang, memang itu yang kita nampak. Langit waktu tu, memang tak nampak biru sangat. Tapi saja je kita nak bagi cantik sikit. Untuk kepuasan diri sendiri kata orang.

Nak birukan langit guna Photoshop CS5 ni memang sangatlah mudah. Okay, buka gambar yang kita nak ubah suai kaler langit tu.

Wednesday, 23 March 2011

MTV Kerek - Bandi Amuk OST Karak

Yeah yeaaaarghhh!!! %#$@^&^

KRU nak tayang filem terbaru dia Karak pada 26 Mei 2011. KRU belum pernah lagi buat cerita hantu, kalau tak silap aku. Kalau KRU punya filem, dia punya efek mesti kaw-kaw. Tengok MTV dia ni pun dah boleh agak tahap filem KRU ni.

KRU ada release MTV lagu dari Bandi Amuk tajuk dia Kerek. Aku memang minat Bandi Amuk ni dari dulu lagi. Masa zaman dia join d` Febian or Febian suara dia memang boleh tahan. Lepas tu zaman suara dia garau jadi Amuk, lagilah aku minat. Memang kenalah dengan jiwa aku. Jiwa metal pun layan drama korea..

KDrama - My Princess


Drama yang menceritakan kisah seorang gadis biasa, Lee Seol, yang sedang belajar di sebuah kolej mendapat tahu bahawa dirinya adalah seorang puteri raja apabila kerajaan Korea mempertimbangkan untuk mewujudkan balik institusi Raja yang telah lupus sejak lebih 85 tahun yang lalu. Lee Seol adalah keturunan penghabisan dari raja terakhir yang memerintah Korea diberi pilihan samada untuk bersetuju atau tidak dengan perlantikan itu. Walau bagaimanapun, keputusan akhir akan bergantung kepada undian seluruh rakyat Korea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...