Tuesday, 29 March 2011

Apa April Fool dari Google Tahun Ini?

Aku perasan tiap-tiap tahun, setiap kali 1st April memang Google akan buat hal. Ada saja idea diorang untuk meng'April Fool'kan orang lain.

Dah banyaklah tipu muslihat yang dibuat oleh Pak Cik Google ni. Tapi memang sempoi. Idea dia memang tahap serius tapi hasil dia lawak.. kekeke

Kenapa ye kebanyakkan syarikat-syarikat gergasi internet dan technology ni di terajui oleh mereka yang sempoi-sempoi belaka. Tengoklah Apple, Microsoft, Google, Facebook sebagai contoh.


Salah satu April Fool dari Google yang pada masa tu aku ingat betul-betul ialah TiSP, pada tahun 2007.

Apa tu TiSP?
Bagaimana TiSP berfungsi

TiSP tu short kepada Toilet Internet Service Provide. Dia punya nama pun dah nampak macam lawak. Tapi bila masuk apa yang dia nak buat.. jadi macam logik.

Perkhidmatan TiSP ni adalah perkhidmatan internet broadband di rumah secara percuma! Dia punya speed 8Mbps. Kalau nak 32Mbps, harga dia $24.95 per month.(habislah streamyx)

TiSP Kit
Cara dia macam ni. Bila kita daftar TiSP, Google akan bagi satu pack self-installation kit. Ada satu wayar fiber optic tu kita kena masukkan kat lubang jamban dan satu hujung lagi cucuk kat wireless router. Kabel yang masuk dalam lubang jamban tu akan sampai ke salah satu TiSP Access Node dan akan di sambung oleh staff TiSP iaitu Plumbing Hardware Dispatchers (PHDs) ke network.(aisey.. aku mengarang artikel ni sambil makan sardin roll pulak..kekeke).

Memang masa tu aku ingat benda ni betul bukan April Fool. Tapi sayang, service TiSP ni cuma ada kat US. Kalau tidak aku mesti apply dah....... dan terkena... kekekeke

Ini site dia: Google TiSP

Jadi apa apakah April Fool Google 2011? Atau ada April Fool dari Facebook? Yahoo? Kita tunggu ajela lagi satu dua hari ni... Sabo je lahh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...