Sunday, 27 March 2011

Cara Terbaik Tambah Trafik, Backlink dan Pagerank

Cara ni yang memang sangat bagus untuk tinggikan traffik dan tambahkan bilangan backlink blog kita sekaligus meninggikan pagerank. Aku memang dah gunakan cara ni dulu. Memang mujarab. Cara ni nak kata mudah tu tak berapa mudahlah pasal dia agak cerewet dan memerlukan daya usaha yang agak tinggi. Tapi hasilnya memang puas hati.

Sebelum itu, apa itu backlink dan pagerank?

Backlink ialah link address blog kita yang terdapat di dalam web/blog orang lain. Bilangan backlink ini adalah salah satu algoritma yang digunakan dalam mengukur popularity sesbuah laman web atau blog. Dengan bahasa mudah, banyak backlink maknanya semakin popularlah blog kita dari kacamata enjin carian.

Pagerank pula ialah tahap popularity dan kualiti blog kita yang digunakan oleh enjin carin Google.

Berbalik kepada topik, cara yang aku nak terangkan untuk tambah trafik, backlink dan pagerank adalah begini:



Cipta satu produk

Cipta satu produk khusus yang berkaitan dengan blog kita. Produk yang dimaksudkan tu adalah bergantung kepada daya kreativiti kita. Sebagai contoh produk yang paling biasa ialah artikel, e-book dan perisian komputer (software). Memang agak susah bunyinya kalau nak buat software kecuali bagi seorang programmer, tapi kalau nak buat artikel atau e-book sesiapa yang boleh menaip boleh ajer buat e-book.

Kalau blog kita pasal automotif, kita boleh ciptakan satu software untuk record maintenance schedule. Atau kita boleh tulis satu artikel atau e-book pasal maintenance kenderaan. Begitu juga jika blog kita pasal resepi, kita boleh ciptakan satu software collection resepi pilihan atau buat e-book mengumpulkan resepi-resepi terpilih atau artikel mengenai tip-tip memasak.

Tapi ingat, motif kita bukanlah nak jual, tapi untuk memasarkan blog kita. Jadi kita tak perlulah software atau e-book yang terlalu details yang memerlukan pandangan pakar-pakar atau memerlukan budget yang besar. Cukup sekadar apa yang kita tahu, atau sekadar apa yang telah disiarkan di blog kita.

Di dalam ebook atau artikel kita tadi jangan pula lupa untuk letakkan link kepada blog kita sebagai rujukan pembaca, link inilah yang akan berikan kita backlink. Untuk software, biasanya semasa kita distribute software tersebut ada butir-butir developer yang perlu di isi dalam online form di website-website tertentu.

Edarkan Produk

Bila kita dah siap dengan produk tersebut, tibalah masanya untuk kita edarkannya. Kat mana kita nak edarkan? Senang saja. Ada beribu-ribu laman web direktori yang menerima software, artikel atau ebook untuk disiarkan. Cari saja kat Google serach. Biasanya laman-laman web sebegini mempunyai pagerank yang tinggi kerana trafik yang tak putus-putus.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan laman web tersebut menggunakan rel=no-follow dalam setiap link yang disiarkan. Tetapi, ada juga yang dofollow. Walaupun begitu, link no-follow atau do-follow hanya dikira oleh bot dari enjin carian Google sahaja. Bagi bot-bot lain, link tetap link, contohnya Alexa dan Yahoo. Jadi tak usahlah gusar sangat mengenai no-follow atau do-follow. Yang penting kita dah buat satu exposure terhadap blog kita. Kalau ada yang guna do-follow anggap sahaja sebagai satu bonus!

Aku bagi sedikit panduan untuk post produk-produk tadi:
1. Software - sini dan sini
2. E-book
3. Artikel

Kesimpulan

Create satu produk dan edarkan di laman-laman web terpilih adalah satu lagi cara untuk kita tinggikan trafik, tambah bilangan backlink dan meninggikan pagerank selain dengan cara blog walking. Tapi ada satu kelebihan kalau kita buat cara ini, iaitu biasanya laman-laman web yang kita gunakan untuk publish produk kita tu tinggi pageranknya.

Itulah sahaja panduan dari aku untuk kali ini, renung-renungkan dan selamat beramal!

16 comments:

FaKArePa!n said...

susah jugak kalau sampai nak kena buat e- book..

jom tengok..
ADUN DAP Kata Orang Melayu Juga Pendatang

mohamadSaleh said...

bagus... perkogsian yg baik. i like

Unknown said...

betui jugak ye...
tq!!

Anonymous said...

tq... aku dah tulis tiga ebook... tapi tak tahu mcm mane nak promote...

ebook aku tue boleh download kat sini

http://ebookmohd.blogspot.com

phycrewz said...

oo..bagus jg idea ni. tapi xpernah tau nk wat produk apa.. tu yg xwat tu :)

apa pun tgk entri baru ni..
<a href="http://www.phycrewz.com/2011/03/keputusan-penuh-kelayakan-euro-2012-26.html>Keputusan Penuh Kelayakan EURO 2012 | 26 Mac 2011</a>

Hanif said...

cuba korang search http://www.lawaknakal.blogspot.com

tu laman wed aku.. so aku guna keyword aku lawak nakal.. cuba tengak seach page aku no berapa.. tapi serius aku baru 3minggu jer berbloger. end aku tibai jer.. leh tuan blog bagi tahu ape itu SEO.. mcm mana nak wat .. dah pening macam mana nk dpt keyword cerita lawak...

kidfx said...

tp skrg aku rasa blog aku terjejas sikit gara-gara Google Farmer atau Panda Update ni...

mancisdahbasah said...

FaKArePa!n:
Tak susah. Paling mudah kalu, buat aje artikel pendek.

mohamadSaleh:
terima kasih

mama hani:
sama-sama

cayrul.com:
cer try tengok kat hasil carian google yang aku buat tu. ada beratus-ratus site untuk publish e-book.

phycrewz:
paling senang karang ajer artikel.

Raja Nakal:
baru 3 minggu dah dapat ranking alexa macam tu? fuh! terbaik bro!... tapi untuk pageranking google, content dan kualiti/originality itu sgt penting. well done bro.. keep it up!


kidfx:
kena tengoklah lepas ni, kalau ranking makin bagus boleh teruskan, kalau makin turun kena ubah strategi.

reezluv said...

best2..macam produk Pakar Software plak dah..:D

Chris Salin said...

Nice info bro..pas ni nak belajar buat ebook pulak

Ebook di Blog aku "Percuma Ebook "The Adsense Secret" (Versi Indonesia)"

Beckhrooy said...

rumit

paksu said...

bagus jugak ... info ni.. tq

boyzzonne said...

oh macam tu rupanya ...dah lama tak main blogwalking ni....

luke said...

mcm ni pula caranya, bagus juga idea ni.

layon said...

Cara memang bagus tuan..tapi kena banyak usaha sikit...huhu..terima kasih atas pedoman tuan

Tips said...

terima kasih di atas info ini.. susah juga nak hasilkan produk sendiri..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...