Wednesday, 23 March 2011

KDrama - My Princess


Drama yang menceritakan kisah seorang gadis biasa, Lee Seol, yang sedang belajar di sebuah kolej mendapat tahu bahawa dirinya adalah seorang puteri raja apabila kerajaan Korea mempertimbangkan untuk mewujudkan balik institusi Raja yang telah lupus sejak lebih 85 tahun yang lalu. Lee Seol adalah keturunan penghabisan dari raja terakhir yang memerintah Korea diberi pilihan samada untuk bersetuju atau tidak dengan perlantikan itu. Walau bagaimanapun, keputusan akhir akan bergantung kepada undian seluruh rakyat Korea.



Hero dan heroin drama My Princess

Sebelum Lee Seol tahu dirinya seorang puteri raja dia telah berkenalan dengan seorang pemuda, Hae Young iaitu cucu kepada sorang hartawan Korea dari Dae Han group. Kenal macam tu aje, tak ada special relationship pasal pada masa itu Lee Seol meminati seorang Professor pecinta sejarah di kolejnya iaitu Jung Woo. Tetapi Jong Woo pula sedang berusaha untuk memikat Yoon Joo seorang Presiden berkarisma di sebuah muzium milik Dae Han Group. Yoon Joo ni pula boleh tahan tamaknya, suka kepada Jung Woo kerana perhatian yang diberikan dan dia juga suka kepada Hae Young, mungkin kerana harta atau juga pasal dia sangat rapat dengan Hae Young kerana membesar bersama-sama. Bapa Yoon Joo adalah pembantu peribadi kepada Presiden Park Dong Jae iaitu presiden kepad Dae Han Group. Fuh!.. berbelit-belit.. boleh faham ke?

Antara babak yang mencuit hati

Untuk mewujudkan balik institusi raja yang dah lupus, perbelanjaan yang besar diperlukan. Presiden Dae Han Group bersetuju untuk menyerahkan keseluruhan harta benda Dae Han Group kepada badan yang menyelia hal ehwal raja jika institusi itu berjaya diwujudkan semula. Itu juga bermakna cucunya, Hae Young tidak akan mewarisi sebarang harta.

Hae Young berperanan sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mendidik Lee Seol hal ehwal dan personaliti seorang kerabat diraja. Sebenarnya dia telah ditugaskan oleh Presiden Korea agar institusi raja itu gagal. Presiden Korea sebenarnya hanya setuju pada zahirnya sahaja, tetapi sebenarnya dia tidak setuu dengan wujudnya institusi raja. Kira macam gunting dalam lipatan atau api dalam sekamlah ni. Tetapi pada masa yang sama Hae Young telah jatuh hati kepada Lee Seol. Jadi nak menyebelahi siapa?

Kalau dia berjaya menjadikan Lee Seol seorang puteri, bermakna dia akan papa kedana. Tetapi kenapa atau apa motif sebenar Presiden Dae Han Group mahu mewujudkan semula institusi beraja? Yoon Joo yang jeles dengan Lee Seol pula sengaja mewujudkan tekanan kepada Lee Seol agar melupakan hasrat untuk menjadi puteri. Nasib baiklah Lee Seol sentiasa disokong oleh Professor Jung Woo. Tetapi Lee Seol bukannya kuat semangat sangat, macam nak berputus asa aje.

Yoon Joo sentiasa berikan tekanan kepada Lee Seol

Dalam keadaan yang sebegitu, tiba-tiba kakak kepada Lee Seol, Lee Dan mengaku bahawa dialah puteri yang sebenar kerana dia memiliki satu uncang yang menjadi bukti dia keturunan raja terkahir. Lee Dan ni bukanlah kaka betul tetapi kakak angkat Lee Seol, membesar bersama-sama di rumah anak yatim dan kemudian kedua-duanya dipelihara oleh ibu angkat mereka hingga dewasa iaitu, Kim Da Bok. Yang mana satu puteri raja yang sebenarnya?

Lee Dan mengaku dialah puteri yang sebenarnya

Berjayakah Lee Seol jadi puteri raja? Apakah pilihan rakyat Korea? Apakah tindakan Hae Young? Apa motif Dae Han Group? Siapa akan jadi puteri pada akhirnya Lee Dan atau Lee Seol? Bagaimanakah hubungan Lee Seol dan Hae Young?

Lee Dan sentiasa tak puas hati kat Lee Seol

Ulasan:

Aku rasa drama ni adalah sebuah drama yang ditunggu-tunggu oleh peminat kdrama kerana pelakon-pelakon utamanya iaitu Song Seung Hun (East of Eden, Summer Scent, Autumn in My Heart) dan Kim Tae Hee (IRIS, Love Story In Havard, Stairway to Heaven) mempunyai bilangan peminat yang bukan sedikit. Aku tengok drama ni minggu lepas. Drama ni ada 16 episod dalam genre romantik komedi.

Sebenarnya aku kecewa dengan drama ni. Tak seperti yang diharap-harapkan. Komedi boleh tahanlah. Chemistry antara hero dengan heroin sangat kurang. Aku sangka bila hero dan heroin sama cantik dan sama padan, chemistrynya lagi bagus.. ini tidak. Lakonan macam dibuat-buat. Romantisnya tak semula jadi, tak natural gitu. Aku yang tengok ni pun rasa kekok dan janggal aje. Apasal yek? Itu satu hal. satu hal lagi, plot cerita yang simple macam ni sengaja di complicated kan dengan babak-babak yang tak perlu dan membosankan... itu juga buat kisah romantik antara hero dan heroin jadi tenggelam. Lagu-lagu dalam drama ni pun tak berapa nak memberangsangkan sampai aku tak ambil peduli sangat.

Sebenarnya aku rasa macam nak give up ajer tengok drama ni masa di pertengahan cerita. Sekitar episod 10-14 aku rasa nak tukar cerita lain dah. Tapi aku bertahan pasal masih mengharapkan yang best.

Drama ni bagi aku permulaannya dah cukup baik dan sangat menghiburkan. Akhirnya pun ok juga, seronok juga bila tengok jalan cerita pada akhirnya. Tapi part kat tengah-tengah tu... sabo aje lah!


Rating: 3.1 dari 5 batang mancis
Info Penuh KDramaMy Princess
Download KDrama: Megaupload & FileServe (Kena daftar dulu)

*** Mengenai Rating KDrama***
4-5 : best dan kena tengok, kalau tak tengok drama ni memang rugi
3-4 : boleh tahan. Kalau nak tengok, tengok drama yang rate 4-5 dulu. Kalau dah tak ada, bolehlah tengok yang ni.
2-3 : drama ni macam best tapi bosan. Tak tengok rasa macam nak tengok, tapi bosan pulak tu.. gitulah.
1-2 : cerita memang bosan. kalau nak tau rasa bosan tu macam mana.. tengoklah.
0-1 : tak payah tengok! pergi tengok berudu berenang dalam longkang lagi best...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...