Tuesday, 5 April 2011

Boot Failure - Setup Windows dalam Acer Aspire M1641

Ni catatan untuk diri sendiri dan untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapalah yang menghadapi masalah yang sama. Aku cuba nak install Windows 7 dalam Acer Aspire M1641. Model ni memang dah lama, mungkin tahun 2008. Aku memang dah biasa sangat kerja mengsetup Windows ni.. dah selalu sangat, macam dah jadi hobi pulak. Tapi aku tak pernah jumpa masalah macam ni seumur hidup. Belum cukup pengalamanlah ni...



Problem


Dah dua tiga kali aku cuba setup Windows 7 dalam desktop Acer Aspire M1641 ni, mesti fail. Apa yang aku dapat ialah

Boot failure
Press any key to continue...


Boot failure
Press any key to continue...

Masalah lagi jadi pelik, bila aku masukkan setup CD Windows dalam drive, boleh pulak start masuk Windows. Aku check partition, memang dah set active... jadi bukan itu masalahnya.

Dan aku dah juga cuba setup Window XP, masalah tetap sama. Aku cabut itu HDD dan pindah ke komputer lain, OK pulak.. tak da masalah. Jadi ini bukanlah masalah pada setup atau HDD.

Dah macam-macam cara aku cuba semunya fail. Tapi akhirnya..

Penyelesaian

Rupa-rupanya masalah pada untuk detect boot media eg. CD, USB reader. Komputer itu mengganggap CD/USB reader tu sebagai salah satu hard drive (walaupun tiada memori kad dalam tu.) Jadi komputer akan cuba start melalui CD/USB reader. Apabila tiada system dikesan dalam CD/USB reader tu, dia pun cakaplah boot failure.

Tapi selalunya (dalam komputer jenis lain), kalau tak detect system pada satu-satu media tu, dia akan auto cari media yang lain. Tapi tak pulak pada Acer Aspire M1641 ni. Kurang pandailah komputer ni. Ataupun mungkin sistem komputer ni bermasalah???

Jadi aku pun masuk dalam BIOS, tekan F2. (aku masuk dalam bios???)
Dalam BIOS tu aku disable start up from CD, USB, Network. Jadi komputer tak ada pilihan lain untuk boot kecuali melalui HDD sahaja.

Lepas tu masalah pun selesai...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...