Dalam banyak-banyak webmail accounts yang aku pernah guna, aku rasa GMail lah yang paling superb.
Antara sebab aku pilih GMail:
1. Tak banyak iklan
Iklan tak banyak, tak warna warni.. sejuk mata memandang. Dulu ada satu webmail ni, nak selak dari satu mail ke satu mail, siap kena tengok iklan dulu..melampau betul.
2. Web site ringan, laju
Bila dah tak banyak iklan, site dia jadi ringan dan lajulah..
3. Email box yang simple
Simple dan senang difahami dan digunakan. Walaupun simple, tapi semua cukup.
4. Storage besar
Sekarang ni GMail sediakan lebihkurang 7.5GB data storage untuk email. Tak yah dah padam email-email lama. Takkan penuh email box tu..
5. Banyak features tambahan dari Google
Itu antara sebab aku guna GMail. Bila dah buat akaun GMail, banyak dia punya kelebihan tambahan atau produk dari Google yang kita guna. Antaranya:
1. Blogger
Tapak blog percuma ni senang je nak apply bila dah ada GMail. Cuma tinggal create sahaja.
2. Google Docs
Buat dokumen online, lepas tu bukalah dari mana-mana sekalipun. Asalkan ada internet, kita boleh aje buka dokumen tu.
3. Picasa Web
Picasa Web ni lebih kurang macam Flickr, Fotopages etc. Tapi capacity storage dia besar 1GB. Kalau tak cukup boleh tambah, tapi kena chargelah. Tapi tak mahal.
4. Analytics
Google Analytics ni adalah untuk kita buat kaji selidik mengenai laman web atau blog kita. Lebih kurang macam visitor counter, tapi lebih terperinci.
5. Webmaster Tools
Tools tambahan dari Analytics untuk kita optimize laman web atau blog kita.
6. Google Adsense
Untuk buat duit dengan cara letak iklan dari Google di blog atau laman web kita. Tapi kena apply dulu. Tak berapa susah. Cuma perlu laman web/blog guna English (BM tak diterima), lepas tu ada traffic.. lepas tu applylah.
... macam-macam lagilah.
Ok, dah cerita panjang lebar mengenai GMail dan kaitannya dengan produk Google yang lain, ni aku nak tunjukan macam mana nak buat email GMail. Kalau nak lihat cara buat email Yahoo, klik sini.
Cara Buat Akaun Email GMail
1. Buka laman web GMail
Taip gmail.com pada web browser. Nanti dia akan redirect pada Gmail.
2. Klik butang "Create an account"
3. Isi borang
- Isi first name, last name. Isi login name yang dikehendaki, lepas tu tekan check availability. Kalau status login name yang dikehendaki tu available, maknanya ia boleh digunakan. Kalau not available, tukarlah login name yang lain.
- Isi password, sekurang-kurangnya kena ada 8 huruf/nombor. Gabungan huruf dan nombor adalah password yang baik "strong". (Jangan lupa password email!!! login name pun jangan lupa jugak!)
- Pilih satu security question yang anda suka, dan taip jawapan kepada soalan tersebut.
- Recovery email tu, kalau kosongkan pun takpe.
- Location: dah ada default.
- Taip word verification dengan betul. Telek betul-betul ye.
4. Klik "I accept. Create my account"
5. Dah siap.
Dalam Inbox |
Kadang-kadang Google mintak pengesahan identity melalui handphone. Ikut nasiblah. Tapi selalunya tak payahpun. Aku dah selalu create account GMail ni untuk kawan-kawan dan anak bini.. hehee.. cuma sekali jer kena verify melalui telefon.
Senang ajer. Bila kena verify, ada box macam kat bawah ni, pilih negara Malaysia dan taipkan nombor handphone dimulai dengan +60. Contohnya kalau nombor HP anda 0191234567 masukkan dalam tu +60191234567. Lepas tu tekan Send activation code to my mobile phone. Tak sampai seminit nanti Google akan bagi kita SMS mengandungi code.
Log in ke dalam GMail (Kalau dah log out) dan isi kan code verification tersebut. Click verify. Itu saja.
8 comments:
thaz brooo...akhirnyerr masalahku dah selesai nak buat akaunt gmail..masalah aku dye nak verify melalui handphone..tapi dah setel..thanz..
mcm mne law gmail for mobile....nk cri paswood law lpe
gmail mobile sama jer.
oo.thanks bro...
selamat ke kalau bg num phone?
tp nak pos komen ni haaa.. kadang2 ok kadang x
Tu kalo kt konputer..tp sy pye ni da ad gmail kt hp tp akaun org lain pye mcm mna yer nk buang dan buat akaun baru tok sy sndr..plzzz buntu da nii..direct jgk ke kne pi kt browes ikt lgkh awk bg tu..or direct pi kt app gmail yg tersedia ad kt hp ni..
kalau storage email kita dah penuh macamna nak beli additional storage
Post a Comment