KUALA LUMPUR, 7 Jun -- Lebuh Raya Senai Desaru (SDE) pakej tiga iaitu dari Persimpangan Cahaya Baru (Pasir Gudang) sehingga ke Persimpangan Penawar (Desaru) akan dibuka kepada pengguna bermula Jumaat ini.
Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ismail Md Salleh berkata sempena pembukaan seksyen terakhir lebuh raya itu pengguna tidak akan dikenakan bayaran tol selama sebulan.
"Kutipan tol itu akan berkuatkuasa pada 10 Julai ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ismail berkata lebuh raya sepanjang 27 kilometer itu akan menjimatkan masa perjalanan dengan hanya mengambil masa 45 minit sahaja berbanding laluan sedia ada.
"Laluan sedia ada yang menggunakan Jalan Persekutuan 3 dan J92, mengambil masa hampir dua jam," katanya. - Bernama
Akhirnya buka juga Highway Desaru Tiram ni. Aku ada lalu dekat-dekat situ hari Jumaat lepas, aku nampak dari jauh lampu kat tol tu menyala, tengah test agaknya.
Baguslah kalau dah nak bukak. Harap kali ni berita ni betul-betul bukan cubaaannn...
Klik sini untuk baca pendapat aku tentang highway desaru-cahaya baru
No comments:
Post a Comment