Sunday, 27 February 2011

Kisah Tunaikan Western Union dari Google Adsense di Bank-bank Berlainan

Kat sini aku nak kongsi sikit pasal pengalaman aku 'cash'kan Western Union di bank-bank yang berlainan. Western Union adalah cara paling pantas Google Adsense boleh kirim duit kepada 'pekerja-pekerjanya' yang berada di Malaysia. Kalau dulu, masa belum guna Western Union, Google hantar cek guna mail biasa. Lambat tuuu... Bila dia update status payment issued kat akaun Adsense, kena tunggu sebulan barulah cek sampai. Lepas tu kena tunggu lagi dua minggu untuk cashkan cek tu selepas masukkan dalam bank. Ada lagi! Kena charge dari bank lagi pasal cashkan cek oversea. Kalau tak silap aku kalau cash ikut Maybank kena charge RM80! Dululah sekitar tahun 2006-2007.. sekarang dah lama tak guna cek, tak tahulah sama ke tak.



Sekarang dah guna Western Union, senanglah. Cepat pun ye. Tapi macam-macam bank, lain-lain dia punya borang. Tapi tak adalah susah isi borang, cuma tak samalah.

Aku paling biasa cash kan Western Union ni, guna CIMB. Kenapa ye? Pasal aku rasa bank nilah yang paling senang. Masuk bank, mintak borang terima duit western union, isi, mintak nombor, tunggu. Dah siap. Tapi kat CIMB ni yang paling bengang sekali ialah masa menunggu. CIMB kan ramai orang. Kadang-kadang tu sampai 45 minit tak settle lagi!

Pernah aku try cash kan Western Union kat Bank Rakyat. Aku tak salahkan staff tu lah. Masa tu Bank Rakyat baru jer bukak kaunter Western Union. Mungkin dia tak biasa. Masa aku mintak borang untuk terima duit, gelabah dia cari borang. Borang hantar duit adala. Lepas tu proses itu ambil masa lama pulak. Siap minta tolong dari senior dia lagi. Senior dia pun nampak macam blur jer. Tak tahulah service diorang sekarang macam mana. Lepas tu aku macam malas nak nak ke situ walaupun tak berapa ramai orang.

Aku ada juga singgah kat Agro Bank pasal ada signboard Western Union kat situ. Tapi hampeh. Untuk kirim wang SAHAJA. Nak terima, Agro Bank tak buat lagi. Customer service dia pun macam blur jer bila aku tanya pasal Western Union. Apala, kalau tak boleh terima duit, tulislah besar-besar sikit kat Signboard Western Union tu.. tak pasal-pasal rabak pulak muka aku di situ.


Pernah juga aku buat kat Pejabat Pos. Aku pergi Pejabat Pos Besar JB, kebetulan ada urusan kat area tu. Tak berapa susah. Kerani tu siap photostatkan aku punya mykad, pasal aku terlupa nak fotostat. Tapi kerani tu cakap kat Pejabat Pos ni dia punya rate rendah. Aku pun tak berapa pasti. Pasal masa tu, rate memang dah start turun dari 3.8.. dulu punya cerita. Tapi biasalah pejabat pos kan ramai orang, lepas tu suasana dia agak hiruk pikuk sikit. Tak macam dalam bank.

Baru-baru ni aku try pergi ke Public Bank. Public Bank ni memang agak asing bagi aku. Cawangan Kota Tinggi ni tak pernah aku jejak lagi. Tapi hari tu aku macam rajin jer nak cuba. Urusan dia memang yang paling cepat antara bank-bank lain. Kejap jer aku dah dapat duit. Tapi borang dia, macam-macam tempat kosong. Sampai tarikh lahir, pekerjaan, nama majikan, jenis perniagaan semua mintak. Aiseyy.

Lagi satu first impression aku terhadap bank ni, macam sombong jer staff dia.. tak semualah, yang settlekan aku punya Western Union ni ok.. senyum ajer. Yang aku cakap sombong tu dia punya customer service officer dia. Aku tanya dia baik-baik mana nak ambil borang Western Union, dia main tunjuk pakai jari jer. Muka pun masam. Memang berlagaklah. Apa dia ingat aku sajer jer nak tanya dia kalau aku tahu? Macam manalah customer service boleh berlagak macam tu? Buat malu Public Bank jer. Aku pun blur, dia main tunjuk pakai tangan jer. Aku pergi arah situ, lepas tu tanya kat kerani kat kaunter tu. Nasib baiklah kerani tu ok.

Itulah kisah aku terima duit Western Union di bank-bank berlainan. Pendapat aku, cara Western Union ni macam dah outdated. Sepatutnya dah boleh guna online 100 %. Klik sana klik klik klik! dah terima duit. Sepatutnyalah! Lagi satu, bilalah Google Adsense ni nak guna Paypal... lagi senang! Boleh pindah sendiri ajer kalau payment issued.

Oh ya.. mesti ada yang tertanya-tanya apasal cerita pasal Google Adsense tapi tak ada iklan Adsense pun dalam blog aku ni, ye tak? Aku ada Adsense kat website yang lain, bukan blog. Dulu aku ada letak kat sini, tapi dia punya CPC (cost per click) jadi rendah pulak. Dah tu, banyak iklan free layanan masyarakat pulak. Mungkin pasal blog ni guna Bahasa Melayu dan masih baru kot. Sudahnya aku buang jer dari dalam blog ni.

23 comments:

kelkid said...

CIMB aku rasa ok gak bro.. Pos Malaysia pengalaman aku memang sedih la..dia suruh aku cari kedai fotostat sendiri

mancisdahbasah said...

CIMB memang ok.. cuma ramai orang.. tu yang jenuh menunggu.

reezluv said...

yup.memang ramai orang..aku pegi cash out masa tu waktu lunch..pukul 1 aku masuk..pukul 2 no aku tak bergerak langsung..

sebelah tu ada RHB Bank..erm..sama gak..last2 aku bawak borang CIMB bank punya tu esoknya ke CIMB lain..yang bestnya..baru je amek nombor, terus je die panggil ke kaunter..haha..nanti aku nak gi situ lagi..sebab memang takde orang sangat pun berurusan kat kaunter..best2

Nizam said...

bro nk tanya ko, mcm mana charge bank2 tu? mana paling tinggi n ada tk yg free...?

mancisdahbasah said...

KNB,
charge bank utk apa plak? Kalau ambil duit western union tak ada charge.
kalau cashkan cek adsense setahu aku (dah lama aku tak buat), maybank paling tinggi RM40-70 rasanya. CIMB paling murah, RM10 jer kot.. kalau tak silaplah...

Unknown said...

aku baru terima cek adsense kali pertama, lepas ni nak tukar ke western union pula, bro kata cepat, tiada cas ke western union ni

mancisdahbasah said...

western union mmg tak ada cas apa2. apa yg tertulis itulah yg kita dapek.

Anonymous said...

maybank ada western union tak?

Anonymous said...

masa kita signup google adsense, nama kita kena same ke? dgn bank kita yang hendak kita pergi untuk ambil duit western union. contoh agrobank, dlm nama buku ada tulis nama bin tapi signup dkt google adsense x ada bin. akan jadi masalah ke bile hendak pergi ambil duit western union yang google hantar nanti x de nama bin?

mancisdahbasah said...

aku tak pasti pulak samada bin tu akan mendatangkan masalah. dulu masa aku register adsense pun tak letak bin. lepas tu aku edit jer payee name. tapi itu dulu, sekarang tak boleh. cuba rujuk sini http://support.google.com/adsense/bin/answer.py?hl=en&ctx=widg&answer=160202

mancisdahbasah said...

maybank tak der western union.
setakat yg aku tahu, yang ada western union ni:
pejabat pos
cimb
bank rakyat
public bank
aggro bank
ambank

Unknown said...

macam mana nak tuntun cek Western union tu.. apakah langkah pertama yg perlu di sedia kan utk menuntut bayaraan dri bank.

Anonymous said...

ada orang dari luar negara nak beli LR sy..tp saya cancel kn sebab tak reti guna western union ni...huhu

Budok Kapong said...

bahan di perlukan apa bro?? p'tama kali nak ambil ni hehehe...

mancisdahbasah said...

Sunday Smile, adib_zz dan Nelayan:
sila rujuk sini : http://mancisdahbasah.blogspot.com/2012/03/western-union-cara-ambilterima-duit.html

Juan said...

salam bro nak tanya, payee name nama aku aku letak nama jer xder ber binkan bapa aku, so nanti boleh ker nak cash out guna western union, ker aku kena ubah nama payee name jadi full name?

Lagubestbest said...

@ Nelayan, bahan2 yang diperlukan adalah

1) Borang Kuning Terima Wang Western Union
2) MyKad
3) Ibu Jari (nanti nak scan cap jari :P)

Dalam borang tu isi
1) Nama Pertama eg: Ali Ahmad
2) Nama Akhir eg: Bin Abu
3) Alamat
4) No telefon
----------------------
5) Nama penerima eg: Google Inc.
6) Alamat Penerima eg: 1600 Amphith..
----------------------
7) No. MTCN
8) T/Tangan

PS: Western Union tak jalan hari Ahad so bagi yang Kelate, Ganung, Aloq Staq cashout hanya Isnin-Khamis.

mancisdahbasah said...

Juan:
Menurut Google, kalau nak ubah nama payee, kena apply semula.
Kalau tak guna nama penuh, aku pun tak pasti boleh cash out ke tak... macam tak boleh jer..

Unknown said...

as salam, sye nk tnye sye bru 16 thun dan nk kirim duit ke indon gne WU ni.. tpi x reti nk buat cmne dn ape yge brang2 yg nk kne bwe utk buat WU ni?? parents sye always busy so sye decided nk buat sendiri bley ke cmtu?? dan stu lgi sye ni bwah umur so bleh ke buatl seorang diri yea.. tq. .. hope blas..

Unknown said...

kalu budak 16 thun nk buat WU ni ke indon sorang diri kat bank bley ke?? sebab parents always busy.. n ape bnde2 yg nk kne bwak yea utk kirim duit ke indon gne WU NI?? tq

Unknown said...

as salam, sye nk tnye sye bru 16 thun dan nk kirim duit ke indon gne WU ni.. tpi x reti nk buat cmne dn ape yge brang2 yg nk kne bwe utk buat WU ni?? parents sye always busy so sye decided nk buat sendiri bley ke cmtu?? dan stu lgi sye ni bwah umur so bleh ke buatl seorang diri yea.. tq. .. hope blas..

IPTV PERCUMA said...

Terimakasih banyak bro..dah beberapa kali saya dah terima cek dan memang lambat pun untuk cash in dan caj bank kat public rm25....kali ni nak try pulak western union...info bro ni dapat membantu ramai member yang baru dengan adsence....terimakasih.

Anonymous said...

kalau nak kirim duit ke western union mestilah berusia 18 keatas,,dokumen yang diperlukan cuma ic/passport pengirim & nama penuh penerima..lagi mudah..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...