Sunday 24 July 2011

Tengok Wayang 3D


Aku rasa aku ni macam dah ketinggalan zaman jer. Dah bertahun wayang 3D ni, tapi baru minggu lepas aku berjaya tengok... hehehehe. Aku tengok cerita Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2. Aiseyy... Harry Potter ni bukan taste akulah....

Mulanya macam ni. Dua minggu sebelum tu aku tengok Transformers 3 Dark of The moon kat TGV Tebrau City dengan bini dan anak-anak. Dah memang wajib tengok wayang kalau cerita Transformers, dari dulu. Masa Transformers 1 2007, tengok berdua dengan anak aku yang sulung, masa tu umur dia 6 tahun, bini aku dalam hari. Transformers Revenge of The Fallen 2009, tengok bertiga. Kali ni 2011 tengok berempat pulak...

Monday 11 July 2011

Selamat Hari Jadi Tun Dr. Mahathir


Selamat hari jadi kepada Tun Dr. Mahathir yang ke 86 tahun. Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa.

Tun M di lahirkan pada 10 Julai 1925, Tun Siti Hasmah pula pada 12 Julai 1926. Tun M menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun iaitu dari 1981 hingga 2003. Banyak sungguh jasa beliau kepada kita.

Terima kasih Tun!

Aku memang rajin baca blog beliau di sini : http://chedet.cc/blog/
Untuk info lebih detail mengenai Tun M sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir

Monday 4 July 2011

Jauhi Perhimpunan Haram Bersih 2.0

Titah khas Yang di-Pertuan Agong

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...