Tuesday 29 May 2012

Iklan SMS Tipu Dan Mengelirukan


Aku yakinlah semua orang yang ada handphone pernah dapat iklan sms yang entahapahapa. Kadang-kadang tu tengah-tengah malam, handphone bunyi ada sms. Kita ingat ada hal emergency ker apa. Sekali tengok iklan. Bukan sekali dua, malah selalu. Memang sakit hati. Lagi-lagi iklan yang separa lucah.. mari tengok video sayalah.. jom lihat video tersembunyilah.. video panas akan di delete, sila download sekarang... dapatkan video terkini yang baru dirakam semalam...entahapahapa.


Monday 28 May 2012

Pendaftaran Perniagaan RM50 untuk 5 tahun

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan berita gembira kepada golongan peniaga dan penjaja kecil apabila menetapkan yuran pendaftaran kali pertama serta pembaharuan lesen cuma RM50 bagi tempoh lima tahun. 
Mengakui golongan itu memainkan peranan besar dalam ekonomi negara, Perdana Menteri berkata, kadar tersebut adalah istimewa berbanding bayaran sedia ada antara RM150 hingga RM300.
Jelasnya, bayaran kompaun bagi kelewatan pendaftaran dan pembaharuan lesen juga dikurangkan kepada 50 peratus dan ia akan dilaksanakan untuk tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga akhir tahun ini. [Sumber]

Sunday 13 May 2012

Pilihanraya 12 Haribulan Depan

Sekarang ni demam pilihanraya dah semakin menjadi-jadi. Penyokong-penyokong parti pemerintah dengan parti pembangkang, dua-dua pihak yang taksub dah macam nak gaduh jer kalau jumpa.. hahaha. Masing-masing pandai buat isu; isu terkini dan terhangat... untuk menarik dan menolak undi. Masing-masing dah makin sensitif. Pantang kena cuit sikit, terus nak melenting.

Sebenarnya, aku lebih suka untuk mengundi pihak yang boleh membuktikan pihak dia lebih baik dari pihak satu lagi, daripada pihak yang membuktikan pihak lain lebih buruk dari dia.

Walau bagaimanapun bukan senang nak tentukan tarikh pilihan raya. Tapi pilihan raya umum yang ke-13 mesti di adakan sebelum May 2013. Dari klip video ni aku dapat tahu PRU-13 akan diadakan pada 12 haribulan depan.


Thursday 10 May 2012

Hard Disk Free Di Google Drive



Hari ni round-round internet baru dapat info yang Google baru jer memperkenalkan aplikasi onlinenya yang terbaru iaitu Google Drive pada 25 April 2012 yang lepas.

Friday 4 May 2012

Cara Trade In Kereta Yang Belum Habis Bayar

Sebenarnya tajuk yang lebih sesuai dengan posting kali ini ialah bagaimana nak beli kereta dengan cara trade in kereta yang masih ada hutang dengan bank.. erk.. panjang pulak tajuknya..hehe

Aku tengok kat status pelawat blog ni ramai yang sesat sini untuk cari panduan untuk trade in kereta. Jadi kali ni aku merajinkan diri untuk menjelaskan cara-cara jual beli tersebut. Ini adalah berdasarkan pengalaman aku yang mungkin dah lima enam kali juga menjalankan aktiviti menambah hutang ni.

Dalam kes ini, kereta yang aku nak jadikan sebagai contoh ialah sebuah Perodua Myvi 1.3 manual buatan tahun 2005. (Ini sebagai contoh ajer... tak der kena mengena samada yang telah hidup atau yang masih mati)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...