Setup atau install Microsoft Windows 7 dalam komputer adalah sangat mudah berbanding setup atau install Windows versi-versi lama seperti Windows XP, Windows Me, 98 atau 95. Masa yang ambil untuk siap proses installation pun tak lama, lebih kurang 30 minit. Kalau nak dibandingkan dengan setup Windows XP yang mengambil masa lebih kurang satu jam. Itu pun kalau komputer tu specs dia bagus.
Kat sini aku nak berkongsi mengenai cara-cara setup Windows 7. Kali ni aku nak tunjuk macam mana setup Windows 7 menggunakan CD-ROM. Lain kali aku tunjuk pulak macam mana kalau nak setup masuk dalam netbook yang tak ada CD-ROM drive, iaitu dengan menggunakan pen drive.
Langkah 1: Persediaan
Kena buat persediaan sebelum mulakan kerja-kerja install Windows 7.
Perkakas/benda yang diperlukan:
1. CD-ROM Windows 7
2. Driver-driver hardware komputer seperti display driver, sound driver, network driver etc.
Langkah 2: Boot melalui CD-ROM Windows 7
Switch on komputer dan masukkan CD Windows 7 dalam disc drive. Bila dah tutup cd drive tu, switch-off komputer semula. Lepas tu, switch-on komputer. (proses ini untuk memastikan komputer tu dapat detect cd-rom dalam drive semasa boot.)
Komputer-komputer sekarang ni kebiasaannya memang dah di set di dalam BIOS untuk enable boot melalui CD drive. Jadi semasa start komputer tu, bila ada instruction macam ni kat screen: press any key to boot from CD/DVD... cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.
Note: Cara lain untuk boot melalui CD
Ada sebahagian jenis komputer memerlukan kita tekan key F12 atau F10 atau F9 untuk kita pilih untuk boot melalui media apa. Biasanya info untuk tekan key apa, ada di paparkan beberapa saat semasa komputer mula di hidupkan. Kalau pada komputer netbook HP 1Malaysia, kita kena tekan F9 untuk pilih media lain contohnya USB pen drive.
Lepas tu komputer akan boot melalui cd-rom Windows setup tersebut.
Langkah 3: Setup Windows 7
Sebaik sahaja berjaya boot melalui CD-ROM, kira dah senang. Cuma perlu ikut arahan pada screen.
Default setting dah macam ni, tekan sahaj butang Next |
Tekan butang Install now untuk memulakan install Windows |
Tunggu beberapa saat. |
Pilih Architecture |
Setuju dengan lesen, dan tekan Next |
Pilih Custom (advanced) |
Pilih kat hard disk mana kita nak install Windows 7 |
Kalau nak ubah apa-apa pada hard disk, tekan button Drive options. Kalau tak nak ubah, boleh tekan Next terus. |
Dalam Drive options(advanced) |
Windows 7 sedang diinstall |
Isilah nama ikut MyKad *hehehe... lepas tu tekan Next |
taip password. Ni optional. Kalau tak nak password, terus sahaja tekan button Next. (Aku malas nak letak password) |
Isi product key ('kalau ada') dan tekan Next. Kalau guna pirate, takyahlah activate dulu. |
Aku selalu pilih yang tengah-tengah. |
Betulkan time zone. |
Pilihan ni kalau komputer anda sedang connected pada network. Kalau tak nak fikir banyak, pilih sahaja Public Network. (Benda ni boleh juga diubah kemudian) |
Selepas windows retart sekali, dia pun finalizing. |
Okay, dah siap pun Windows 7 yang fresh baru dan suci murni. |
Langkah 4: Install device driver
Buka device manager, dan cek device mana yang tak ada driver. Gunakan cd-cd atau driver yang kita dapat masa kita beli hardware atau laptop untuk install driver-driver tersebut.
Untuk buka Device Manager, pergi kat Start Menu > Computer dan klik kanan mouse > klik Properties |
Lepas tu klik pada Device Manager |
Inilah device manager |
Kesimpulan
Install Windows 7 ni adalah satu kerja yang amat mudah. Boleh buat sendiri kat rumah tanpa patut ada rasa was-was dan dapat juga save RM. Kalau pergi ke kedai dah tentu kena charga RM30-50. Charge tu bukanlah pasal kerja susah tapi pasal ilmu, keyakinan dan kerajinan.
76 comments:
good info... nie pakai ori ke pirate??? hehehehe
windows 7 mmg best sgt kalu dibandingkan nga vista...
mestilah ori..
aku tak pernah guna vista... dari windows xp skip terus ke windows 7.. hehehe
tumpang tanya...camna nk tukar nama yg dah diisi tu? org yg install tu letak nama penuh lak... so bila wat cmd, kuar full name...huhu
kalau setakat nak ubah login username, buka control panel > user accounts > change your account name.
tapi kalau nak ubah username utk semua (termasuk cmd, folder etc), agak payah nak terangkan kat sini. Tapi langkah termudah ialah create username baru:
1. login username lama
2. create account baru (administrator type)
3. log off
4. login username baru
5. delete account username yg tak dikehendaki
bro.. klau pkai cd pirate bole ke? mcm mane nk crack/generate ek? kdg product key x sah..
nak tanya....
kalau nak install win 7 pirate dr 32 ke 64 macam mane??? ade min requirement x untuk 64 bit? kalau nak format lak camner??
massa:
sama jer cara nak install win 7 32 atau 64 bit. Cara format pun sama.
Mcm ni lah... kalau RAM ada kurang 3 GB, install sahaja 32, tapi kalau RAM ada 4GB atau lebih, install 64bit.
bro,aku keje kdai komputer .aku amik upah install win 7 saje dah RM150 . HAHAHA . .Kayo pokcik .
haha.. rezeki ko tu..
tapi kalau aku, aku cas murah2 ajer..
giler mahal cas.. kaki pau pow ker pe bro.. x bek buat mcmtu.. ilmu kan utk dikongsi.. x gitu bro mancisdahbasah
salam kunjungan...terima kasih atas tutorial ni, baru tahu mcm mana nak format window 7... terima kasih!!
nak tnye sikit.... dulu aku pakai win 7Starter.. pastu kene serang virus.... aku rase trojan... terus firewall aku off ,, x leh on langsung. aku nk try mcam cara tapi x jadii.. aku terus instal win 7 U, aky tengok kat locak C .. aku Windows.Old... Window.old ni besar 23 GB,
Soalan..: Patut ke aku disk Cleaner window old ne..?
aper kesan kalo aku delete?
Minta tolong.. aku baru berjinak dengn PC ...
windows.old tu selamat utk di delete, tak ada apa2 kesan.. kesannya cuma dpt free space lebih besar... hehehe.
tapi kalau ada file penting masa sebelum upgrade ke w7u, trylah cari kat dalam tu dulu sebelum delete
more info: http://windows.microsoft.com/en-US/windows7/Where-are-my-files-and-folders-after-upgrading-from-Windows-XP-or-Windows-Vista
salam....tq tuk tunjuk ajar.....tapi aku ader sebuah netbook.....step aku sampai makan kuaci jer....lpas tu dier restart masuk ke step awal....camner tu?
nak tanye sikit ni, masa nk install windows 7 ultimate dkat netbook, saya format smua partition.
pastu xboleh install, saya cube buat sklai lagi, tengok2 smua partition xde....
tmpat partition tu, tngok xde partition...
camne ni admin, bleh tolong x..?
help me, pliss
epy:
oohh.. itu mungkin maknanya kuaci tu ada problem.. eh.. laptop tu ada problem.. samada RAM yang problem atau kadang2 hard disk yg problem.. biasanya RAM. cuba try tukar dengan RAM lain.
Anon:
Ada nampak "Disk 0 unallocated space" tak? Kalau tak ada, try masuk BIOS dulu lepas tu gunakan default setting. Lepas tu cuba try balik.
Ape nk buat ble i masokkn cd n ikut step yg u tunju tp dkuar pae pon
Anonymous:
Kat step mana tu?
Kalau masa mula2 start tu, kena pastikan komputer tu boot ikut cd. (tapi kadang2 ada juga komputer yg bermasalah tak boleh boot ikut cd. kadang2 juga cd tu yg bermasalah. memang banyaklah kekadang dia..)
aku format komputer amek rm20 je siap sekali software bg antivirus,IDM byk lg la sume yg premium x guna crack pun,x de la sampai RM150
lau dah berjaye frmat,tp graphic prblem lak pe cite tu?dlu bleh je men GTA bagai.pas frmat je dah x bleh.nak tgok movie pun bkak wndow kecik je baru laju dia grak.
p/s:lau rajin,sile reply kat email sy boleh?hehehe
(minami_kay@yahoo.com)
nak tanya...naper lepas installed windows 7 (pirate)kat bhg WINDOWS ACTIVATION dia kuar mcm ni "3 days until automatic activation. Activate Windows now". Macamana nak buat yer?
Pasal graphic problem tu, rasanya mungkin driver graphic tak install lagi. cuba cek kat device manager.
Windows Activation tu nak suruh ko beli yg ori..hehehe
salam mancis, nak tnya sikit. aku nak format laptop tp loading utk format lama sangat. biasa average time utk format siap brape lama ek? lepas klik 'install now', tunggu 'startup is starting' tu lama sgt. tq.
kalau xde cd mcm ner? ada x cara lain?
norliza: mesti kena ada cd. kalau tak der cd nak ambik file installation dari mana?
bro nk tanye skit..aq pkai windows 7 ultimate...tapi aq nk install windows xp...boleh ker??
hahaha.jual beli bisnes nampak.so kalau ko org nak microsoft windows xp.vista,7 or window 8.saya boleh burn untuk ko org dgn percuma.tanpa bayaran.asal ko org ada cd,dvd or pendrive kosong.siap ajar ko org buat boot untuk laptop ko org.aku kja sarvis komputer ni dah dekat 11 thun dah.msk bln 5 ni.genap 11 thun aku kja.kalau nak.plz call or add my link fb jabbawakaz@yahoo.com.my 0198477500.
nak tanya sikit.. saya ada blog, tapi baru2 ni anak roll mouse, bila bukak blog, paparannya jadi sekecik-keciknya tulisan.. nak bacapun x boleh.. cm ner nak betulkan semula paparan blog kpd saiz normal?... tq
admin..nk minta bantuan...smua step da folow cuma butang new x bole tekan utk buat partition baru..tlg ye
kalau dah ada w7, boleh jer nak masukkan winxp sekali.. jadikan dual boot... maknanya boleh pilih nak guna w7 atau winxp masa boot tu.
azimaziq: mungkin belum klik pada gambar hard disk tu kot. lepas klik baru boleh pilih nak buat new partition...
nak betulkan paparan browser pada asal tekan ctrl+0. (key ctrl dengan key 0 serentak)
macam mane nak install windows 7 64-bit dari komputer windows 7 32-bit ,
kena fresh install, iaitu kena format hard disk dulu..
sama jer caranya... kat langkah 3 kat atas tu, masa pilih achitecture..pilihlah x64
nak tanya klu dah tekan install tu kan... next2 dia kuar benda ni lak " no device drivers were found.make sure that the instalation media contains the correct driver".. pe yang masalah kat ctu ek...
salam bro nak tanya..kalo format nie...ada harddisk yg c sahaja akn di format atau yg D pun akn automatik terformat jugak?pasal aku nak safe backup file dlm harddisk d(parition).....saya budak baru nok blajar...mintak tolong ajar.thanks.ikanbudu@ymail.com
arrrr:
aku tak pernah jumpa dgn masalah mcm tu. Tapi dari pembacaan dari internet, masalah tu adalah disebabkan oleh problem installer (DVD atau USB). Cuba guna installer lain..
Anonymous:
masa pilih nak install windows, pastikan select partition C, jadi dia akan format C ajer. Kalau tak pilih mana2 partition, dia akan format seluruh hard disk.
salam bro....
macam mane cara nak backup partition C guna partition D...
mohon tunjuk ajar.
kalau nak backup seluruh partition, recommend guna norton ghost. boleh guna partition D atau USB atau mana2.
kalau nak backup file sahaja, guna windows backup pun ok. lihat sini http://mancisdahbasah.blogspot.com/2011/04/windows-7-system-image-backup.html di step ke-2, create backup dan pilih drive D.
bro nk tanye sikit,mcm mana kite nk loading auto mase starting windows,kene tekan f1 br bleh mask windows,mintok,sy budak br nk blajar..tq
loading auto masa starting windows? aku tak faham soalanlah..
mungkinkah arahan F1 utk guna default setup? Kalau mcm tu, maknanya bateri BIOS dah lemah.. kena tukar bateri tu. murah jer bateri tu tak sampai rm15.
kalo pkai yg x ori pe effect dy?
kalau pandai.. tak der effect
kalau tak.. tak boleh update
kalau dapat update pun nanti keluar pesanan khidmat masyarakat dari microsoft suruh beli yg ori..
helo bro lighter,mcm saya download installer window 7.?
Macam mane nk format hard disk tanpa guna CD ? nk guna pendrive je boleh ? macam mana cara dia ?? pastue kena install windows blek ea ? nk guna pendrive jgk mcmana ?
bro. kenapa masa nak pilih partition untuk format die tak bagi pon drive options? saya nak delete suma partition and create new.
Salam bro win 8 dah nak kuar dah. so tolong kaji sket keberkesanan dan kepoweran os baru tu. lagi satu ko kalau tak wat lawak tak sah kan..sampai nak terkencing aku bace blog ko ni...papehl pon terbaeekk bro..tq.
cd yang kau beli harga berapa/nama cd bagi tau
tolong ajar macam mane nak format 32bit patu tukar ke 64bit
hai mancisdahbasah,ni ha saya ada masalah dengan laptop saya ni... Acer (TravelMate 290) Windows XP, Sya cuba instal AntiVirus Avira n lpas Scan sya cuba restat laptop sya tu, bila log on ia akan log off semula n log on lg n ia trus begitu..
so sya da cuba nak format tp taptop tu tk mau baca USb saya, sedangkan USB (PDrivers)klu cucuk d laptoplain boleh baca.. ADA CARA PENYELASAIAN KAH TU laptop yang tk boleh masuk windows n tk nk baca PDrive sya tu?
saya ade install window 7 nie..tp lps install time restart de 2 window..cmne nak buang 1 window nie..
mcm mna nk format local c sahaja, local d x nk kacau untuk windows 7
salam bro, aku dah try install windows 7, just sampai step "setup is starting" saja, agak lama aku tunggu tp masih lagi running step ni saja, so apa sebab mcm tu? plezz bro tunjuk ajar
Windows Vista lg bgus dr windows 7, sbb vista xprlu click mna2 tmpat yg nk d guna, sbb ia dh trpapar d luar. xmcm windows7, mlukis pn agak susa?.:D
semoga bermanfaat
kalau xde cd rom win 7 cne??
Salam..nak tanya..napa pc sya tak dpt nak format.nak kata masalah cd xjuga..sy da try cd 2 kat pc lain.ok jee, off on terus boleh runing format. pc sy yg bermasalah..?
halp me......huk3
Salam bro....
Macam mana nak register windows 7 original selepas dah format? Saya try guna product key kat label bawah laptop tapi terus detect not genuine..
Terima kasih..
salam tumpang tanya mcm mne nak repair conection network coz slpas install xda conection sedang kan Pc sambg trus ke serve intent mitak bantuan
Salam sy nk tye .. Ble on je laptop sy ok kuar pic acerr lps tu dye jd blck screen je xmasuk window npe wk? Acer aspire 5570..
Salam nak tanya ,macam saya dapat netbook hp satu malaysia...di situ tak disediakan apa-apa pun cd baik cd window atau pun cd driver ,jadi macammana saya nak install driver sedangkan saya tak tahu driver mana yang sesuai dengan netbook saya.....harap dapat bantu saya
wancastello:
lihat pada stiker di bawah netbook tu, ada tulis HPMini 110 atau apa-apa lah. Kalau tak ada tulis macam tu, masuk dlm BIOS, lihat siri netbook dlm tu.
lepas tu download driver dari web manufacture dia..contohnya netbook HP dari website HP.
Mancisdahbasah..sy da boleh format..dan install window 7 ultimate..notebook BenQ 1Malaysia..cuma network driver sy xdpt install..bleh tnjuk step by step x cara nak instal network driver..wireless xleh nk gne..urgent
rasanya kena try cari network driver yang lain... trial and error
Boleh bg tak link utk donload installer windows7?
salam norfatihah..
tak ada link nak bagi
cara partisi drive tanpa mengformat drive D gimana caranya?
www.karsamudika.com
boleh bantu saya untuk format netbook saya ? bagaimana hendak mengisi semula perisian microsoft excel dan microsoft word ? harap dapat membantu saya dengan segera . terima kasih .
ak tanya...naper lepas installed windows 7 (pirate)kat bhg WINDOWS ACTIVATION dia kuar mcm ni "3 days until automatic activation. Activate Windows now". Macamana nak buat yer?
January 28, 2012 8:42 pm
nak tolong jawab admin boleh? ehehex ko boleh pergi ke www.windows loader. download,MASUKKAN DALAM PENDRIVE and copy paste masuk dalam windows not guneine tu. then run WINDOWS LOADER 2... insyallah akan hilang WINDOWS NOT GUNUINE TU.
kalau smpai kat bhgian nak pilih hard disk mna nk install wndows tu x kuar apa2 mcm mana? kosong je tak der snarai sbarang hard disk
bro nk tanye la kn sye pkai notebook acer . x de cd rom . jdi sye nk format pkai boot pendrive bleh x ade effect x .
saya kurang faham la dengan CD-ROM tu .. boleh bantu ka ?
Salam Boleh bagi link windows 7 ultimate tak ?
Salam bos laptop kawan tersangkut prepraing automatic system macam mana nak buat ea
sape ada iso win 10,
salam admin lau nak format notebook mcm mana yer? sbb xde cd-rom. blh bg penerangan x?
Post a Comment