Aku rasa aku ni macam dah ketinggalan zaman jer. Dah bertahun wayang 3D ni, tapi baru minggu lepas aku berjaya tengok... hehehehe. Aku tengok cerita Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2. Aiseyy... Harry Potter ni bukan taste akulah....
Mulanya macam ni. Dua minggu sebelum tu aku tengok Transformers 3 Dark of The moon kat TGV Tebrau City dengan bini dan anak-anak. Dah memang wajib tengok wayang kalau cerita Transformers, dari dulu. Masa Transformers 1 2007, tengok berdua dengan anak aku yang sulung, masa tu umur dia 6 tahun, bini aku dalam hari. Transformers Revenge of The Fallen 2009, tengok bertiga. Kali ni 2011 tengok berempat pulak...
Aku ingat nak tengok Transformers 3D tapi kat Tebrau City ni tak ada 3D rupanya. Baru ku tahu. Tengok yang biasanya ajerlah.. rasa terkilan gak. Tiket mahal gak.. Dewasa RM14, kanak-kanak RM11. Pop corn tak dapat beli pasal orang punyalah ramai beratur.
Puas hati tengok Transformer 3 ni. Tapi pada aku, Transformers 1 dan 2 lebih best lagi. Yg ke 3 ni robot-robotnya kurang aksi dan kurang 'bertukar'.
Oleh sebab memang niat aku pada awalnya nak tengok wayang 3D, minggu lepas aku buat plan utk tengok lagi Transformer 3. Tapi kali ni aku tengok kat Today's Mall Tiram. Kat sini baru ada 3D. Kat JB tak ada, kat Tiram juga yang ada.
Dah plan baik-baik nak tengok Transformers, tetiba aku baca kat internet Harry Potter dapat ranking baik punya. So aku pun tukar fikiran. Baik aku tengok Harry Potter. Lagipun Transformer dah tengok hari tu.
Hari tu aku berdua dgn bini aku pun pergi ke SuperstarCinema Today's Mall. Selama hari ni memang tak pernah jejak kaki kat Today's Mall ni. Beli tiket Harry Potter 3D pukul 11 pagi punya. RM18 x 2 = RM36. Campur package pop corn RM15.
Tengok wayang pagi-pagi ni memang best. Aku memang dah agak orang tak ramai, parking pun senang. Tapi yang paling best satu panggung tu cuma aku berdua jer dgn bini aku... HAHAHAHA. Macam exclusive gitu. Aku cakap kat bini aku, hari ni aku tempah khas satu panggung utk kita berdua tengok Harry Potter...kekeke.
Aku bukan follower cerita Harry Potter. Harry Potter 1 tahun 2001 iaitu Harry Potter and The Sorcere's Stone aku ada tengok tapi Harry Potter 2,3,4,5,6,7 aku tak tengok. Sebab aku rasa tak boleh masuk dengan cerita macam ni. Oleh sebab Harry Potter kali ni ialah yg terakhir, maka aku pun rasa nak tengok juga... tambah-tambah review macam bagus dari seluruh dunia kat dalam internet.
Tapi memang sesungguhnya Harry Potter bukanlah taste aku. Rasa mengantuk plak aku dlm panggung tu. Nasib baiklah 3D, dapat juga tengok dan rasa pelik dengan teknologi ni. Yang paling ketara sekali bila orang jahat mati jadi debu yang berterbangan... nampak debu-debu tu macam betul-betul terbang keluar dari screen wayang tu..perghh...
Agak-agak minggu depan ada lagi tak Transformer Dark of The Moon?... rasa macam nak tengok 3D gak!
1 comment:
Great looking sun glass.
I like its sides logo..
Wow, Thanks for sharing.
Post a Comment