Tuesday 29 March 2011

Apa April Fool dari Google Tahun Ini?

Aku perasan tiap-tiap tahun, setiap kali 1st April memang Google akan buat hal. Ada saja idea diorang untuk meng'April Fool'kan orang lain.

Dah banyaklah tipu muslihat yang dibuat oleh Pak Cik Google ni. Tapi memang sempoi. Idea dia memang tahap serius tapi hasil dia lawak.. kekeke

Kenapa ye kebanyakkan syarikat-syarikat gergasi internet dan technology ni di terajui oleh mereka yang sempoi-sempoi belaka. Tengoklah Apple, Microsoft, Google, Facebook sebagai contoh.


Monday 28 March 2011

Problem Tak Boleh Update Windows 7

Ada satu problem yang biasa dialami oleh Window 7 dan Windows Vista, iaitu Windows Update tidak dapat berfungsi. Button update windows kat dalam Control Panel > Windows Update tu kalau kita tekan dia akan keluar ayat sebegini:

Windows Update cannot currently check for updates, because the service is not running. 
You may need to restart your computer

Kalau kita restart komputer pun, masalah tu tak settle juga... kekekeke.

Puncanya mungkin daripada serangan virus atau mungkin juga disebabkan oleh kegagalan sistem windows itu sendiri.

Jadi apa kita nak buat?

Sunday 27 March 2011

Cara Terbaik Tambah Trafik, Backlink dan Pagerank

Cara ni yang memang sangat bagus untuk tinggikan traffik dan tambahkan bilangan backlink blog kita sekaligus meninggikan pagerank. Aku memang dah gunakan cara ni dulu. Memang mujarab. Cara ni nak kata mudah tu tak berapa mudahlah pasal dia agak cerewet dan memerlukan daya usaha yang agak tinggi. Tapi hasilnya memang puas hati.

Sebelum itu, apa itu backlink dan pagerank?

Backlink ialah link address blog kita yang terdapat di dalam web/blog orang lain. Bilangan backlink ini adalah salah satu algoritma yang digunakan dalam mengukur popularity sesbuah laman web atau blog. Dengan bahasa mudah, banyak backlink maknanya semakin popularlah blog kita dari kacamata enjin carian.

Pagerank pula ialah tahap popularity dan kualiti blog kita yang digunakan oleh enjin carin Google.

Berbalik kepada topik, cara yang aku nak terangkan untuk tambah trafik, backlink dan pagerank adalah begini:

Friday 25 March 2011

Babak Menarik Dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah


Apa punya cerita, macam dah tak ada modal industri filem Malaysia ni. Siapa pengarahnya tu?
Iyeler.. ini mesti Hassan Mutalib le nih
Kita jangan salahkan pengarah dia aje. Salahkanlah penulis skrip.
Siapa penulis skripnya tu?
HASSAN MUTALIB
ughhh!!!

Thursday 24 March 2011

Biru Langit Guna Photoshop CS5

Memang dah jadi kebiasaan, gambar yang diambil oleh kamera murah kita ni tak serupa apa yang kita lihat dengan mata kita. Kita tengok langit membiru, awan memutih tapi bila masuk dalam camera digital semua jadi gray jer. Nampak plain. Senang cakap, nampak tak cantiklah. Jadi kita gunakan photoshop untuk kembalikan semula keindahan alam semula jadi.. cewah

Sebelum : Langit nampak putih dengan biru sikit-sikit.
Selepas: Langit nampak biru dan kepulan-kepulan awan jelas kelihatan.
Tapi kadang-kadang, memang itu yang kita nampak. Langit waktu tu, memang tak nampak biru sangat. Tapi saja je kita nak bagi cantik sikit. Untuk kepuasan diri sendiri kata orang.

Nak birukan langit guna Photoshop CS5 ni memang sangatlah mudah. Okay, buka gambar yang kita nak ubah suai kaler langit tu.

Wednesday 23 March 2011

MTV Kerek - Bandi Amuk OST Karak

Yeah yeaaaarghhh!!! %#$@^&^

KRU nak tayang filem terbaru dia Karak pada 26 Mei 2011. KRU belum pernah lagi buat cerita hantu, kalau tak silap aku. Kalau KRU punya filem, dia punya efek mesti kaw-kaw. Tengok MTV dia ni pun dah boleh agak tahap filem KRU ni.

KRU ada release MTV lagu dari Bandi Amuk tajuk dia Kerek. Aku memang minat Bandi Amuk ni dari dulu lagi. Masa zaman dia join d` Febian or Febian suara dia memang boleh tahan. Lepas tu zaman suara dia garau jadi Amuk, lagilah aku minat. Memang kenalah dengan jiwa aku. Jiwa metal pun layan drama korea..

KDrama - My Princess


Drama yang menceritakan kisah seorang gadis biasa, Lee Seol, yang sedang belajar di sebuah kolej mendapat tahu bahawa dirinya adalah seorang puteri raja apabila kerajaan Korea mempertimbangkan untuk mewujudkan balik institusi Raja yang telah lupus sejak lebih 85 tahun yang lalu. Lee Seol adalah keturunan penghabisan dari raja terakhir yang memerintah Korea diberi pilihan samada untuk bersetuju atau tidak dengan perlantikan itu. Walau bagaimanapun, keputusan akhir akan bergantung kepada undian seluruh rakyat Korea.

Tuesday 22 March 2011

Kemalangan Nyaris Ngeri di Muadzam Shah

Masa dalam perjalanan balik dari Felda Tementi, Pahang, kami berhenti sebentar di stesen minyak Petronas di Muadzam Shah. Masa perjalanan pergi kami singgah, masa perjalanan balik pun kami singgah situ. Memang tak dinafikan ramai sungguh lori, kereta, motor yang singgah kat situ, memang kaya ler tokey pam minyak tu. Tapi sayang, waktu tu air paip tak ada!! Adoii...

Lepas jer siap segala urusan, kami pun teruskan perjalanan. Kereta aku terbelakang sekali. Sekali lepas jer keluar dari setesen minyak Petronas tu, aku ternampak sebuah kereta Proton Wira melintang di tengah jalan. Apa neraka itu (what the hell)??

Kemalangan berhampiran setesen Petronas Muadzam Shah

Monday 21 March 2011

Pastikan Spare Tyre Sentiasa Cukup Tekanan


Aku dah kena dah.. Tayar pancit disatu tempat yang paling tak best dan di masa dan suasana yang agak kritikal. Memang merupakan satu pengalaman yang buat aku rasa serik.

Ceritanya macam ni.

Saturday 19 March 2011

Jam Tangan Guess Waterpro 1998


Saja je aku nak tulis pasal jam. Inilah satu-satunya jam aku. Jam tangan Guess Waterpro buatan tahun 1998. Dah 13 tahun dah jam ni. Tak pernah lagi rosak. Cuma ada sekali tu bateri dia jer habis. Lepas tukar bateri, dia ok balik. Lama juga bateri dia tahan. Dalam 7-8 tahun baru kena tukar bateri. Nampak macam dah tak berkilat. Tapi bila lepas polish pakai Brasso, sure berkilat macam baru beli.

Friday 18 March 2011

KDrama - Secret Garden


Baru-baru ni aku tengok drama korea bertajuk Secret Garden. Apa yang korang bayangkan kalau baca tajuk drama tu? Ada sikit-sikit kaitan dengan band pop rock dari Australia Savage Garden, kumpulan death metal Garden of Shadows dan novel bestseller orang putih Garden of Shadows. Semuanya berkaitan pasal gunakan perkataan Garden.... banyaakk laaa. Haa.. sebenarnya Secret Garden ni adalah satu kisah magik yang tak macam Magika.

Thursday 17 March 2011

Servis Graphic Card

Graphic card komputer aku macam dah problem je. Kadang-kadang dia taknak keluar display. Lepas tu ada satu bunyi beeeeeeeeeeeppppppppp panjang masa start komputer. CPU semua hidup macam biasa, tapi tak ada display. Dia kadang-kadang je jadi macam ni. Bila aku cuit-cuit dan gegar-gegar sikit display card tu, dia terus ok untuk dua tiga hari. Lepas tu jadi lagi.

So, hari ni aku nak kongsikan kat blog ni bagaimana aku service graphic card aku tu. Gambar banyak sikit, so loading akan jadi agak lambat. Harap bersabar.... kekeke


Wednesday 16 March 2011

Masa Di Ambil Google Search Untuk Index Post Baru Blog

Berapakah lama masa yang diambil oleh Google Search untuk masukkan mana-mana laman web atau blog masuk ke dalam indexnya? Ada yang seminit, ada sehari, seminggu, sebulan malah ada yang tak pernah kena index pun. Tapi, jawapannya mungkin hanya engineer kat Google je yang tahu.

Kenapa pulak aku nak tulis pasal Google Search? Pasal, pagi kelmarin aku telah melalui satu pengalaman yang best tentang Google Search.

Kelmarin aku tulis post pasal plugin Google Chrome untuk cek link nofollow. Bila jer siap, aku pun publishlah. Macam biasa, lepas publish post aku pun nak blogwalking kejap. Cara aku blog walking ialah aku search kat Google cari pasal blog-blog yang berkaitan dengan tajuk post aku hari tu.

Tiba-tiba aku terperanjat beruk. Aku tengok post aku yang aku baru jest publish tadi dah tersenarai dalam hasil carian Google. Kat dalam page 1 pulak tu!


Cek tarikh post aku tu kat sini lepas tu bandingkan dengan tarikhnya kat gambar atas.

Itu cerita kelmarin, Isnin 14 hari bulan. Semalam pun sama. Semalam punya post tajuk pasal impak gempa bumi  terhadap internet, baru jer lepas publish terus dah index. Page 1 lagi.


Aku cek kat blog-blog orang lain pun sama juga. Memang Google bot dah cepat index post. Kalau dulu, paling tidak pun 3-4 hari barulah dapat keluar dalam search result Google.

Jadi aku dapat simpulkan bahawa sekarang bot google dah cepat dah. Publish jer terus index, publish je.. terus index. Harap-harap dimasa akan datang dia jadi lebih bagus, belum publish lagi dah index... atau... belum tulis pun lagi, baru plan nak mengarang, tetiba dah index terus!!! wakakaka...

Monday 14 March 2011

Impak Gempa Bumi Di Jepun Terhadap Internet

Memang ada slow sikitlah internet hari ni (Isnin). Terutama Facebook yang lembab gile. Tapi laman web yang lain aku tengok tak efek sangat. Kalau slow pun slow sikitlah. Banyak orang Malaysia ni yang gilakan Facebook, jadi bila line ke Facebook lembab mereka akan cakap line lembab keseluruhannya.

Tapi yang agak peliknya, masa hari Jumaat selepas berlakunya gempa bumi tu, line macam biasa je. Aku tak rasa langsung perbezaannya. Sampailah pagi tadi ok je. Tadi aku cek Facebook memang slowlah. Aku rasa efek ni baru je di rasai pasal semua orang baru masuk kerja hari ni. Hari ni kan Isnin. Ramai yang online dari pejabat rupanya.. hahahah.. kantoi disitu. Ramai rakyat Malaysia online Facebook  dari pejabat.. hahaha

Gempa bumi kat Jepun Jumaat lepas memang telah mengganggu gugat kabel internet dasar laut yang menjadi talian hayat syarikat-syarikat telekomunikasi dari negara-negara Asia. Telekom Malaysia pun tak terkecuali. Kabel dasar laut yang terjejas teruk ialah Japan-US Cable Network (JUCN atau JUSCN atau J-US) dan Asia Pacific Cable Network 2  (APCN2). APCN2 adalah kabel telekomunikasi atara negara-negara di kawasan Asia Pasific manakala JUCN menyambungkan Japan dan US.

Peta Kabel Dasar Laut

Plugin Google Chrome Periksa Nofollow Links

Aku baru jumpa plugin bagi Google Chrome untuk cek links nofollow. Puas juga aku mencari. Yang famous sekali ialah plugin untuk Mozilla Firefox. Tapi aku tak suka pakai Firefox. Aku lebih prefer pakai Google Chrome. Dari semenjak Chrome dilancarkan lagi aku dah start guna. Bagi aku dia laju dan nak loading pun cepat. Inteface dia pun kemas dan simple.

Tapi satu kekurangan Google Chrome ialah bilangan plugin dia tak sebanyak Firefox. Plugin Firefox memang berlambak-lambak. Mungkin ramai yang suka pakai Firefox pasal dia ada banyak pilihan plugin kot. Kalau aku tengok kat budak-budak lain punya Firefox, fuh... macam-macam plugin yang dia guna... segala macam mak bapak plugin semua ada..

Untuk Chrome, plugin ni tak disebut sebagai plugin tapi istilah yang digunakan ialah extension. google Chrome Extension. Patutlah aku search guna perkataan plugin tak jumpa! Extension rupa-rupanya.

Ok, aku nak share penemuan aku di sini (hehehe...)

Sunday 13 March 2011

Gempa Bumi 8.9 Richter Gegar Jepun dan Amaran Tsunami 10 Meter!


Hari tu Australia kena malapetaka banjir. Hari ni Jepun pulak kena. Jumlah mangsa yang terkorban setakat ini yang disahkan ialah 5 1300 orang. Semenjak akhir-akhir ni selalu sangat berlaku bencana-bencana alam yang besar-besar.

Update Mac 13, 2011 : Fears Japanese toll could reach 10,000
Update Mac 12, 2011 : khabarnya lebih 1,000 orang terkorban.
Update April 7, 2011 : Japan's another earthquake 7.4 richter scale magnitude

Dia Buat Hal Lagi

Kejadian ni berlaku beberapa hari lepas. Tidak sama dengan tarikh post ini di publish. Harap maklum..


Sengaja aku tulis dalam blog ni supaya bila aku lupa nanti tarikh hari ni, aku boleh search aje dalam blog aku ni. Dalam kata lain, sebagai catatan. Macam diarilah gitu. Nak tulis dalam buku note, buku note tu selalu aje hilang. Kalau tak buku hilang pen yang hilang. Malaslah.

Aku dah naik bengang dah dengan dia ni. Dah selalu sangat dia buat hal. Pantang dua tiga hari aku lupa, musti dia meragam. Aku bukan sengaja lupa. Tapi memang tak ada dalam schedule hari-hari tersebut untuk aku gunakan dia.

Saturday 12 March 2011

Kesan Gempa Bumi Jepun Terhadap Gadget-Gadget Terkini


Aku tak berapa faham, kenapa ukuran gempa bumi dikira "pada skala Richter". Susah betul nak menyebut. Kalau tulis 8.9 richter atau 7 richter atau 5 richter kan ke mudah. Cuba bayangkan kita sebut ukuran ketinggian atau panjang sebagai "pada skala sentimeter". "PC tablet Apple IPad 2 mempunyai ukuran panjang 24 pada skala sentimeter", atau kalau nak lebih best lagi, "PC tablet Apple IPad 2 mempunyai ukuran panjang 24 pada skala sentimeter dalam sistem metrik". Kah kah kah... Tapi mungkin ada kisah disebaliknya, mungkin. Aku yang tak nak google pasal benda ni..

Jepun sememangnya sebuah negara peneraju dalam bidang teknologi. Pengeluar dan pencipta teknologi-teknologi termaju hari ini juga berada di Jepun. Khabarnya gempa bumi 8.9 pada skala Richter yang melanda Jepun semalam 11 Mac 2011 akan memberi kesan yang agak besar terhadap industri global terutamanya dalam sektor kenderaan dan semikonduktor. Bagaimana?

Friday 11 March 2011

Koleksi Pen Drive Aku

Aku ada tiga(3) biji pen drive. Eh! Apa penjodoh bilangan untuk pen drive? Biji ke buah ye? Penjodoh bilangan bagi tetikus? papan kekunci? Mak aaiii... fail BM aku.. Mungkin tak payah guna penjodoh bilangan kot.

Aku ada 3 pendrive. Kesemuanya aku dapat free.. dulu sampai sekarang. Tak pernah beli lagi setakat ni. Tengok orang punya pen drive, macam-macam jenis, rupa dan saiz, teringin juga aku nak beli yang cantik-cantik dan yang busar punya. Bukannya apa. Rasa macam best jer untuk buat koleksi walaupun bukannya nak guna sangat pun. Paling tidak pun kegunaannya ialah untuk kebas drama korea atau filem melayu yang adik aku baru download.
Cakera Liut 8 inci

Wednesday 9 March 2011

50 Perkara Yang Dipelajari Dari Drama Korea


Hari ni aku rajin pulak nak translate 50 perkara ni. Benda ni aku terbaca kat forum Soompi, dah lama. Best juga kalau baca. Peminat-peminat drama Korea mesti perasan benda-benda ni.. hahaha. Tapi ni hal KDrama dulu-dulu. La ni, dah banyak kelainan yang dibuat. Terutama pasal kanser. Dah jarang aku tengok cerita yang wataknya kena kanser.

50 Perkara Yang Dipelajari Dari Drama Korea

1) Lelaki yang kacak dan kaya akan suka pada perempuan yang lebih tua dan buruk.
Biasanya second heroin lebih cantik dari heroin utama, tapi mesti kena reject.

2) Jika anda ada kawan baik (lain jantina), dia akan jatuh cinta dengan anda. Tanpa sedar, anda pun berperasaan sama.
Selalu

3) Anda dan pasangan anda suka bergurau senda dan mengejar antara satu sama lain di gelanggang ais, di tepian pantai dan di atas dedaunan. Dan anda akan tertawa tanpa alasan dan pasangan anda akan memukul anda "main-main" tapi kekuatannya seakan mendorong anda terbang menyeberangi bilik. Tapi tak apa. Cuz anda masih tertawa seperti orang gila.

4) Adik beradik / sepupu / pakcik - anak saudara selalunya akan mencintai gadis yang sama.
Memang selalulah drama macam ni.

Monday 7 March 2011

Transfer Duit Keluar Dari Paypal Ke Bank

Mula-mula aku nak buat review pasal KDrama Secret Garden, sekali teringat pulak tengah pokai sekarang ni, tapi nak makan Pizza.. hehehe.. So, aku nak keluarkanlah duit dari PayPal, dapat juga aku buat makan Pizza nanti.

Hari tu dah cerita dah pasal aku dapat duit dari Text Link Ads. Dia bayar guna PayPal. Ingatkan nak biarkan ajer duit dalam tu, tapi tak jadi pulak. Lagipun aku memang jarang biarkan duit dalam akaun PayPal. Bila dapat jer terus bawak keluar. Jadi hari ni aku nak tunjuk cara-cara keluarkan duit dari PayPal masuk ke akaun bank aku bukan akaun ko.

Bila dah login, terus sampai kat page akaun:
Adalah duit ciput hasil dari TLA.

Sunday 6 March 2011

Apabila Netbook Tak Boleh Masuk Windows 7


Pernah tak hadapi masalah ni? Tak boleh masuk Windows. Bila start jer komputer, tunggu berjam-jam, screennya macam kat atas tu. Tak boleh Windows 7 sampai bila-bila.

Saturday 5 March 2011

Cara Perangi Rasuah Yang Berkesan.


Macam biasa, otak aku memang suka berfikir perkara-perkara yang bukan-bukan. Ada saja idea. Yang logik ke tak logik semua ada. Kalau aku ada buku note macam Dr. Mahathir rasanya sekejap jer dah penuh buku aku tu.

Friday 4 March 2011

Kualiti Pelawat Dari Blogwalking


Hari ni nak membebel pasal blogwalking pulaklah. Semalam cerita pasal hasil dari internet, hari ni nak cerita pasal kunjung-mengunjung ke blog sahabat handai dan sedara. Tak kiralah sapa punya blog pun. Ini kita boleh panggil juga sebagai jalan-jalan cari trafik. Yang tak berapa jelas mengenai blogwalking, hari tu aku dah tulis, boleh rujuk post ni.

Bila kita blogwalking dan dah letakkan peninggalan atau tanda kat blog-blog orang yang menunjukkan kita dah sampai kat blog dia (orang jawa cakap "I wuz here"), kita pun belahlah. RedMummy pun ada bagi tips suruh selalu buat blogwalking sampai blogger-blogger yang lain dah kenal kita. Sampaikan, kalau pergi kat blog-blog orang ada saja ID kita kat bahagian komen. Dan nama kita selalu berada di bahagian teratas antara tukang komplen komen terbanyak.(Tapi aku terfikir juga kenapa aku tak pernah nampak RedMummy atau Ben Ashaari blogwalking dan buat komen-komen blog orang ye.. korang tak terfikir ke? lagi-lagi masa belum famous dulu... aku tak perasan kot)

Sebenarnya apa yang kita harapkan dari  tindakan blogwalking kita?

Thursday 3 March 2011

Open Secret Buat Duit Guna Blog

Aku kerap sangat terbaca blogger-blogger yang baru mahupun yang lama, yang hampir atau sudahpun berputus asa untuk membuat duit melalui pengiklanan di internet. Oleh sebab kebanyakkannya aku terbaca pasal ni ialah di Innit Nuffnang berbahasa Melayu, jadi aku buat kesimpulan kebanyakkan blogger di Malaysia ni guna iklan Nuffnang, tapi malang, hasilnya tidaklah seperti yang diharapkan.

Tadi aku baru jer terbaca mengenai sorang lagi blogger yang dah putus asa. Kebetulan masa tu aku baru jer dapat email comfirmation duit aku baru masuk kat PayPal, hasil untuk bulan Febuari 2011. Jadi aku nak tunjukkan email tu sikit.

Wednesday 2 March 2011

Kecilkan Saiz Video Dengan Software AVI to MP4


Software yang aku maksudkan ialah iPodMe.

Kenapa nak convert dari AVI ke MP4.
AVI ni kualiti dia ok, dan dah biasa sangat digunakan. MP4 ni pulak, saiz dia lebih kecil dari AVI tetapi mempunyai kualiti yang sama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...