Monday 30 May 2011

Tarif Elektrik Naik 2.23 sen/kwj

Sebelum : 31.31 sen/kwj
Selepas : 33.54 sen/kwj

Kos pengeluaran dah naik, kos pengangkutan pun dah naik... jadi biasalah lepas ni, harga barang-barang keperluan dan barang-barang makanan akan naik juga. Kita semua akan merasa. Baik yang bil RM77 atau lebih dari RM77, sama aje. Semua akan dapat bahagian masing-masing.. hahahaha... Apalah nak jadi.

Sunday 29 May 2011

Akhbar Kita dan Censorship-nya Sendiri

Cedok berita dari  Kosmo
Jangan minum 'bir halal' - Jamil Khir
29/05/2011 12:12pm
PADANG SERAI — Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.
"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas,” kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran UMNO Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, dekat sini, petang semalam. — Bernama
Ooo... gitu ceritanya... baruku tau.... Tapi masalahnya.. YANG MANA SATU? APA BRAND DIA? MACAM MANA RUPA DIA.. GAMBAR TAKDE KE? Takkanlah reporter tak ada kamera...hahaha

KMovie - Castaway On The Moon

Siapa pernah tengok filem Hollywood Cast Away (2000) lakonan Tom Hanks, mesti rasa seronok bila tengok cerita movie Korea Castaway On the Moon ni. Macam akulah. Bila aku dapat tahu movie ni ada tiru sikit-sikit (dengan sengaja) filem Hollywood tu, semakin seronok pulak nak tengok.

Thursday 26 May 2011

Sebarang Kenaikan Harga Adalah Membebankan!

Paling bosan dan sakit hati sekali kalau dengar ungkapan "sebarang kenaikan tidak akan membebankan pengguna".

Hello BRO! 
Setiap kenaikan walau satu sen sekalipun tetap membebankan secara langsung atau tak langsung!
Tada baca punya orang...

Wednesday 25 May 2011

Yahoo! Harga RON95 Tak Naik... (Buat Masa ini)

Copy & Paste dari Utusan Online

Kabinet putuskan harga minyak RON95, diesel, LPG kekal

25/05/2011 6:27pm

PUTRAJAYA 25 Mei - Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak menaikkan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan tersebut dibuat kerana kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.
"Kerajaan tidak tetapkan jangka masa berapa lama harga ini akan dikekalkan tapi buat masa sekarang keputusan kerajaan ialah mengekalkan pemberian subsidi terhadap bahan bakar ini.
"Namun, pada masa yang sama kerajaan akan tetap meneruskan kajian rasionalisasi subsidi secara menyeluruh berikutan peningkatan harga minyak dan gas di pasaran global," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - Utusan

Monday 23 May 2011

Komputer Asyik Mati Semasa Booting

Baru-baru ni aku baru settlekan satu masalah komputer desktop aku. Dia susah nak masuk Windows (Windows XP). Bila aku tekan switch, dia elok jer hidup. Bila time logo Windows tu keluar jer, komputer terus off sendiri. Aku tekan switch lagi, dia on lagi, sampai kat logo Windows, dia off. Berulang-ulang kali. Lepas tu entah kali ke berapa entah aku tekan button switch, barulah dia boleh masuk Windows.

Problem ni memang dah lama, tapi aku biarkan aje. Asalkan boleh hidup suda. Tapi memang susahlah nak hidup. Dari segi jangka panjang pulak boleh efek pada hard disk. Hard disk senang dapat bad cluster ataupun jadi pendek jangka hayatnya.

Sunday 22 May 2011

Tanah Runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat

Sebak aku baca pasal tragedi tanah runtuh kat rumah anak yatim ni. Yang terlibat tu budak kecik-kecik baya-baya anak aku. Nak paste gambar kejadian pun rasa macam tak sampai hati.

Alfatihah kepada mereka yang pergi, dan semoga dipermudahkan usaha-usaha mencari mangsa yang masih tertimbus.


Tanah Runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia


KAJANG: Sebanyak 12 mayat berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Boleh Tahan Lawak ni...

Aku dah pernah baca lawak yang serupa dengan ni ada pelbagai versi. Biasanya dalam English. Tapi kali ni terjumpa pulak yang bahasa Melayu dan dilakonkan semula dalam Youtube pulak. Haha.. Tapi memang kelakarlah..



Kalau nak baca salah satu dari versi English, aku copy paste kat bawah ni:

Saturday 21 May 2011

KMovie - Sector 7 - Akan Datang


Aku terbaca satu posting di Dramabeans mengenai satu filem action thriller terbaru lakonan Ha Ji Won. Filem lakonan dia sebelum ni kalau tak salam aku ialah Heundae, pasal tsunami kat Korea. Drama terbaru dia pulak ialah Secret Garden. Memang penuh dia punya schedule... ada jer movie/drama baru.

Friday 20 May 2011

KDrama - Sign


Mula-mulanya aku rasa macam malas nak tengok drama ni. Padahal dah lama dah aku simpan. Aku tengok dulu cerita-cerita lain. Sekali tu aku tengok rating cerita ni agak bagus gak. Jadi aku pun  tengok ajerlah. Lagipun cerita lain macam tak best ajer.

Bila lepas jer aku tengok episod satu, wah! tak sangka aku hebat gak cerita ni.

Tuesday 17 May 2011

Kereta Pun Pandai Merajuk Ke?

Semenjak aku menimbang-nimbang(?) nak tukar kereta untuk ambik Alza atau Exora, macam-macam pulak kerenah kereta aku ni. Bateri kong, sport rim pecah, overheat dan yang paling terbaru clutch slave cylinder problem. Kata orang, kereta ni memang pandai merajuk. Lagi-lagi kalau yang dah lama pakai. Janganlah sesekali cakap nak tukar kereta depan kereta tu. Nanti macam-macam hal dia buat. Tiap-tiap bulan ada jer kena masuk bengkel. Iye ker?

Entah..

Sunday 15 May 2011

Stop Loss 500 pips

Aku rasa macam nak gelak jer masa aku letak stop loss 500 pips 20 April 2011 hari tu. Tapi rupa-rupanya memang tak patut gelak. Nyaris-nyaris stop loss tu kena. Aku cuma main-main jer letak stop loss banyak tu. Biasanya paling tinggi pun aku letak stop loss cuma 100 pips. Tapi hari tu, aku bengang sikit dengan AUD/USD ni.

Macam yang aku cerita dulu, pasal nak dapat 10 pips punyalah susah, tapi nak kena stop loss 100 pips senang-senang ajer. Jadi aku pun letaklah 500 pips... hahaha.

Tapi.. memang aku tak sangka..

Saturday 14 May 2011

Tak Perasan Keretaku Overheated

On the way ke KL hari tu, kat highway PLUS. Laju juga aku bawak. Tetiba air-cond tak rasa. Aku saspek mungkin fuse terbakar ke apa. Berpeluh gak dalam kereta. Dalam 10 minit gitu, aku pun masuk R&R Machap. Nak ceklah, betulker fuse yang terbakar. Dahlah jalan jauh ni, panas terik pulak tu hari-hari sekarang ni, bawak kereta tak ada air cond, memang seronok sangatlah.

Kat R&R Machap, bila aku bukak bonet..perghh... aku tengok air kat coolant resevoir tu tengah menggelegak. Macam bunyi air mendidih dalam cerek. Dia punya penutup terbukak sikit. Lagi, coolant bersemburan disekitar enjin. Aduyaii.. aku rasa mungkin aku terlupa nak tutup coolant resevoir tu masa aku cek sebelum perjalanan tadi agaknya. Macam manalah aku boleh terlupa....

Monday 9 May 2011

Harga Petrol RON95 Nak Naik ke Encik?

Trend macam ni memang dah biasa benar. Bila tarif-tarif atau harga nak naik, surat khabar akan keluarkan terlebih dahulu rencana-rencana dan tulisan-tulisan yang menjurus dan menyokong kenaikan tarif/harga tersebut seminggu atau dua minggu lebih awal. Begitu juga dengan tarif elektrik, telefon, air dan yang dah biasa baca ialah harga petrol.

Padahal, kerajaan belum umum apa-apa pun. Tapi orang-orang (penulis) ini mungkin memang dah ditugaskan untuk mengeluarkan point-point untuk menyokong tindakan yang mendatang itu agaknya. Ataupun sengaja untuk melihat maklum balas terhadap rencana tersebut.

Pagi-pagi ni aku dah terbaca rencana mengenai perbandingan harga petrol dengan negara-negara lain. ceh!

Thursday 5 May 2011

Filem & Drama Unsur Sejarah Negara

Aku terbaca di ruangan forum Utusan Online mengenai filem berunsur sejarah negara, dan penulisnya pun ada blognya sendiri di sini.

KEJAYAAN filem epik aksi Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) di pagawan baru-baru ini menjadi satu perkara penting terhadap industry filem di negara kita. Filem yang berkualiti seperti ini menyebabkan filem ini mempunyai daya tarikan tersendiri. Keupayaan KRU Studio yang telah melahirkan filem HMM ini harus dipuji. Hal ini kerana pertama filem ini merupakan filem yang berunsurkan sejarah dan kedua filem epik ini membawa haluan imaginasi kita ke tahap maksimum sehingga akan menimbulkan rasa kagum dan percaya apa yang berlaku pada ketika itu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...