Istilah mudah yang kita cakap ialah "modem kena petir" atau "disambar petir". Tapi yang sebenarnya ialah berlakunya cetusan voltan berlebihan di dalam line telefon yang disebabkan oleh petir tersebut. Kalaulah betul-betul disambar petir, dah hangus modem tu macam yang selalu berlaku pada pokok di tepi padang.
Selalunya kalau nak keluar rumah, aku akan cabut line telefon. Tapi hari tu boleh lupa pula.
Post ini adalah sebagai peringatan untuk aku.
Barang-barang yang rosak:
1. Modem x1
2. Motherboard x2
3. Power Supply x1
Anggaran kerugian ialah RM750.
Dulu-dulu aku ada pakai surge-protector. Tapi setiap kali kilat menyambar, dia rosak.. asyik nak kena ganti dia aje. Jadi jalan penyelesaian yang paling afdhal ialah hanya cabut saja line telefon tu... hehehe.
Monday, 13 May 2013
Monday, 6 May 2013
PRU 13 : 5 Mei 2013 - BN Menang
Kategori:
Coretan Fikiran
Pilihanraya umum yang ke 13 baru sahaja selesai. Dato Seri Najib pun dah siap angat sumpah sebagai Perdana Menteri. Aku ucap tahniah kepada Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan kuasa buat kesekian kalinya.
Keputusan akhir PRU kali ini : Barisan Nasional 133, Pakatan Rakyat 89 ( DAP 38, PKR 30, PAS 21)
Namun kemenangan kali ini adalah sedikit merosot berbanding PRU 2008 di mana BN mendapat 140 dan PR mendapat 82 kerusi. Tetapi yang menariknya PR hanya memenangi 3 buah negeri (Kelantan, Selangor dan P.Pinang) berbanding 5 negeri pada 2008 (Kelantan, Selangor, P.Pinang, Kedah dan Perak).
BN juga hanya menang tipis di 2 negeri iaitu Terengganu (BN 17, PR 15) dan Perak (BN 31, PR 28).
Lagi satu fakta yang aku rasa menarik mengenai PRU 13 ini ialah kemenangan besar-besaran DAP yang memenangi 38 kerusi berbanding hanya 28 pada tahun 2008. Sebaliknya pula penurunan bilangan kerusi bagi PKR 31(2008) - 30(2013) dan PAS 23(2008)-21(2013).
Ini menunjukkan dengan jelas perubahan yang diinginkan oleh masyarakat Cina ke atas tampuk kuasa. Ditambah pula dengan kekalahan mengaibkan calon-calon dari MCA sehingga ia digelar "Chinese Tsunami".
Nampaknya kalau diikut bilangan kerusi, semua parti kalah cuma DAP yang menang!
Isu-isu yang dibicarakan di media-media sosial pada PRU 13 ini adalah seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu dan bekalan elektrik yang terputus semasa pengiraan undi.
Apa yang aku lihat isu-isu ini hanyalah perkara kecil yang dibesar-besarkan. Dakwat kekal tu memang boleh di cuci, tapi bukanlah bersih 100%. Ada lagi yang tertinggal seperti di celah-celah kuku.
Isu pengundi hantu pula seperti direka-reka dan dibuat-buat. Gambar-gambar dan video yang diambil seolah-olah hanyalah satu 'lakonan semula' atau telah dipakat-pakat oleh pihak tertentu semata-mata untuk memburukkan proses pilihanraya. 'Bangla' yang ditangkap pula sebenarnya India ataupun mamak.
Kalau pun ada bangla di persekitaran pusat mengundi, adakah tidak mungkin mereka ini telah diupah untuk berada disitu oleh 'orang jahat'? Ada tak gambar atau video menunjukkan bangla yang ditangkap selepas membuang undi? Mesti tak ada punya...
![]() |
| Bangla naik van BN! Van BN!! Bodohnya siapa yang buat drama ni! |
Satu lagi isu ialah mengenai bekalan elektrik yang terputus semasa pengiraan undi. Berdasarkan hanya satu gambar (SATU GAMBAR!!!), seolah-olah seluruh negara telah blackout semasa pengiraan undi.
Nampak tak permainan mereka disitu? Semuanya diperbesar-besarkan.
Aku berharap penyokong-penyokong PR usahlah terpedaya dengan tipu helah mereka. Terimalah hakikat. Be a man, terimalah kekalahan dengan lapang dada. Kerja lebih keras selepas ini dan cuba lagi lima tahun lagi.
Sayangilah negara kita, jangan ikut **** macam kat bawah ni.
Friday, 3 May 2013
Ganti Handphone
Kategori:
Duniaku
Dah lama aku tak beli handphone baru. Kali terakhir aku ke kedai handphone untuk beli handphone baru ialah pada 2007. Masa tu aku beli Nokia N70. Aku pakai N70 tu sampai awal 2011.
Bagus jugalah N70 tu. dalam masa beberapa tahun cuma tukar bateri sekali. Beli bateri ganti RM20. Dua bulan lepas tu, keypad dia pula rosak. Malas nak betulkan pasal dah lama sangat. Kalau N70 tu tak rosak, mungkin aku pakai terus agaknya. Lepas tu aku beli HTC Wildfire, second hand dari adik aku. Tak silap aku dia beli handphone tu 2010 agaknya.
Puas jugalah aku pakai Wildfire selama dua tahun lebih. Kecil, ringan, kukuh, tahan lasak. Yang kurang pada HTC Wildfire ni, pada aku ialah kamera dia dengan internal memory yang kecil. Sembilan puluh peratus gambar yang aku ambil guna Wildfire ni, blur. Sampai aku dah malas nak ambil gambar. Internal memory dia cuma ada 175MB. Memang tak cukup nak install banyak apps. Tapi, secara keseluruhannya, kira bagus handphone ni.
Tapi, entah macam mana hari tu aku boleh terlempang pulak Wildfire ni sampai jatuh dari atas meja. Tinggi jugalah meja ni. Bukan tak pernah jatuh sebelum ni, banyak kali dah. Tapi bunyi jatuhan kali ni agak luar biasa sikit. Macam kuat sangat hentakkannya. Bila aku ambil, belek-belek, nampak macam tak ada apa-apa. Sekali besoknya, aku tengok ada tiga bijik bintik hitam sebesar kuku di screen dia. Lepas tu macam ada cecair tumpah kat dalam LCD. Adoila!
Aku tanya kat kedai, tokey handphone tu cakap kos repair untuk ganti LCD dalam RM200. Tapi, oleh sebab HTC Wildfire ni dah lama, aku pun buat keputusan untuk beli handphone baru.
Ada beberapa handphone yang aku pertimbangkan, antaranya Samsung Galaxy S4, Galaxy S3, Galaxy Note 2, HTC Butterfly, HTC One, Sony Xperia Z, Xperia SP termasuklah Galaxy S3 Mini.
Dalam banyak-banyak tu, aku suka S4, tapi setelah mempertimbangkan semua perkara, akhirnya aku beli Samsung Galaxy Note 2. Aku pilih Note 2 atas faktor harga, saiz dan keperluan.
Dah dua hari aku pakai Note 2 ni, semua aku puas hati. Cuma ia agak berat, lenguh tangan kalau pegang lama-lama. Lain kali aku akan cerita pasal Note 2 ni.
Bagus jugalah N70 tu. dalam masa beberapa tahun cuma tukar bateri sekali. Beli bateri ganti RM20. Dua bulan lepas tu, keypad dia pula rosak. Malas nak betulkan pasal dah lama sangat. Kalau N70 tu tak rosak, mungkin aku pakai terus agaknya. Lepas tu aku beli HTC Wildfire, second hand dari adik aku. Tak silap aku dia beli handphone tu 2010 agaknya.
Puas jugalah aku pakai Wildfire selama dua tahun lebih. Kecil, ringan, kukuh, tahan lasak. Yang kurang pada HTC Wildfire ni, pada aku ialah kamera dia dengan internal memory yang kecil. Sembilan puluh peratus gambar yang aku ambil guna Wildfire ni, blur. Sampai aku dah malas nak ambil gambar. Internal memory dia cuma ada 175MB. Memang tak cukup nak install banyak apps. Tapi, secara keseluruhannya, kira bagus handphone ni.
Tapi, entah macam mana hari tu aku boleh terlempang pulak Wildfire ni sampai jatuh dari atas meja. Tinggi jugalah meja ni. Bukan tak pernah jatuh sebelum ni, banyak kali dah. Tapi bunyi jatuhan kali ni agak luar biasa sikit. Macam kuat sangat hentakkannya. Bila aku ambil, belek-belek, nampak macam tak ada apa-apa. Sekali besoknya, aku tengok ada tiga bijik bintik hitam sebesar kuku di screen dia. Lepas tu macam ada cecair tumpah kat dalam LCD. Adoila!
![]() |
| Screen HTC aku yang cacat. |
Ada beberapa handphone yang aku pertimbangkan, antaranya Samsung Galaxy S4, Galaxy S3, Galaxy Note 2, HTC Butterfly, HTC One, Sony Xperia Z, Xperia SP termasuklah Galaxy S3 Mini.
Dalam banyak-banyak tu, aku suka S4, tapi setelah mempertimbangkan semua perkara, akhirnya aku beli Samsung Galaxy Note 2. Aku pilih Note 2 atas faktor harga, saiz dan keperluan.
Dah dua hari aku pakai Note 2 ni, semua aku puas hati. Cuma ia agak berat, lenguh tangan kalau pegang lama-lama. Lain kali aku akan cerita pasal Note 2 ni.
Monday, 29 April 2013
Korea Sana Korea Sini
Kategori:
Coretan Fikiran
Nampaknya pengaruh Korea semakin hari semakin luas. Sana sini "K". K-movie, k-drama, k-lagu eh.. k-pop.
Produk-produk Korea pun dah makin banyak berada di pasaran. Tapi yang kelakarnya yang bukan dari Korea pun cakap dari Korea juga, sebagai strategi perniagaan. Kalau ikut kata orang kita, sebagai pelarislah.
Bersepah orang jual barang kemas dari Korea di Facebook sekarang ni. Kalau dulu orang cakap emas celup, sekarang dah tukar brand jadi emas Korea. Menangis orang Korea kalau mereka tahu.
Aku pergi kedai aksesori kereta baru-baru ni, ingatkan nak tambah tinted pada kereta supaya gelap sikit. Tokey kedai tu rekemen tinted dari Korea, "Ini manyak bagus, bukan macam biasa punya maa... Korea datang punya!".
Aku pergi kedai tikar getah. Yang mula-mula tokey tu tunjuk kat aku ialah tikar getah dari Korea. Dia kata tikar getah dari Korea cantik, lembut dan tahan sikit. Entah ye entah tidak!
Aku pergi kedai handphone. Nampak macam Galaxy S3, tapi bukan. Rupa-rupanya tiruan punya. Tokey tu beritahu yang handphone tu bukan asli, tapi bagus sikit kualitinya dari tiruan China. Aku tanya kenapa? Dia jawab, "Pasal datang dari Korea". Adoilaa.. senangnya nak lakukan barang. Pada hal, semuanya China mari...
Rasa macam rimas tapi macam nak tergelak pun ada.

Wednesday, 24 April 2013
Kisah Dua Pusat Servis
Kategori:
Automotif
Baru-baru ini, aku servis kereta Persona bapa mertua aku, dan juga Exora aku. Itu adalah servis yang pertama buat Persona bapa mertua aku, yang di belinya lebih kurang dua minggu sebelumnya. Sepatutnya servis kali pertama ialah pada kilometer ke 1000, tetapi entah macam mana punya pakai, boleh terlajak sampai 2000Km.
Apa yang aku nak kongsi kali ini ialah mengenai pengalaman aku hantar servis dua jenis kereta ini di dua pusat servis yang berlainan.
Kereta pertama, Persona. Tanpa buat apa-apa temu janji, aku main terjah sahaja ke pusat servis Proton di Kluang. Aku sampai pada pukul 12.30 tengahari. Kereta terus masuk ke bengkel. Aku buat sedikit aduan mengenai penutup petrol yang susah hendak dibuka. Lepas tu aku rehat di bilik menunggu. Pukul 12.50 dah siap. Lebih kurang dua puluh minit je. Dah kena balik. Tak hilang lagi penat aku memandu dari Kota Tinggi.
Kereta kedua, Exora. Aku telefon Proton Plentong untuk buat temujanji pada hari Isnin, staf tu suruh datang pada hari Khamis 2.30 petang. Aku sampai pukul 2.00 petang. Konon-kononnya nak cepatlah. Tapi, tunggu punya tunggu macam tunggu buah tak gugur jer. Sampai sakit perut aku. Nak masuk tandas takut nama kena panggil, tak pasal-pasal kena potong que pula. Akhirnya pukul 2.40 barulah nama aku naik. Lepas cakap apa yang patut, staf tu cakap kereta akan siap dalam masa dua jam.. adoi! Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah kali keempat aku servis Exora aku di sini. Memang lambatlah.
Aku bukanlah nak kutuk atau apa-apa. Cuma nak kongsikan saja apa yang aku alami. Mungkin mereka lambat sikit cara kerjanya kerana untuk memastikan kualiti kerja yang tinggi. Itu aku tak tahulah. Yang aku tahu, memanglah lambat. Lain kali, aku rasa mungkin nak cuba servis di pusat servis yang lain pula.
Oh ya.. dulu-dulu aku tak berapa kisah sangat tunggu lama sikit kat pusat servis Plentong tu pasal aku boleh melayari internet menggunakan komputer yang disediakan, tapi pada hari tu semua PC tak boleh buka. Hampeh!

Wednesday, 11 July 2012
USB Speaker Untuk DVD Player Exora
Kategori:
Automotif
DVD Player Exora ni.. suara dia keluar kat speaker radio kereta melalui gelombang radio FM. Tak pakai wayar atau bluetooth. Bunyi dia kira ok lah. Kalau tengok movie dah macam kat wayang pasal sound system dia yang best tu. Tengok Transformers 3, berdengung-dengung telinga..dah macam kat panggung..hehehe
Itu dia punya kelebihann..
Itu dia punya kelebihann..
Wednesday, 27 June 2012
Penggunaan Minyak Exora 1.6 AT CPS
Kategori:
Automotif
Minggu lepas aku pergi ke Bandar Baru Bangi. Sebelum memulakan perjalanan, aku telah mengisi petrol sehingga penuh di Petronas Desaru. Aku melalui Lebuhraya Desaru-Senai dan kemudian masuk ke Leburaya Utara-Selatan melalui Senai (Utara) ke Bangi. Bertolak pada pukul 4.30 petang dan sampai ke destinasi pada kira-kira pukul 9 malam.
![]() |
| Perjalanan Desaru-Bangi |
Subscribe to:
Posts (Atom)