Friday 29 April 2011

Kisah Highway Senai-Desaru Phase 2 lagi

Ni sambungan dari post pasal Highway Desaru tempohari. Khabar angin yang aku dengar pasal highway ni akan dirasmikan pada 27 April 2011 nampaknya tak betul. Tapi... khabar angin lain yang aku dengar ada part highway ni yang tak lulus... part jambatan kot? entahlah.. bilalah nak boleh lalu daaa..

Hari tu aku ada lalu kat jalan masuk ke highway desaru tu..

Tuesday 26 April 2011

Windows 7 System Recovery

Apabila komputer kita menghadapi masalah, misalnya kena virus/malware, banyak problem selepas masa install atau uninstall software, configuration Windows yang tak best, touble tak boleh masuk windows - dapat masuk safe mode jer... apa yang kita boleh buat untuk membetulkan masalah-masalah tersebut ialah dengan menggunakan System Restore.

System Restore ni sangat popular semasa Windows XP dan kebanyakan problem boleh disettle dengan menggunakan System Restore. Tapi itu hanya untuk Windows XPlah. Windows 7, lain pula kisahnya. Walaupun ada beberapa problem boleh dipulihkan dengan menggunakan System Restore di Windows 7, tapi janganlah berharap sangat. Kebolehan System Restore dalam Windows 7 ni aku rasa sangat unreliable, kebanyakan problem tak boleh settle dengan menggunakan System Restore di Windows 7.

Walaupun begitu, kalau komputer kita manghadapi masalah, cubalah dulu gunakan System Restore. Aku akan cover cara menggunakan System Restore di artikel yang lain. Di artikel ni, aku nak tunjuk langkah-langkah atau cara-cara bagaimana nak buat System Recovery.

Saturday 23 April 2011

Windows 7 System Image Backup

Image backup ni adalah salinan lengkap satu partition atau hard disk yang dijadikan sebagai backup. Manalah tahu tiba-tiba komputer kita kena serang virus sampai tahap nazak, ataupun sistem komputer kita dah jadi macam tak betul misalnya jadi lembab sangat, ataupun mungkin kita rasa sistem komputer kita ni dah jadi terlalu serabut banyak sangat software entah apa-apa yang kita dah install.

Kalau dulu-dulu, bila kita dah bosan sangat dengan keserabutan sistem komputer kita tu, mesti kita (aku la) rasa nak format jer lepas tu buat fresh install Windows. Ataupun, kalau tak tahu format sendiri, kita hantor jer ke kedai komputer ,habis citer. Suruh tokey kedai komputer yang formatkan, pasal kita ada banyak duit.

Thursday 21 April 2011

Macam Mana Cara Nak Buat Blog

Selain dari Blogger.com ada banyak lagi site yang menyediakan tapak percuma untuk buat blog seperti Wordpress.com, Blogmas.com, Weebly.com dan banyak lagi.

Kat sini aku cuma nak tunjuk macam mana cara membuat blog di Blogger.com. Bila kita buat blog di Blogger.com ni, alamat blog kita akan diakhiri dengan blogspot.com, contohnya macam blog aku ni mancisdahbasah.blogspot.com.

Wednesday 20 April 2011

Cara Buat Akaun Email GMail

Dah bertahun-tahun aku berkecimpung dalam dunia internet ni, dah bermacam-macam email account yang aku pernah guna RocketMail, Yahoo Mail, Hotmail, Wau Mail (Malaysian punya ni, ada lagi ke?..), Jaring, TM Net dan sekarang ni aku guna GMail.

Dalam banyak-banyak webmail accounts yang aku pernah guna, aku rasa GMail lah yang paling superb.

Antara sebab aku pilih GMail:

Monday 18 April 2011

Apabila Netbook Tak Boleh Masuk Windows 7 - Part 2

Lagi satu cara kalau cara sebelum ni tak berjaya untuk memulihkan netbook supaya boleh masuk Windows 7 semula.

Cara ni menggunakan arahan pada Command Prompt yang boleh di buka melalui System Recovery Options yang telah aku tunjukkan pada post terdahulu.

Nampak macam susah dan leceh. Tapi senang giler. Ikut ajer step-by-step.

Saturday 16 April 2011

Anda Telah Meraih Hadiah Percuma RM19,000 Dari Shell Helix

Semalam aku dapat SMS sampah ni:

RM0. Promotion's Tahniah sim kad Anda Tlh Meraih Hadiah Percuma "RM 19,000.00" dari SHELL HELIX No Reg(552299) Sila Call di Talian 0178949116

From +60145641200

Thursday 14 April 2011

Wireless Networking Problem di HP Mini Netbook 1Malaysia

Aku rasa, siapa-siapa yang ada pakai HP Mini ni (Netbook 1Malaysia) ni akan atau pernah menghadapi masalah problem yang sama. Masalahnya ialah tak boleh connect guna wireless networking. Masalah ni, datangnya tak tentu. Kadang-kadang tengah pakai wireless elok-elok lepas tu kita tekan button untuk off wireless sementara waktu, pas tu bila kita nak on balik dia dah tak nak on pulak. Lagi satu, kita start jer netbook tu, dia dah memang tak boleh connect wireless.. padahal masa kita shutdown netbook tu tadi, ok jer..

Aku memang selalu jumpa problem netbook ni tak boleh connect wireless. Masalah ni memang biasa. Nak fix problem ni pun tak susah sangat, tak yah sampai hantar kedai repair... hehehe

Wednesday 13 April 2011

Bila Highway Desaru Nak Siap?


Projek Highway Desaru Senai ni dah lama. Senai-Tiram-Pasir Gudang dah siap. Desaru-Pasir Gudang(Cahaya Baru) jer tak siap-siap. Ikut plan asal, sepatutnya tahun lepas dah siap. Biasalah, kat Malaysia ni semua projek bertangguh, tak ikut jadual. Bilalah Malaysia ni nak jadi rakyat yang berdisiplin macam rakyat Jepun.

Masa perjalanan.

Jadi bila lebuhraya ni boleh dilalui?

Monday 11 April 2011

KDrama - My Girlfriend Is A Gumiho


Tajuk KDrama : My Girlfriend Is A Gumiho
Genre: Fantasi, Romantik, Komedi
Episod: 16
Tarikh Tayangan di Korea: Ogos 11, 2010 hingga September 30, 2011

Cerita My Girlfriend Is A Gumiho ni  mengisahkan mengenai seorang pemuda (Dae Woong) yang sedang belajar di sebuah kolej dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon aksi tiba-tiba terjebak dalam hubungan penuh mistik dan romatik dengan seorang gadis jelmaan dari seekor Gumiho (musang berekor sembilan - nine-tailed-fox).

Sunday 10 April 2011

Cara-cara Buat Partition Hard Disk

Partition hard disk ni untuk apa?

Buat partition hard disk (hard disk partitioning) ni sebenar ni adalah untuk membahagi-bahagikan ruang simpanan data yang terdapat dalam satu hard disk kepada beberapa bahagian yang lebih kecil.. Bila kita beli satu hard disk berkapasiti 500 Giga Byte, kita mungkin nak bahagi-bahagikan hard disk tersebut kepada dua bahagian atau lebih. Contohnya kita buat 2 partition 250GB, Windows akan nampak seoah-olah kita ada dua hard disk misalnya disk C 250GB dan disk D 250GB, kalau 3 partition ada tiga hard disk, disk C 100GB, D 200GB dan E 200GB. Saiz kapasiti partition-partition tu kita boleh tentukan sendiri.

(Artikel ini mempunyai gambar yang banyak, loading akan mangambil sedikit masa..)

Saturday 9 April 2011

Install Windows 7 Ultimate di Netbook HP 1Malaysia


Dalam post sebelum ni aku ada cadangkan supaya netbook hp 1Malaysia ni supaya menggunakan Windows 7 Ultimate kerana performance dia lebih laju berbanding Windows 7 Starter yang lembab walaupun pada spesifikasi komputer yang sama.

Dalam post ni aku nak tunjuk cara-cara untuk install Windows 7 Ultimate masuk ke dalam netbook HP 1Malaysia.

Friday 8 April 2011

Jepun Kena Gempa Bumi Lagi - 7.4 skala richter

Bulan Mac punya disaster

Belum pun settle masalah-masalah yang disebabkan oleh gempa bumi 9 magnitude pada skala richter pada 11 Mac 2011 tempoh hari, hari ni 7 April  2011, Jepun kena gempa bumi lagi. Kali ni magnitude gempa bumi adalah kurang sedikit iaitu 7.4 pada skala richter, tapi 7.4 tu masih lagi magnitude gempa bumi pada paras yang extreme. Tak salah ingatan aku, dulu ada gempa bumi kat Iran, magnitude dia 6 skala richter tapi menyebabkan hampir 30 ribu orang mati.

Menurut Bernama, gempa bumi dikesan pada pukul 10.32 malam (11.32 waktu Japan)  berhampiran pantai Timue Honshu.

Gegaran dapat dirasakan di Tokyo yang terletak 200 batu dari pusat gempa bumi.

Jepun juga mengeluarkan amaran tsunami, mengatakan tsunami dianggarkan setinggi dua meter juga akan melanda pantai Jepun.

Lagi latest new mengenai earthquake in Japan

** bahaya ni.. karang jadi macam dalam movie Sinking of Japan pulak.. Sapa pernah tengok cerita ni. Boleh tahan best juga movie ni. Kisah rakyat jepun nak menyelamatkan diri semasa Jepun nak tenggelam akibat aktiviti-aktiviti gempa bumi dan gunung berapi...

Thursday 7 April 2011

Cara Format Hard Disk dan Setup/Install Windows 7



Setup atau install Microsoft Windows 7 dalam komputer adalah sangat mudah berbanding setup atau install Windows versi-versi lama seperti Windows XP, Windows Me, 98 atau 95. Masa yang ambil untuk siap proses installation pun tak lama, lebih kurang 30 minit. Kalau nak dibandingkan dengan setup Windows XP yang mengambil masa lebih kurang satu jam. Itu pun kalau komputer tu specs dia bagus.

Kat sini aku nak berkongsi mengenai cara-cara setup Windows 7. Kali ni aku nak tunjuk macam mana setup Windows 7 menggunakan CD-ROM. Lain kali aku tunjuk pulak macam mana kalau nak setup masuk dalam netbook yang tak ada CD-ROM drive, iaitu dengan menggunakan pen drive.

Wednesday 6 April 2011

Pindahkan Fail dari Copy-Protected CD ke USB Pen Drive

Bila satu CD tu ada copy protection, kita tak boleh nak copy sesuka hati untuk pindahkan fail dari CD tersebut ke mana-mana media. Tetapi kadang-kadang fail-fail dari CD tu kita tak boleh copy bukanlah disebabkan oleh copy protection, tapi pasal nama atau format fail dalam tu tidak dapat dikenali oleh Windows.

Yang menjadi masalahnya, sebagai contoh, aku baru beli antivirus Kaspersky Internet Security 2011. Dah tentu, software tu datang dalam CD. Tapi aku nak install antivirus tu masuk dalam netbook. Biasalah, netbook mana ada CD-ROM drive.

Tuesday 5 April 2011

Boot Failure - Setup Windows dalam Acer Aspire M1641

Ni catatan untuk diri sendiri dan untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapalah yang menghadapi masalah yang sama. Aku cuba nak install Windows 7 dalam Acer Aspire M1641. Model ni memang dah lama, mungkin tahun 2008. Aku memang dah biasa sangat kerja mengsetup Windows ni.. dah selalu sangat, macam dah jadi hobi pulak. Tapi aku tak pernah jumpa masalah macam ni seumur hidup. Belum cukup pengalamanlah ni...

Monday 4 April 2011

Windows 7 dalam Netbook 1Malaysia


Netbook HP 1Malaysia didatangkan sekali dengan sistem operasi Microsoft Windows 7 edisi Starter. Memang banyak kekurangannya Windows 7 Starter Edition ni.  Selain Windows 7 Starter Edition, versi-versi lain adalah Home Premium, Professional, Ultimate dan Enterprise

Apa perbezaannya?

Sunday 3 April 2011

Lawak Bengang oleh Kad NexG Ambank

Bukanlah lawak bangang. Kasar sangat bunyinya tu... ni kisah yang aku rasa sangat membengangkan, nak marah pun ada.. tapi rasa macam lawak pun ada.. Kalau korang ada guna kad debit NexG ni, bolehlah ambil iktibar daripada kisah benar aku kali ini. (dalam episod bukan aku yang salah, kad NexG yang salah!)

Saturday 2 April 2011

GMail Motion 2011 - April Fool Google Paling Lawak

Aku memang suka tengok aktiviti-aktiviti dan produk aneh dari Google Inc termasuklah April Fool dia. Dalam banyak-banyak April Fools dan hoax dari Google, aku rasa April Fool 2011 ni lah yang paling lawak sekali. Biasanya, Google ni buat April Fool joke yang tak macam joke, tapi macam serius, macam betul-betullah. Sampai orang tak tahu yang Google ni buat lawak ke atau betul betul, contohnya macam TiSP.

Popular kejap mamat dalam video Gmail Motion.. muka toya jer..

Friday 1 April 2011

Innit buat April Fools Joke ke ni?

Aku tengah cari-cari April Fools joke 2011 dari Google tapi aku nampak Innit Nuffnang yang buat April Fool... Biar betul!!



Tukar Sport Rim 16 ke 15 inci

Ramai yang nak tukar sport rim dari 15 ke 16 inci untuk nampak cantik dan lebih sporty, tapi lain pulak dengan aku ni. Ini adalah susulan dari kisah tayar kereta aku pecah dan sport rim retak kat Pahang sana on the way ke Felda Tementi. Memang teruklah keadaan sport rim kereta aku tu.

Sport rim yang rosak (gambar tak clear sbb pakai hp)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...