Dah macam tajuk drama tv pulak aku punya tajuk post kali ini. Memang pun, nyaris-nyaris aku buat drama di maybank tadi akibat dari ketidak profesionalan staffnya yang aku rasa macam kurang training. Angin satu badan!
Malas sebenarnya nak tulis perkara-perkara yang tak best ni, lagi pun aku dah minta maaf kat staff maybank tu... (eh bukankah sepatutnya dia yang kena minta maaf kat aku pasal buat aku sampai angin? lagipun aku ni kan customer... maybank oh maybank..). Jadi aku tulis secara ringkas jer, mana tau mungkin boleh dijadikan panduan dan pengajaran.
Mulanya petang dua hari sebelum raya, masa aku nak login m2u, tetiba jer dia cakap aku dah lebih cubaan login kerana salah password.. apa ke jadahnya semua ini? Itulah kali pertama aku login hari ni.. Jadi aku rasa ada jebon mana ntah cuba masuk akaun aku tapi tak berjaya.
Al kisahnya, akaun aku tu akaun semasa yang dah lama. Masa aku buat akaun tu maybank2u baru jer dilancarkan.. jadi masa tu tak ada daftar handphone, tak ada TAC.. lagi satu maybank memang tak issue kad ATM untuk current account company.
Bila akaun aku kena blok, aku pun try call customer service. Siapa-siapa yang pernah call customer service 1-300-88-6688 ni memang tahulah dia punya leceh... kena tekan button itu button ini button itu... lepas tu kena masukkan access code.. alamak! masa aku buat akaun aku cuma dapat buku cek dengan nombor akaun je.. aku pun letak balik telefon.. masuk kereta terus pergi cawangan maybank.. dalam setengah jam.. sampailah.. masa tu bank dah nak tutup.
Cakap punya cakap.. dia pun bagi nombor access.. aku pun balik. Sebenarnya aku rasa kurang confident dengan cara staff maybank tersebut. Tapi apa nak buat, ikut ajer lah... aku ni siapalah..
Diringkaskan cerita.. selepas aku call customer service.. masalah tak boleh diselesaikan sebab nombor handphone aku tak didaftarkan dalam akaun.
Esoknya aku pergi lagi maybank, nak daftar nombor handphone.. kat sinilah yang aku hangin.. selamba jer staff tu cakap akaun semasa tak boleh daftar nombor handphone, lepas tu buat lagi hangin dia suruh aku pergi maybank cawangan utama... aku cuma nak daftar nombor handphone jer!! banyak pulak cekadak staff ni.. ada lagi benda yang buat aku hangin, malas aku nak tulis..siap perli-perli lagi kononnya aku duduk dekat, so setakat ulang alik 2-3 kali tak ada hal...
aku punya sabar dengan aku punya marah dah 50-50.. nasib baik sorang lagi staff tu sabarkan aku...
Tiba-tiba staff yang sabarkan aku tu cakap.."Ooo..encik cuma nak daftarkan nombor handphone yer..!" lepas tu dia isikan borang dan bagi aku nombor giliran.. dan tak sampai 10 minit siap! Tak ada pun masalah untuk daftarkan nombor handphone kat situ! hampeh betul... tapi mengenangkan esok nak raya.. aku minta maaf jer kat staff tadi pasal mungkin memalukan dia masa aku angin tadi..
Aku pun balik dan call customer service semula.. Malangnya oleh sebab beberapa masalah yang agak complicated untuk aku ceritakan kat sini, tak settle juga masalah akaun aku tu.
Aku kena pergi maybank lagi!
Kali ni aku pergi ke cawangan lain pulak.. cawangan yang aku pergi tadi tu nampak benor tak pandai buat kerja tapi dapat kerja bank.. (ada cable agaknya). Cawangan yang aku pergi lepas tu pun masalah gak, diorang cakap hal akaun semasa diorang tak boleh buat.. adoiilaa..
Terpaksalah juga aku drive pergi ke cawangan bandar yang jem dengan orang nak shopping raya.. Dan masalah aku settle juga akhirnya di situ. Alhamdulillah..
Aku memang agak panik sikit mengenangkan esok nak raya, bank cuti panjang dan di awal bulan pulak tu, bil semua harapkan akaun itulah. Kalau nak settle lepas raya lambat sangat pulak. Jadi terpaksa juga aku kelam kabut empat kali keluar masuk di tiga cawangan maybank berlainan.
Dalam cerita aku ni bukan aku nak burukkan maybank, sebaliknya masa aku menghadapi masalah tu aku jumpa banyak juga staff-staff maybank, termasuklah customer service center yang aku contact guna telefon. Semuanya okay! Cuma sorang jer tu yang kurang ajar... harap-harap super dia nampaklah kejadian tu dan hantar dia pergi training balik..
Okay, dari pengalaman aku tu aku dapat tahu dari customer service maybank kalau akaun kena blok, kita boleh settlekan sendiri dengan klik pada button "Self Reset Password" pada web m2u. Tak payah call customer service. Dengan syarat nombor handphone kita telah didaftarkan dalam akaun tu.
Jadi, sepatutnya masalah aku boleh diselesaikan pada pertama kali aku datang dengan mengsyorkan aku supaya mendaftarkan nombor handphone dalam akaun tersebut. Staff tersebut pula, kalau tak pasti sepatutnya rujuk kepada atasannya atau call sendiri ke customer service center seperti yang dilakukan oleh staff maybank di cawangan utama yang aku ceritakan di atas.
No comments:
Post a Comment