Saturday, 19 February 2011

Panggilan dan Pangkat Dalam Keluarga Melayu

Ini bukan keluarga Melayu ye, sekadar gambar hiasan. Harap maklum...
Apakah?

Apa aku nak panggil benda ni ye? Ala.. gelaran-gelaran tu lah. Along, Angah, Ucu tu lah.

Dalam keluarga aku sekarang ni memang tak pakai gelaran macam ni. Keluarga sebelah arwah mak aku ada pakai. Keluarga sebelah arwah mak aku ni besar. Ada 12 orang adik beradik. Keluarga bini aku pun guna juga gelaran ni. Bini aku ada 8 adik beradik. Keluarga aku tak dapat nak pakai gelaran ni pasal kami duduk berdekatan dengan adik beradik yang lain. Bila adik beeradik lain dah pakai gelaran tu, jadi susahlah kami nak guna gelaran yang sama.

Misal kata anak kakak ipar aku dah guna gelaran Along untuk anak sulung dia. Kalau aku pun guna gelaran yang sama untuk anak sulung aku, mestilah keliru. Dahlah duduk dekat-dekat. Tiap-tiap hari jumpa pulak tu. Kalau dia panggil anak aku along, anak aku panggil dia along... konfius konfiusss...

Adik beradik bini aku ada 8 orang. Beliau (fuiyoo.. beliau tuu), anak ke 4. Dalam keluarga, dia di panggil Anjang. Tapi... bini aku ni agak tak suka, bukan agak lagi, tapi benci giler dengan gelaran tu. Kalau dia dengar aku cakap perkataan 'Anjang' tu.. memang kena cubit, kena pulas 8 kali lemak kat pinggang aku.. aduss..

Aku tak pasti kenapa dia benci sangat dengan gelaran tu. Kalau ikut berita khabar angin yang aku dengar, dulu-dulu ada cerita drama kat RTM, tajuk dia 'Anjang Aki' (yang ada M.Nasir nyanyi lagu Dedaun Masa tu). Bini aku ni tak suka watak cerita tu lah.. tu yang jadi anti sangat agaknya. Wallahu'alam..

Oleh sebab bini aku tak suka gelaran 'Anjang', jadi aku kena bagi ganti nama perkataan tu agar tak lebam pinggang aku. Aku pun guna perkataan 'Tuuut'. Mula-mula dulu dia ok, tak marah. Sekarang ni perkataan 'Tuut' tu pun dia tak boleh dengar.. waduh waduh...

Oklah, aku tinggalkanlah soal pinggang lebam aku tu.

Aku senaraikanlah gelaran-gelaran yang ada dalam sebuah keluarga Melayu yang aku tahu.

1. Along
Ni gelaran khas untuk anak yang sulung. Mungkin berasal dari perkataan 'sulung' agaknya. Tak ada adik beradik lain yang berhak dengan gelaran ni. Kekadang di panggil juga Abang Long atau Kak Long. Kalau yang yang dah diubah suai, kadang-kadang jadi Kak Yong.

2. Angah
Angah ni untuk anak nombor dua.  Mungkin berasal dari perkataan 'Tengah'. Tapi ntah. Macam bukan jer. Pasal nombor dua tak bermakna tengah.

3. Alang/Uda
Anak nombor 3. Tak tahulah berasal dari perkataan apa. Ada yang guna gelaran Alang tapi ada yang guna Uda. Kalau tak silap aku, yang guna Alang adalah dalam keluarga berketurunan Banjar. Uda pula dari keluarga Jawa.

4. Anjang/Andak
Anak nombor 4. Macam gelaran untuk anak nombor tiga, ada yang guna Anjang macam keluarga bini aku. Adik beradik bapak mertua aku pulak guna Andak. Tapi keluarga sebelah arwah mak aku pulak tak guna  kedua-dua gelaran ni. Diorang skip terus ke Uteh. Pasal apa, aku pun tak jelas. Mungkin ada sejarah-sejarahnya agaknya.

5. Uteh
Gelaran untuk anak nombor 5 ni mungkin berasal dari perkataan 'putih' agaknya. Apa kaitannya dengan keluarga? Tak tahulah aku. Mungkin orang yang memulakan gelaran ni anak nombor 5 dia putih luar biasa agaknya.

6. Cik
Ni macam gelaran biasa kita panggil untuk pak cik-pakcik dan makcik. Masa aku mula-mula jadi ahli keluarga bini aku, aku agak confius jugak dengan panggilan ni. Biasanya kita panggil Cik kan untuk perempuan yang belum kahwin tapi adik ipar aku ni lelaki... kekeke. Tapi pronounce nya buka Cek, tapi cik.. pak cik.. gitulah bunyinye.


7. Itam
Dah ada putih, kena ada hitam pulak. Jadilah gelaran Mak Tam, Pak Itam, etc. Kecik hari orang yang kulitnya putih kena gelaran itam. Lagi kecik hati orang yang memang dah hitam, lepas tu kena gelar hitam lagi...kecik hati kuasa dua.. hehehe


8. Usu
Pasal keluarga bini aku ada lapan orang jer, so yang terkahir sekali ni digelar Usu lah. Tapi kami panggil dia nama ajer. Cuma anak-anak sedara panggil dia Mak Su.

Kalau disebelah keluarga arwah emak aku, selepas uteh tu, diorang dah tak pakai gelaran pangkat dah. Guna nama jer. Jadi aku sebagai anak sedara panggil pakcik-makcik yang tak ada pangkat ni dengan namalah tapi didahulukan dengan Acik, contohnya Acik Jamil, Acik Azie.. gitulah.

3 comments:

Anonymous said...

Nama panggilan dalam keluarga aku
1. Along
2. Angah
3. Alang
4. Uteh
5. Andak
6. Acik
7. Uda
8. Itam
9. Usu
Panduan yg mungkin berguna : Kalo ade anak 2 org mase tu - pakailah along dan adek sebab pakai panggilan 'adek' tu senang nak tukar jadi angah kalo si'adek' tu dapat adik baru. Jadi begitu la turutan yang seterusnye, tak yah nak kompius-kompius kemudian hari.
Tapi kalo anak lebih dari 9 orang, pandai-pandai korang la... hehehe
http://www.facebook.com/MZYHutNet

Anonymous said...

family mak aku plak...

1) Along
2) Angah
3) Uda
4) Andak
5) Teh
6) Alang
7) Tam
8) Cik
9) Usu

rasanya yang sama biasanya...
first: Along - Sulong
2nd: Angah - Tengah (wpun no 2 xsemestinya tgh)
2nd last: Cik - Kecik (dah ujung2 tp bukan last)
last: Usu - Bongsu

Abu Talib bin Mohamad said...

1) Along
2) Angah
3) Alang
4) Anjang
5) Ateh
6) Andak
7) Acik
8) Atam
9) Usu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...