Aku dah kena dah.. Tayar pancit disatu tempat yang paling tak best dan di masa dan suasana yang agak kritikal. Memang merupakan satu pengalaman yang buat aku rasa serik.
Ceritanya macam ni.
Hari Jumaat hari tu, aku ikut satu konvoi hantar pengantin ke Felda Tementi Pahang. Perjalanan ambil masa lebih kurang 6 hingga 7 jam. Kami bertolak lebih kurang pukul 3 petang. Sebanyak 6 buah kereta dalam konvoi tu. Kereta aku, Kereta adik-adik aku 2 buah, sebuah Myvi dan sebuah Wira. Kereta jiran-jiran sebuah Wira dan sebiji Waja. Dan juga kereta pengantin sebuah Proton Satria.
Perjalan berjalan lancar. Cuaca sangat baik. Langit cerah sepanjang perjalanan. Jalan raya dari Kota Tinggi ke Mersing walaupun macam ular kena palu, tapi semua ok aje.
Sampai ke Esso Mersing kami berehat kejap, lepas tu teruskan perjalanan ke depan sikit iaitu Surau kat Mersing tu. Apa nama surau tu aku tak pasti sangat. Tapi 2-3 minit jer dari round about mersing menghala ke Endau.
Lepas solat Asar dan habis rokok sebatang dua, kami teruskan lagi perjalanan. Sampai ke simpang Kuantan Muadzam Shah. Kami berehat lagi. Memang kami banyak berhenti. Tak apa lah bukan nak cepat sangat sampai. Yang penting enjoy. Kat simpang tu, ada beberapa kedai makan dan kedai buah-buahan. Ingat nak makan, tapi nampak macam tak menyelerakan. Lagi pun perut belum lapar. Tengah hari tadi baru makan Pizza yang pengantin belanja.
Kedai buah-buahan di simpang Kuala Rompin-Kuantan-Muadzam Shah |
Kami teruskan lagi perjalanan hingga ke bandar Muadzam Shah. Jalan raya walaupun agak kecil, tapi kenderaan tak banyak. Lepas tu kami singgah kejap di Petronas Muadzam Shah. Aku rasa tokey petol pump petronas tu mesti kaya giler. Busy giler setesen minyak tu. Suasana macam kat stesen minyak dekat area tambak Johor zaman dulu-dulu time kereta Singapore boleh isi minyak suka hati diorang. Memang banyaklah kereta lori yang berhenti kat situ. Macam Kawasan Rehat kat Highway PLUS pun ada rasanya!
Lepas solat maghrib kat surau dalam area Muadzam Shah tu, kami teruskan lagi. Kali ni hari dah gelap. Memandu di malam hari dengan tak tahu keadaan dan selok belok jalan kat sini memang tak berapa best bagi aku. Aku memang tak pernah sampai sini. Dan tak tahu langsung arah perjalanan. Cuma ikut aje kereta depan.
Lebih kurang setengah jam, kami belok menghala ke Tasik Bera. Lepas tu dalam kira-kira 20 minit perjalanan, kami dah masuk dalam kawasan hutan, line celcom kejap ok kejap tak ok. Dalam gelap malam. Kenderaan tak banyak. Adalah lima enam biji berselisih dengan kami. Jalan memang teruk. Banyak lubang-lubang. Kesan hujan lebat tempohari agaknya, macam kat Johor juga. Aku cuma follow kereta depan sahaja. Dia elak lubang aku pun elak juga. Dia langgar, aku pun langgar.
Dalam kira-kira pukul 9:00 malam, sekali tiba-tiba, BUPP!! Aku terlanggar lubang. Kuat gila hentakan tu. Tiba-tiba aku rasa setereng gegar gila-gila. Aku terus berhenti kat tepi. Aduss.. selain masalah tayar, aku takut ajer ada problem lain. Kalau masalah tayar, tukar ajer tayar spare.. itulah yang aku fikir.
Kereta yang berkonvoi tadi, tiga dah terlepas ke depan. Nasib baik aku duduk tengah-tengah. Dua kereta belakang aku pun berhenti bila tengok kereta aku berhenti tepi.
Bila aku cek, tayar depan sebelah kiri dah kempis habis. Tak fikir panjang, aku terus keluarkan tayar spare dan alat-alatan untuk menukar tayar. Sekejap jer buat kerja tu, walaupun berpeluh-peluh juga.
Tapi malang, bila dah siap tukar tayar, masa aku turunkan jack... aku tengok tayar spare tu pun kempis juga..tyre spare tak ada angin hahahaha. Hampeh betul.. sia-sia jer bawak tyre spare kehulu-kehilir, time nak guna, tak boleh pakai pulak Itulah aku, tak kisah sangat pasal tayar spare. Aku pun tak ingat bila kali terakhir aku isi angin kat tayar spare.
Cuba bayangkan kat tengah hutan, malam gelap giler. Kereta yang lalu pun adala dalam sebiji kereta dalam 5-10 minit. Line celcom pun tak berapa ok. Di satu tempat yang asing pulak tu. Kalaulah aku sorang-sorang hari tu, matiiii akuuuu. Kalau aku sorang-sorang sebiji kereta ajer masa tu, sure aku mati akal dan menyesali diri kerana kelalain diri sendiri maka kenalah tanggung sendiri. Bawak anak bini pulak tu. Aduh... serik.
Sambil-sambil kitorang buat kerja tu, ada lagi kereta Wira yang termasuk lubang tadi. Dia parking tepi juga, tengok-tengok tayar dia. Dia cakap tayar ok, tapi ada bunyi-bunyi. Lepas tu dia jalan terus.
Nasib baiklah, aku berkonvoi. Kereta pengantin yang dah ke depan pun ada patah balik beli tengok konvoi tak cukup ahli. Aku pinjam dulu spare tyre kereta Wira adik aku. Barulah ok.
Kami teruskan perjalanan. Dalam dua tiga minit jalan kami nampak lagi kereta Wira yang cakap tayar dia ada bunyi-bunyi tu kat tepi jalan. Aku slowkan kereta. Kalau dia tahan minta tolong aku boleh berhenti aje. Tapi dia selamba aje, so aku terus ajerlah.
Kami selamat sampai ke Felda Tementi pada kira-kira pukul 10 malam. Terus pergi makan kat rumah pengantin... huhuhu.. lapo tu..
Ini memang satu pengajaran kepada diri aku. Memang kena buat schedule untuk cek angin spare tyre. Lebih-lebih lagi kalau nak buat perjalanan jauh. Huiii... serik aku..serikkk.. Cuma kali ni aku masih bernasib baik. Lain kali, tak tahulah...
Selamat Pengantin Baru kepada Nuar dan Tam |
4 comments:
betol bro. kena cek angin tayar spare. lagi satu penting pastikan tool spanar buka nat rim & jeck tu ade dlm kereta.
esa:
ya betul tu. aku pun lupa nak tulis. kalau tayar cukup angin tapi tools tak ada.. tak guna jugak..
bila beli kereta baru..tool pon tak ckup sifat..
jek tayar skg nie montel ajer..bila kena tanah lembut..terbenam gak...
aku ade jek tayar yng gedabak,model lama punya..angkat tayar lebih tinggi lagi..sesuai tuk kereta yng tebenam kat parit atau longkang..
lagi satu pembuka nat tu pon pendek..baik beli yng 4 tangkai tu...
itulah yang tak bestnya bila dapat orang jauh, dan perjalanan tiada kemudahan diwaktu terdesak. Tension jugak masa hantar anak saudara dapat orang Jengka....dalam hati kenapalah anak buah aku ni cari orang Jengka.....tekanan orang yang kena hantar pengantin
Post a Comment