Hari tu dah cerita dah pasal aku dapat duit dari Text Link Ads. Dia bayar guna PayPal. Ingatkan nak biarkan ajer duit dalam tu, tapi tak jadi pulak. Lagipun aku memang jarang biarkan duit dalam akaun PayPal. Bila dapat jer terus bawak keluar. Jadi hari ni aku nak tunjuk cara-cara keluarkan duit dari PayPal masuk ke akaun bank aku
Bila dah login, terus sampai kat page akaun:
Adalah duit ciput hasil dari TLA. |
Lepas tu tekan link Withdraw kat bahagian atas tu:
Click pada withdraw to your bank account. Kalau withdraw ke akaun bank cas dia RM3 jer. Kalau keluar lebih dari RM400, free of charge!. Tapi kalau keluar ke kad kredit atau kad debit, kena cas RM20. PayPal bagi keluar ke akaun bank ni pun baru jer. Dulu kena keluar ikut kad, hangus RM20. Dulu punya dulu lagilah.. PayPal tak bagi langsung keluar duit masuk ke Malaysia.
Kalau tak ada akaun bank dalam tu, kena daftar dulu. Tak susah klik sahaja pada add account akan keluar borang macam kat bawah ni. Senang ajer nak isi.
Setelah berfikir secara separuh masak, maka aku bersetuju untuk mengeluarkan sebanyak USD 55 sahaja tunai.
Review dulu. Tengok betul ke tak. Kalau tak betul boleh 'Back' untuk betulkan. Tengok rate tu. Itu ialah rate yang digunakan oleh PayPal, tak sama dengan rate semasa. Rate semasa kalau tak salah aku lebih kurang RM 3.05 untuk satu dollar. Rate PayPal memang lagi rendah sikit pasal cara nilah dia buat duit.
Bila dah ok. Tekan submit.
Yahooo!! lagi 2-3 hari dapatlah duit tu. Boleh buat pergi makan Pizza.. ye ye.
Email PayPal |
"We're transferring money to your bank" fuh.. memang manis bunyik nye....
7 comments:
tu sbb aku postpon dulu hajat nak draw paypal..ringgit tengah mahal skrg ni..tunggu ringgit murah sikit baru sedap withdraw..lagi sedap zaman rm3.50 tu ececey..
settle isu libya pasni, takpun kalau european country x jadi naikkan interest rate, ada potensi usd mengukuh
lambatlah USD nak naik balik.. ntah boleh ntah tidak... takut makin teruk sampai 2.8.. huhuhu
hai..boleh tlg tak..sy ada cust dari luar negara utk pertama kalinya..so dia buat bayaran guna paypal..terpaksalah sy buka acnt paypal..dia ckp dia dah paypal kan duit bayaran..tapi dari semalam sehingga hari ni tak masuk lagi ke acnt paypal saya..boleh tlg mcmna.. respond hntr kt email sy nori3an@yahoo.com thanx
Apa beza transfer ke akaun bank dengan kad debit?
salam. saya nak tnya kenapa tak ada bank in malaysia pon mcm gambar d atas ?
Sya nak tanya...dengan fan box saya ada lebih kurang usd1000 ..mcm mana saya bak bawak keluar ke paypal....terima kasih kerana sudi mengajar
Terbaik
Post a Comment