Software yang aku maksudkan ialah iPodMe.
Kenapa nak convert dari AVI ke MP4.
AVI ni kualiti dia ok, dan dah biasa sangat digunakan. MP4 ni pulak, saiz dia lebih kecil dari AVI tetapi mempunyai kualiti yang sama.
Cuba tengok gambar kat bawah. Dua fail dari format yang berbeza. 'garfield.avi' aku baru convert dari DVD ke avi menggunakan software AutoGK. Dimensi dia 640x368. Lepas tu aku convert file AVI tu kepada MP4. Dimensi tetap sama. Dalam masa lebih kurang setengah jam, siap. Fail tu telah dikecilkan sebanyak 35%. Itu aku gunakan dimension yang sama. Kalau aku nak pindahkan masuk iPod, memadai aku gunakan dimension 320x184. Pengecilannya boleh mencapai sehingga 70% ialah dari sebesar 716MB kepada 200MB dengan kualiti yang hampir sama.
Kenapa nak kecilkan saiz file?
1. Hard disk dah penuh. Sayang nak delete file.
2. Nak simpan atau masukkan dalam iPhone, handphone, iPad, pendrive atau apa-apa gadget.
Apa masalahnya kalau guna software lain?
Audio and video unsync!!. Ini adalah masalah problem yang paling biasa kalau kita convert file dari satu format ke format yang lain. Aku dah try cuba macam-macam software. Selalu sangat jadi problem ni. Software yang mahal harga dia pun sama jer. Yang paling sakit hati, kita cuma tahu problemnya hanya selepas fail tu siap di convert. Tak yah aku listkan kat sini, karang tak pasal-pasal kena saman pulak..
Ajaibnya, iPodMe ni tidak menghadapi masalah seperti itu!! (Memang ajaib)
Apakah kelebihan software ni:
1. Yang paling penting sekali ialah dia punya audio tak lari dari video (unsync problem).
2. Kualiti video yang dah di convert memang terbaik.
3. Percuma. Ya betul! Software ni percuma.
4. Simple. Amat mudah digunakan. Very user-friendly.
5. Laju.
Macam-mana cara nak convert AVI to MP4?
Lihat gambar di bawah. Cuma 3 langkah ajer. Mudah giler!
Mana nak download?
Download dari link kat bawah:
Version terbaru ialah v2.4.
http://nodadev.wordpress.com/pc-projects/ipodme/
No comments:
Post a Comment