Wednesday, 14 December 2011

Akhirnya Aku Beli Proton Exora

Setelah beberapa lama aku fikir punya fikir punya fikir, dan pertimbangkan sampai hangus, akhirnya aku beli Proton Exora 1.6 H-line. Aku rasa dah berbulan juga ambil masa untuk aku nak buat keputusan ni. Bukan mudah punya keputusan.. hehe.  Kalau baca kat internet ni ada banyak pandangan negatif dan positif. Biasanya yang negatif ni adalah dari orang yang tak pernah naik Exora pun, cuma skeptikal dengan jenama Proton ajer, ataupun jenis orang yang memang pandang tinggi pada jenama luar. (Tak kurang juga kerana fahaman politik... kondem Proton pasal fahaman politik..HAHAHA!) Pandangan positif pulak biasanya ialah dari pemilik-pemilik Exora itu sendiri walaupun kereta dia selalu claim warranty kat Pusat Service Proton...



Selepas buat sedikit research kat Internet, aku pun buat keputusan untuk pergi ke Proton Edar Plentong untuk riki riki Proton Exora ni pada tengahari 23 November 2011. Inilah first time kami (aku dan isteriku) jejak sini. Sampai sesat juga aku mencari lokasinya. Aku selalu juga lalu lalang depan Proton Edar Plentong ni, macam mana ntah aku boleh tak perasan kewujudannya.

Banyak juga kereta-kereta Proton yang di display kat showroom Proton 3S sini. Yang aku perasan ada 3 bijik Inspira, 2 Exora, 2 Saga BLM, sebijik Satria Neo R3 hijau (yang harga 100k plus plus tu). Exora yang ada di display ialah sebiji M-Line merah dan satu H-Line putih.

Tengah aku belek-belek Exora Hline putih tu, datanglah seorang Salesman Proton, En. Ezan. Dia pun tunjuklah segala kelebihan Proton Exora. Sebenarnya aku dah puas gak belek-belek biras aku punya Exora hitam, dah pinjam pun buat hantar dan ambik sanak saudara ke dan dari Airport Senai, jadi aku tak lah exited sangat. Sekadar buat tambah-tambah info.

Lepas puas belek-belek, aku pun suruh En. Ezan tu buat kira-kira... termasuklah harga trade in kereta Satria GTi aku yang dah nak mencecah usia 13 tahun (Satria GTI 1.8 1999). Menurut En. Ezan, pada masa ni Proton ada bagi diskaun. Untuk M-Line diskaun RM2000 dan RM2800 untuk H-line.

Setelah gedebak gedebuk kira campur tolak kali bagi buat kira-kira berapa yang aku kena bayar bulan-bulan, kami pun balik. Pada masa ni, aku dah bulatkan keputusan untuk beli Proton Exora cuma belum tahu nak ambil yang M-Line atau H-Line.

Beza harga M-Line dan H-Line lebih kurang RM5k. Beza bayar ansuran bulan-bulan pula ialah lebih kurang RM50. Perbezaan antara variasi Exora ni ialah:

1. Seat kulit - Aku rasa bukan kulit penuh, tapi kira kulitlah juga. Bila pakai leather seat ni, nampak kemas dan mewah dalaman Proton Exora ni jadinya berbanding kalau guna fabrik biasa.
2. Auto Cruise - Benda alah ni memang baru bagi aku.
3. Sport light (rumah dia chrome tuuu)
4. Spoiler belakang - baru nampak sporty sikit
5. Tinted - ni dah wajib.
6. Visor pada tingkap - nampak elegan sikit.
7. GPS Lokatoo - aku simpan jer buat spare psal aku baru je sebulan beli Papago.
8. Arm rest pada seat depan - ini kena ada. Lenguh tangan kalau tak ada benda ni.

8 Perkara di atas ni nilainya lebih kurang RM5k... aku rasa memang berbaloi.

Setelah berbincang dengan orang rumah, esok harinya Khamis 24 November 2011, aku pun datang balik kat Proton Edar Plentong dan submit semua dokumen yang diperlukan untuk beli Exora H-Line. Dokumen yang diperlukan oleh orang yang bekerja sendiri macam aku ni ialah salinan ic, lesen, pendaftaran perniagaan (SSM, termasuk dua helaian detail pendaftaran perniagaan), bank statement x6 bulan dan bil utility.

Kenapa aku pilih Proton Exora? Sebenarnya aku rasa macam nak beli Inspira. Sesuai dengan jiwa aku rasanya. Tapi aku pilih Exora untuk keselesaan family. Lagi pun dah puas rasanya aku memecut dengan kereta lama aku tu, dah 10 tahun. Dah tiba masanya aku bawak kereta slow-slow pulak.... hahaha. Lagi pun kalau aku beli Inspira, mungkin aku sorang jer yang puas hati. Tapi kalau beli Exora, orang rumah pun suka apatah lagi anak-anak aku, suka giler diorang dapat tengok Upin Ipin dalam kereta. Maklumlah, kalau duduk dalam kereta ruang agak terhad.. berbeza dgn duduk dalam mpv. Mak bapak mertua pun mungkin suka gak, senanglah diorang nak ajak balik kampung... jadi bila semua orang suka... aku pun jadi suka jugeee..

Hari Jumaat, Ambank telefon aku untuk borak-borak mengenai loan tu.

Sabtu........ Ahad........ Isnin (cuti umum pulak! aisehh)

Hari Selasa, En. Ezan dari Proton Edar Plentong tu telefon cakap loan dah lulus... yahooo!
Rabu 30 November 2011, pergi Ambank Metropolis untuk sain aggreement loan. Hantar sekali kereta Satria aku tu kat 2nd car dealer. Selamat jalan... semoga dapat tuan yang baik. Jasamu selama 10 tahun ini akan kami kenang sentiasa..sob.. sob.. bye-bye! Kalau tidak disebabkan keperluan memang harus aku simpan kereta tu sampai bila-bila. Tapi apakan daya...
Depan tu Proton Exora yang dipinjamkan, belakang tu kereta lama aku..

Oleh sebab kereta baru aku belum siap, Proton Edar Plentong telah bermurah hati untuk bagi aku pinjam kereta company dulu. Kereta Proton Exora H-Line juga, warna pyrite brown, yang dah berusia 2 tahun punya. Mileage pun dah 45k. Ini yang first badge punya Exora kalau tak silap aku. Beza antara yang first badge dengan yang aku punya nanti kalau tak silap aku front grill dia lain, siapan dalaman yang lama punya warna gray, yang baru warna hitam termasuklah dengan seat kulitnya. Skirt depan pun lain rasanya. Aku tak berapa nak confirm...

Walaupun kereta Proton Exora pinjam ni dah 2 tahun, tapi masih okay lagi pada aku. Dapat juga aku bergaya kejap dengan Exora cokelat ni walaupun kereta aku belum siap lagi ... hehehe. Kereta pinjam ni aku pandu uji puas-puas. Semasa aku pinjam kereta biras aku tu, mileage kereta dia baru 1000 lebih, belum cukup habis pantang dia. Mungkin sebab tu lah aku rasa agak berat semasa memotong. Tambah lagi memang aku tak pernah bawak kereta gear auto. Jadi skill menggunakan gear auto memang zero lah.

Tapi setelah bawak Proton Exora pinjam ni selama lebih kurang seminggu, kuasa yang ada pada kereta ni adalah memadai. Tak payahlah nak bandingkan dengan Satria Gti lama aku tu. Tak payah bandingkan dengan kereta Wira atau Waja. Kereta ni ada karakternya yang tersendiri. Bila buka pintu Exora dan pegang stereng dia, otak kena fikir yang kita ni bawak MPV besar gedabak untuk keselesaan bukannya nak racing. Masa nak memotong pula, tekan dulu minyak... bila gear dah turun dan kelajuan dah mencukupi barulah masuk lane sebelah untuk teruskan memotong. Hasilnya.. memang puas hati dengan kebolehan Exora ni.

Kalau tak yakin dengan apa aku tulis, tengoklah video orang giler bawak exora di bawah ni:



Ni pasal apa yang aku baru tahu yang CPS pada enjin campro ni dapat dirasa pada RPM3800. Lepas tu pada RPM4800 ada VIM pulak! Senang cakap, enjin Exora ni baru rasa umph dia di RPM tinggi.. dan pada masa nilah aras yang sesuai untuk memotong. Bila dah faham tentang perkara ni, barulah keupayaan sebenar memotong dengan Exora ni dapat dirasakan. Jadi semua persepsi orang ramai mengenai Exora ni underpower dapat ditepis jauh-jauh.

Lagi satu, ada juga yang cakap Proton Exora ni tak cukup power untuk bawa 7 orang. Dari pandu uji yang aku buat semasa hantar rombongan meminang dari rumah aku ke Senai Airport (lebih kurang 100km) dulu, rasanya pendapat ni tak berapa betul. Masa tu aku bawa 7 orang dewasa(1 oversize) dan 2 orang kanak-kanak. Semuanya okay jer. Keselesaan memang paling memuaskan kerana saiz ruang yang luas. Tapi bab pecutan enjin, memanglah tak boleh nak dibandingkan kalau cuma bawa 2-3 orang ajer. Cuba bayangkan kalau bawak Waja 1.6 Auto dengan muatan 7 dewasa dan 2 kanak, ada tak perbezaan kuasa enjin dia? Samalah tu..

Selasa 6 Disember 2011, akhirnya penantian yang ditunggu tiba juga. En. Ezam suruh datang pukul 2 petang untuk ambil Proton Exora baru ku. Aku, isteri dan anak-anak sampai pukul 2.30 petang. Diberikan sedikit keterangan mengenai buku servis, warranty kenderaan, gps etc, lalu En. Ezan pun membawa kami ke delivery bay...

Wahhh!! Terpesona aku tengok Proton Exora H-Line putih. Dari segi rupa paras memang tak menyesal aku pilih kaler putih. Dah tak payah bikin sana sini untuk nampak cantik. Keluar kilang semua dah okay. Tinggal pakai jer.
Yang ditunggu dah tiba!..

Nampak kemas.... 

Luas...

Isteriku yang busy ambil gambar...

Anak-anakku yang busy main belon...

Dalam satu jam juga salesman Proton En Ezam ni bagi keterangan, dan aku pulak sibuk cek sana-sini. Bini aku sibuk ambil gambar. Dan anak-anakku sibuk main belon yang diberi oleh pak guard. Lepas siap semua, aku pun bawaklah keluar kereta baru ku ini keluar dari Proton Edar Plentong.

Mula-mula sekali kena isi petrol (kat sebelah Proton Edar Plentong ada Petronas)... memang biasalah.. kalau beli kereta susahlah nak dapat yang tangki dah di isi. Aku isi RM50 jer. Lepas tu buat ronda-ronda Pasir Gudang, pusing-pusing lepas tu lepak kat Masjid Jamek Pasir Gudang kejap. Lepas tu jalan lagi pergi Giant Plentong.. shopping sikit. Dah petang, nak balik, nak ikut jalan jauh... ikut highway desaru tapi naik ikut tiram, tapi jem plak kat Johor Jaya dgn hujan gerimis.. tapi tak ada masalah pasal keretaku auto.. hehehe


Kat Ulu Tiram lepak sekejap kat Mc Donald.. isi perut sikit.. lepas tu teruskan perjalanan balik. Waktu tu hari dah gelap. Perjalanan lancar kat highway Ulu Tiram-Desaru. Aku bawa slow jer bawah 100km/j. Al maklumlah masih dalam pantang. Tapi kadang-kadang lebih juga.. pasal tak rasa laju. Enjin terasa sangat smooth. Pertukaran gear pun amat baik.

Sampai di Bandar Penawar, singgah kejap di rumah biras aku. Bertukar-tukar pendapat mengenai kereta Exora.. lepas tu terus balik. Bila sampai rumah dah pun pukul 11.00 malam. Keseronokan hari ini sangat terasa. Rasa macam tak nak tidur pulak... nak tengok kereta baru sampai pagi.. hehehehe

(eleh.. baru exora.. belum estima ke alphard ke... hehehehe.. bersyukurlah apa yang mampu)

Sukalah bebudak ni dapat tengok kartun dalam perjalanan...

Hari ke-3, odo baru 190km, petrol RM50 belum habis lagi...

(Pengalaman aku kat atas aku share kat blog ni diharapkan dapat dijadikan panduan bagi sesiapa yang nak beli kereta baru. Cuma satu aku nak bagi tahu, bila jumpa salesman kereta tu, mula-mula sekali tanya dia berapa diskaun dari proton. Apa free gift yang proton bagi bila beli kereta tu. Last sekali wajib tanya... berapa komisyen dapat.. kalau tak der komisyen.. pergi cari salesman lain..hehe)

30 comments:

SueGinola said...

Assalamualaikum...
Saya nak tanya, kereta yang lama tu encik trade-in kat mana?
Saya macam nak trade-in kereta saya ni, cuma kereta saya ni belum habis bayar lagi..baru nak masuk ke tahun yang ke-5 tahun 2012 ni.....tapi clueless, seriau pulak bila baca kat blog nak trade-in tu ada macam-macam cerita...
Harap encik boleh membantu...Terima kasih..

iloveginola@gmail.com

mancisdahbasah said...

Saya sendiri pun ada pengalaman pahit pasal trade-in kereta. Saya pernah trade in kereta kat 2nd hand car dealer, lepas tu dia tak bayar sampai 6 bulan, sampai kena tarik bank. Last sekali terpaksa saya ambil balik kereta tu.

Pendapat saya kalau nak trade-in kereta pergilah ke company yang besar dan byk cawangan. Jangan trade in kat kedai(2nd hand car dealer) yg cuma ada 5-6 biji kereta jer. Jangan jual kat orang perseorangan cara sambung bayar... mmg bahaya.

Kali ni saya trade in, salesman proton yg aturkan.. dia yg carikan 2nd car company tu. Biasanya memang mcm tu. Kalau kita nak beli kereta baru, company yg kita nak beli kereta tu akan tolong settlekan... tapi yg tak bestnya harga trade-in mmg rendahlah.

Tapi kalau hutang banyak lagi, mmg rasa seriau... kena tawakal jer lah.

Akhir sekali, bawalah org yg dah berpengalaman dalam hal jual beli kereta... takut2 kena cekik pulak karang kalau tak tahu apa2.

cikgu zul said...

assalamualaikum bro...
join la EOCM... http://protonexora.com.my
boleh berkongsi bermacam pengalaman lagi dengan pemilik exora...

mancisdahbasah said...

waalaikumsalam cikgu zul,

memang plan nak join..

anis said...

Berapa KM exora dgn RM50 masa first isi hari tu, kalau dpt 300KM bg RM50 kira ok lah, berat kereta ni pun dekat 1440kg

mancisdahbasah said...

anis:
tak check plak masa tu.. tapi kalau tengok gambar meter kat atas tu, odo dah jalan 190km(odo masa collect kereta 9km), petrol plak boleh jalan lagi 236km... jadi dalam lingkungan 400km jugak ler..

kalau ikut cakap orang, kereta baru yg masih dalam pantang ni agak kuat sikit kegunaan petrolnya berbanding kalau dah lama sikit.

zalie78 said...

aku pun dah x sabar nak tunggu exora h line aku keluar...yahooo

* Miss Korea * said...

salam..jom sertai EOCM..boleh tmbahkan ahli kelab eocm xpecially area penawar-pengerang..dylla

SHUKOR HUSSIN CALL @ 0162154883 said...

tq bro..aku ni mcm ko gak le..dalam dilema aku skunk ni..aku skunk confuse nak pakai manual ke auto..bleh advise bro?email aku shukorhussin@gmail.com

mancisdahbasah said...

miss korea: insyaallah, akan join nanti..

shukor hussin: kalau dlm dilema, beli jer yg auto.. mesti puas hati. byk kelebihannya kalau guna auto. kekurangannya cuma kena tukar atf setiap 20k km jer. kalau kat trafic light.. kereta manual mmg selalu kena tinggal.. hehehe

Nadri Mohd said...

jb duduk kat mana bro? masa bold keluar thn lepas aku pun ada dtg dkt proton plentong...cuma x smpt nk test drive..

syakirah said...

sy br book exora bold..ok tak yang bold ni?apa free gift yang selayaknya kita mintak ye

Anonymous said...

salam semua. exora,exora emmmm.exora sy edisi pertama 2009.lepas sebulan amik dr showroom ada masalah dgn aircond. Htr ke panel proton DENSO aircond depa kata kena tukar sensor. Masa htr utk servis pertama kreta ada masalah dgn brek berbunyi dan masih berlarutan hgga kini. Baru2 ni dlm bln february 2012 terpaksa tukar sensor brek pasal simbol airbag menyala tp takpe pasal semua masih dlm warranty dan hmpir tamat, kata depa la.Dan hari ini lps 1 mggu 3thn warranty aircond tamat cooling coal plak bocor, tanya2 kos repair rm800. purghhh. terpaksa hold dulu.Pernah pakai wira 1996 selama 7thn, klisa 2004 hgga kini alhamdulillah tak servis tp masih sejuk lg.Exora baru 4 thn hutang masih jauh lg dah mcm2 berlaku.Cuma berdoa agar tidak berlaku serentak kalau ada kerosakan.Selamat Memandu. Tk. Kamarul

Unknown said...

Nak tanyalah.... Kalu exora auto, rasa2 kalu naik bukit kat genting 2 lepas x?? Sbb tgh plan nk ambil exora jg nie. Tp takut kalu2 auto x lepas plak.... Kalu manual pick up lebih ckit ek? Dgr2 gitulah... Tp bg idea ckit....

mancisdahbasah said...

exora cps auto, tak der masalah langsung naik genting atau mana2 bukit curam pun,.. jgn percaya cakap org yang tak pakai exora.

manual mmg lebih pickup dan lebih save minyak. tapi bawak mpv auto lebih seronok dari bawak mpv manual.

fairul said...

Assalamualaikum...nak bertanya, 1. berapa harga kereta semasa beli exora bold h-line dulu? 2. soalan seperti berapa diskaun @ apa free gift biasa didengar tetapi berapa komisyen dapat?... kenapa perlu cari salesmen lain kalau tiada komisyen, bukan ker komisyen tu penjual tu yang dapat atau macam mana? (maklumlah baru nak beli kereta)

mancisdahbasah said...

fairul:
1. exora h-line(bukan bold) masa aku beli dulu harga dia lebih kurang rm78k
2. biasanya komisyen diberi kepada org yg membawa pelanggan kepada salesman sampai jadi beli. tapi kalau pelanggan tu dtg sendiri, biasanya salesman akan bagi komisyen tu kepada pelanggan tu sendiri. banyak atau tidak bergantung kepada sifat pemurah salesman tu dan harga kereta. baru2 ni aku bawak kawan pergi beli viva 1.0.. salesman tu bagi aku rm200.
Jadi kena cari salesman yg bagi komisyenlah kalau mau untung...

Anonymous said...

Salam bro. Tgh tunggu gak ketibaan aku nyer exora bold solid white. Spt sedia maklum pakai keta putih ni kena extra rajin nak jaga keta.. Bole share rutin basuhan, polish etc selama pakai mpv putih ni? Teruk sgt ke? Tq2! -Mil

Anonymous said...

baru beli exora bold cfe 1.6 primeum ada kuasa cvt best!!! satu hari tak tido sbb exited nk bawak lg esoknya...

Anonymous said...

Bold Premium CFE gua bocor coolant, menitik atas gearbox CVT...... cissss x sampai sebulan pakai dah ada problem... tapi performance manyak syokk ooooo...... asyik nak tekaaannn jee hahahaha..

Anonymous said...

Ha ni komen dr org yg pakai proton exora bold tahun 12,baru pakai 5 bln leaking head,masa mnulis ni tgh tunggu 3 jam di proton nk chek kereta..masalah head leaking dah settle tu pun tunggu brang sampai sebulan,x sampai seminggu lpas tu (Sekarang) gear box n timing belt plak bunyi mcm nk tercabut je..yg x kena bleh la ckap ok n nk kondem proton,tapi sya kna,nk tunggu loan 9 tahun lg....naik bkit memang tdak dinafikan memang best.klu haighway lg best.tp best2 pun klu jd mcm tu yg jd x best tu...xkena x apa,klu dah kena jgn nk kondem proton hahaa...lama nya woi nk chek kereta,wa dah boring ni,x kan nk tunggu sampai tutup kot..

Unknown said...

Salam,
Saya Hazmirul, Sales Advisor utk Perodua Sales Sdn Bhd..
Sekiranya anda semua berminat untuk mendapatkan kereta atau ada apa2 pertanyaan mengenai kereta(semua model dan jenama) boleh hubungi saya melalui email hazmirul_perodua@yahoo.com..tq =)

Unknown said...

Amik CFE bro ...std punya dah RM68500 jer..ada NCD 55% dapat diskaun 1000++..minta salesmen diskaun..mau dia kasi 1000..manyak syiokk woo..saya baru angkat..mmg berbaloi..dah pasang spoiler..fog lamp..reverse sensor..door visor..side door lining..apa semua baru RM1300 kos..masuk kusyen kulit rm450..masuk TV..ada la 2K la katakan..rim RM1500 (tolak asal)..tak sampai pon 10K punya modification dari exora premium..yang penting Enjin musti CFE..hehe

shah said...

salam arsenal gunners...modified kt proton terus mase beli ke or modified kt luar...nk buat cam 2 gk

mancisdahbasah said...

tak ada mod apa-apa, beli jer mmg macam tu...sampai lah sekarang... cuma tambah reverse camera kat kedai aksesori

Anonymous said...

as salam...cik mancis nk tanya ms sign loan ambank ada kn isi borang JPJK3 ke?tq

mancisdahbasah said...

ada isi JPJK3

Unknown said...

Salam, masih aktif lagi ke En mancis dlm blog ni...saya seronok membaca blog ni tentang Exora CPS Hline...

Rose said...

Samalah sya baru baca ni...bglh pndapat yg mna paling OK...nk beli satu mggu ni

Unknown said...

Terbaik lh info en mancisdahbasah ni bgthu tntng exora. Rasa teringin jgk nk tukar pkai exora lh pulak.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...