Wednesday 10 September 2014

Koleksi : UMC Green CPU 486SX 33MHz


Semalam aku blog walking terjumpa pula blog peribadi yang memaparkan gambar-gambar barangan yang dah lama-lama, macam kipas meja, pelita, basikal tua... macam-macamlah. Rasa macam seronok pula bila membelek-belek gambar-gambar barangan lama.


Kebetulan pula aku baru saja mengemas rumah aku ni. Pilih-pilih mana yang nak simpan dan mana yang nak buang. Nampak pula processor zaman dulu ni, UMC 486 33MHz keluaran 1993. Ya.. 33MHz! Hmm dah lebih 20 tahun.. Sekarang dah berGiga-Gigahertz. Tak salah aku, zaman komputer 486 ni sistem operasinya ialah Windows 3.1.


Ok la tu dah masuk era Windows.. Berbanding zaman aku sekolah menengah dulu buka komputer cuma keluar A prompt "A:>" warna hijau. Lepas tu nak menaip (word processor) guna Wordstar.. kena masukkan cakera liut ( floppy disk 5.25inci) dulu. Entah apa lagi yang pelik-pelik aku pun dah tak ingat, itulah waktu aku mula kenal komputer.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...