Thursday, 23 March 2006

Rangka Dasar Automotif Negara

KENYATAAN AKHBAR

Bersempena dengan pengumuman Rangka Dasar Automotif Negara, Kementerian Kewangan ingin mengumumkan perubahan ke atas struktur cukai bagi kenderaan bermotor seperti berikut:

(a) Tax on Tax

Kaedah pengiraan duti eksais ke atas kenderaan Completely Built Up (CBU) ditukar berdasarkan ‘tax on tax’. Sebelum ini, duti eksais dikira berdasarkan nilai CIF kenderaan CBU tersebut. Di bawah kaedah ‘tax on tax’, duti eksais akan dikira berdasarkan nilai CIF termasuk duti import.

(b) Duti Import Ke atas Kenderaan Penumpang

i. duti import ke atas ASEAN CBU dikurangkan daripada 20% kepada 15%.

ii. duti import ke atas non-ASEAN CBU dikurangkan daripada 50% kepada 30%.

iii. duti import 0% ke atas ASEAN CKD dan 10% ke atas non-ASEAN CKD dikekalkan.

(c) Duti Eksais Ke atas Kenderaan Penumpang

i. duti eksais bagi kenderaan CKD dan CBU dari ASEAN dan non-ASEAN dikurangkan:

- Kereta penumpang: daripada 90%-250% kepada antara 80%-200%.

- 4WD: daripada 60%-170% kepada 55%- 160%.

- Motorsikal: daripada 20%-60% kepada 20%-50%.

ii. duti eksais bagi CKD dan CBU bagi MPV/van dari ASEAN dan non-ASEAN ditukar daripada 40%-170% kepada 55%-160%.

(d) Kereta Diesel

Klasifikasi dan struktur cukai bagi kereta diesel (baru) diseragamkan dengan kereta petrol.

Struktur cukai baru bagi kenderaan bermotor dilampirkan dalam Lampiran I dan II.

Umumnya, perubahan struktur cukai di atas akan mengurangkan duti ke atas kenderaan penumpang tetapi meningkatkan duti ke atas MPV/van dan 4WD.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...