Thursday 22 December 2011

1000km First Service Exora bukan Bold

Petang tadi aku dah pergi service 1000km Proton Exora CPS aku. Beli pada 6 Disember, 21 Disember baru service yang pertama... makan masa 2 minggu jugaklah untuk sampai 1000km. Maklumlah kereta bukan selalu berjalan... ini pun macam dah kira selalu juga.. hari-hari nak naik Exora. Jalan sekejap pusing-pusing pun tak apa, janji dalam satu hari tu ada drive juga.. hehehe. Satu lagi, bila baca kat internet pasal Exora Bold lagi powerlah, lagi bestlah.... hati pun jadi macam tak best (psal dah beli CPS)... kena naik Exora pusing-pusing dalam setengah jam pun jadi... bila dah drive, rasa hati yang tak best tu akan jadi best. Pasal apa? Pasal Exora memang best... tak nyesal aku trade in Satria GTI aku, walaupun kuasanya tak sama..

Bahagian enjin Exora Prime
(Sorry.. gambar teruk.. sapa suka ambik gambar guna handphone,
jangan beli hp HTC..)


Telefon Pusat Servis Proton Plentong dua hari lepas, Isnin. Ingatkan nak service hari Selasa. Rupa-rupanya dah penuh. Kena datang hari Rabu petang. Bolehlah... Meter pun baru 950km plus plus. So, hari ni aku pergi Plentong satu family. Hantar isteri, anak-anak aku dan seorang anak sedara kat Giant Plentong, suruh diorang gi shopping situ... aku sorang gi servis kereta. Sampai kat Proton Plentong dalam pukul dua suku, seperti yang dijanjikan. Lepas parking, tanya kat Cik Cashier nak servis kereta, dia bagi nombor dan suruh aku tunggu.

Lama juga aku tunggu, dalam setengah jam juga. Lepas tu nombor aku naik, suruh pergi kaunter. Encik Kaunter tu mintak buku servis, alamak.. kat dalam kereta, pergi ambik, pas tu bagi kat dia. Dia senaraikan apa yang nak di buat, aku tak berapa dengar apa ntah butir-butir dia, aleh-aleh dia cakap RM186. Aiseyy.. Aku cakap kat Encik Kaunter aku buat yang wajib jer, ikut buku. Dia pun terangkanlah faedah-faedah yang lain tu macam oil treatment X1R tu. Dia cakap X1R tu bagus kalau pakai untuk servis yang pertama ni, sekali jer, lepas tu dah tak yah.. maka setelah termakan dengan racun Encik Kaunter tu, aku pun cakap belasah ajerlah.. next servis aku akan cuba buat yang wajib macam kat buku servis tu jer untuk jimat bajet.. hehehe

Lepas tu maka menunggulah aku kat Pusat Servis Proton tu sampai boring. Nak minum air, mesin air panas out of service pulak (rosak agaknya). Yang ada mesin air tawar jer. Ada tiga bijik komputer kat situ. Satu dah rosak, dua jer boleh digunakan. Aku tengok dalam Proton Edar ni memang banyak benda rosaklah, mesin air rosak, komputer rosak, pintu masuk utama rosak sebelah!.. hahaha.

Setelah berebut dengan bebudak kecik yang nak main game (main game jer kejer bebudak ni!), dapatlah juga aku guna komputer tu. Tapi... Alamak! Facebook kena bloklah pulak. Diorang blok guna FortiGuard. Aku tak pernah godeh pulak FortiGuard ni jadi malas pulak aku nak bypass guna UltraSurf ke.. apa kerr... jadi tak dapatlah aku main Empires & Allies (aku tengah kemaruk main game ni.. dah level 50 hehehe... please add me.. hehehe).

Mula-mula tu tak lah boring, psal aku nak tengok Exora Bold secara dekat. Tapi kat showroom tu cuma ada Exora Prime jer.. Exora Bold Premium ada juga tapi unit test drive punya ajer yang ada kat luar sana. Tengok ajerlah Optimus Exora Prime warna cekelet tu. Belek-belek punya belek.. kira okeylah Exora Prime ni. Ada 6 seat. Mula-mula aku belek.. eh! tak ada DVD player plak!(kat bumbung).. oh rupa-rupanya ada 2 monitor kat headrest tempat duduk depan.

Aku tengok lampu depan dan belakang yang lain sikit dari model CPS aku tu...hmm.. tak minat.
Tengok skirt depan.. hmm okeylah.
Tengok skirt belakang... macam tak banyak beza jer.
Tengok panel tengah yang corak kayu tu.. tak berkenan.
Tengok seat kulit dia.. macam best, corak design dia aku suka, tapi kaler dark grey dia aku tak suka.
Pegang stereng yang salut kulit...best!

Jengok panel gear dia... aduyai...ni yang geram. Bilalah aku nak merasa pakai gear CVT ntah. Ada button S.A.T tu.. ringkasan untuk apa ntah.. tapi fungsi dia (merujuk pada sumber di internet) ialah untuk buat feel seolah-olah kita memandu menggunakan 6 speed auto transmission. Kalau off button tu, feel dia macam bawak scooter; tekan pedal minyak, terus jer pergi sampai halaju maksimum... tak der feel tukar-tukar gear.. ramai yang tak suka feel macam ni... macam tak der feel..sebab tu dia buat button SAT ni iaitu untuk mendatangkan feel (apa aku tulis ni?). Huh?! tak pernah bawak scooter? Susah gak aku nak cerita.

Lepas tu aku bukak bonet dia... nampaklah enjin CFE dia yang di cover dengan penutup hitam (apasal hitam, gunalah kaler lain, biru ker, merah ker, pink ker..) dengan turbo dia. Ada yang cakap Exora CFE turbo ni tak ada intercooler. Aku tengok ader jer. Intercooler dia ada kat bahagian bawah belah kiri (depan tempat duduk penumpang). Alaaa.. kalau tengok dari depan sambil menyangkung mesti nampak punya.

Lama juga aku melilau sekitar Proton Plentong tu. Dua tiga kali juga aku keluar untuk isap rokok. Bila dah keluar tu aku jengok pulak Exora Bold Premium unit uji pandu. Nak test drive, tapi takut nama aku kena panggil.

Dalam pukul 4:30, siaplah kereta aku diservis. Cik Cashier panggil aku suruh bayar. Selagi tak bayar, dia takkan pulang kunci, kata dia. Detail yang diorang buat/tukar/tambah ialah:

  • Oil filter RM12.22
  • Gasket, Drain Plug RM3.56
  • X-1R Engine Treatment RM48.00
  • Antibac Treatment RM19.80
  • Syntium 800 SM 10W/40 4L RM103.00
  • Jumlah kos kemusnahan RM186.58
Kalau buat yang wajib jer(ikut buku), rasanya antibac treatment dengan X-1R tu tak payah patutnya. Jadi kos bajet ialah cuma RM118 ajer. Tapi oleh sebab sayang kereta baru dan tak sayang poket, maka kira cincailah.

Okay lah tuuu...

Ikut dalam buku tu, next service exora aku ialah pada 21 Mac 2012 atau 6,064km whichever come first iaitu selepas jarak perjalanan sejauh 5000 km.

Masa nak balik tu, terserempak dengan salesman proton yang deal dengan aku dulu. Aku pun ajak dia test drive Exora Bold Premium. Masa masuk tu, rasa sama jer dengan Exora H-Line... tapi... nak gerakkan batang gear dari P ke N..rasa sungguh ketat dan kasar.. tak smooth macam gear auto normal... memang macam tu ke? Memang tak bestlah rasa dia..

Lepas tu drive lah pusing-pusing Proton Edar Plentong tu... (hampeh betul salesman tu.. mentang-mentanglah aku baru beli exora CPS.. dia malas pulak bagi jalan jauh-jauh. Jadi tak dapatlah nak review lelebih.) Cuma apa yang dapat aku rasa, enjin dia memang lebih berkuasa dari CPS... rasa ringan jer, macam bawak kereta biasa. Kalau CPS, masa nak gerak tu RPM kena tinggi sikit barulah kereta bergerak pecut, tapi dengan CFE ni, tekan minyak sikit jer dah terus pergi. (Teringat pulak macam bawak kereta lama aku dulu...). Cengkaman brek pun rasa lebih meyakinkan.

Bagi aku kuasa enjin dan cvt jerlah yang jadi point ke'best'an Exora Bold tu. Yang lain-lain (penjimatan petrol, rupa, etc) Exora CPS H-Line lagi best... hehehe. (Oh ya.. ada reverse camera... tak per.. itu boleh install kat kedai accessories...kalau ada duit)

Lepas service tadi aku balik lalu highway Tiram-Desaru, set auto cruise pada 120km/j.. rasa macam slow jer..

12 comments:

julu said...

tgh pikir gak ni nk angkat exora.. nk amek bold duit xde.. so H-line dh power la ni?? :)

mancisdahbasah said...

julu:
tak silap aku, skrg dah tak der h-line... semua dah jadi exora bold. yg setaraf dgn h-line tu skrg ialah exora bold premium (cfe+cvt). yg sedang-sedang tu (m-line) dah tukar jadi exora bold executive (cps+at).

cps ni nak kata power mmg tak lah.. tapi cukup lah buat jejalan santai satu family... selesa dan puas hati.. :)

anis said...

Exora yg gn CPS adlh B-line dgn Exora Bold exec, exora bold exec ni mcm exora m-line cuma bumper depan dgn lampu blkg tukar baru, kalau bline x de beg udara penumpang dgn abs ebd, bold exec ade

mancisdahbasah said...

ada gak yg cakap cps kat model bold ni dah di tune semula supaya lebih power sikit (sikit jer lah).. tapi aku tak berapa yakin pulak... mungkin skadar nak menjaga hati pembeli baru yg kena beli harga tinggi sikit... agaknyalah

nilamza said...

baru sign agreement smlm.....hubby angkat exora bold exec. harap2 xde byk masalah.

Anonymous said...

baru angkat seminggu prime..berebut anak tengpk video ..ada navi dll..power jgn cerita ..berdesupp..setkan auto cruise..ringan je..roadtax setahun murah je...1.6...masalah tak de lagi..harap jgn ada le..entah bila nak servis ..dah 1400km..merata jln lupa nak servis

Anonymous said...

Tgh 1st servis di proton edar glenmarie my exora premium ..sambil belek2 review kwn 2..

Anonymous said...

SAT = Stepped Automatically

Zul-Jemin said...

aku baru hantar 1st service EB CFE, setakat ni memang puas hati, bawak EB CFE ni ringan mcm bawak keta je rasa.. butan SAT tak penah try lagi.. lepas service ni boleh la try...hehe

Unknown said...

Bagus comentar tuan..nak angkat sbijik bold..tgh kira2 akaun bulanan..mampu ker tidak nie... loan rm72k d/payment rm4012 bln2 rm841.00. leh tahan.

Anonymous said...

bro...service seterusnya jgn benarkan diorg tuang X1R tu lg sbb akan merosakkan enjin

Anonymous said...

Ni rosakkan enjin aje

http://funtasticko.net/info-memo-arahan-untuk-menghentikan-penggunaan-x1r-untuk-enjin-cfe/

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...